Ptptn Lancar Tiga Saluran Bayaran Balik Pinjaman Simpanan


Oleh Nas Norziela Nasbah Foto hiasan KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan tiga lagi saluran bayaran baharu bagi memudahkan peminjam membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN dan simpanan dalam Simpan SSPN hari ini.
Tiga saluran itu adalah AnsaraPay, PayHalal dan SPayGlobal.
Ketua Eksekutif PTPTN , Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata inisiatif menggalakkan bayaran tanpa tunai itu membuktikan PTPTN sentiasa komited dan proaktif untuk memastikan perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung
ke hujung (end to end) terus diperkasa.
"Selain mempelbagaikan kemudahan bayaran secara dalam talian PTPTN turut menyediakan kempen menarik bagi menggalakkan masyarakat menggunakan saluran itu.
"Kemudahan saluran bayaran dalam talian ini adalah selaras dengan Teras Strategik ke-5, Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas seterusnya berada di tahap terbaik," katanya ketika melancarkan saluran bayaran baharu PTPTN dan kempen Click, Pay & Earn is Back!.
Turut hadir Pengerusi AnsaraPay, Datuk Khushairi Wahijan, Pengurus Negara PayHalal , Azizul Fikri Ab Rahman dan Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee.
Sempena pelancaran saluran bayaran baharu, PTPTN dengan kerjasama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay turut menganjurkan kempen Click, Pay & Earn is Back! Kepada semua pelanggan PTPTN.
Dengan konsep 'Siapa cepat dia dapat', pengguna terawal yang menggunakan saluran itu untuk bayaran balik pinjaman PTPTN atau simpanan melalui Simpan SSPN berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan.
Tempoh kempen itu bermula hari ini sehingga 11 Januari tahun hadapan.
Sementara itu, Khushairi, berkata kerjasama strategik antara PTPTN dan Persatuan bekas pelajar MRSM seMalaysia (Ansara) adalah menyediakan platform digital sebagai pemudah cara untuk membantu peminjam PTPTN dan pendeposit Simpan SSPN membuat pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi e-Wallet AnsaraPay.
"Bagi mereka yang membuat bayaran saluran AnsaraPay, dengan Minimum RM100 dalam satu transaksi, mereka berpeluang menerima 'Cashback' (pulangan balik) sebanyak RM15 ke dalam akaun e-wallet pengguna.
"Peminjam juga akan menerima RM10 baucar pembelian di https://kedaiansara.my tertakluk kepada 200 pengguna terawal bayaran balik pinjaman atau deposit Simpan SSPN dalam tempoh kempen," katanya.
Azizul berkata, kerjasama strategik PayHalal gerbang pembayaran patuh syariah pertama di dunia bersama PTPTN adalah bagi mewujudkan saluran pembayaran digital patuh syariah bagi kemudahan masyarakat membayar pinjaman PTPTN serta simpanan mereka di Simpan SSPN.
"Dengan minimum RM100 dalam satu transaksi, wang tunai sebanyak RM5 kepada 100 pengguna terawal setiap bulan bagi bayaran balik pinjaman atau deposit SSPN dalam tempoh kempen," katanya.
Sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), PTPTN sentiasa peka dengan kehendak pelanggan PTPTN.
PTPTN berharap dengan adanya penambahan saluran bayaran baharu dan kempen yang dilaksanakan akan menjadi pemudah cara kepada peminjam serta pendeposit untuk terus membuat bayaran balik pinjaman dan penabungan selain dapat memperkasakan perkhidmatan PTPTN kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Click, Pay & Earn is Back! layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/ptptn-lancar-tiga-saluran-bayaran-balik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Ptptn Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman Ptptn Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 702 hits
Diskaun Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 15 Peratus Bermula November 2021 Pada 29 November menerusi pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysi...
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 419 hits
Cucu Sekarang Balik Kampung Bukan Cari Tok Wan Dulu Sibuk Cari Wifi Dulu Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Menjelang Pilihanraya Melaka Juai Balik Nama Adib Dah Tak Ada Idea Baru Atau Memang Tak Pandai Periintah

Menjelang Pilihanraya Melaka Juai Balik Nama Adib Dah Tak Ada Idea Baru Atau Memang Tak Pandai Periintah

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 245 hits
Menjelang hari pengundian PRN Melaka kerajaan umum Jawatankuasa Khas siasat kes AdibNovember 14 2021 Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib ...
Motor Hilang Jumpa Balik Kerana Gps Stopanik

Motor Hilang Jumpa Balik Kerana Gps Stopanik

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 264 hits
Samada sedar atau tidak kes kecurian dan kehilangan kenderaan bermotor memang sering berlaku saban hari Tapi kes yang dilapor ke pihak berwajib hanya tinggal kes sahaja Tiada penyelesaian jelas atau muktamad Kalau ada pun sedar sedar kereta...
Lepas Pcr Terus Balik Rumah Fafau Positif C0vldl9 Sempat Kongsi Tips Kalau Jadi Contact Rapat

Lepas Pcr Terus Balik Rumah Fafau Positif C0vldl9 Sempat Kongsi Tips Kalau Jadi Contact Rapat

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 329 hits
Selepas menjadi salah seorang kontak rapat dan menjalani self qu4rant1ne sejak Isnin lalu penyampai radio dan pengacara tanah air Fara Fauzana atau lebih mesra dikenali sebagai Fafau telah disahkan positif C0vldl9 semalam Fafau memberitahu ...
Hiburan Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur Netizen Korek Balik Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

Hiburan Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur Netizen Korek Balik Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 366 hits
Diam diam sahaja penyanyi rap melangsungkan perkahwinan semalam sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutamanya di media sosial Twitter Seolah olah memakan diri sendiri Caprice khabarnya telah melangsungkan pernikah...
Pernah Duduk Estet Lelaki India Nangis Jumpa Balik Bff Lepas 25 Tahun Terpisah

Pernah Duduk Estet Lelaki India Nangis Jumpa Balik Bff Lepas 25 Tahun Terpisah

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 292 hits
Dikurniakan sahabat yang ada dengan kita susah senang dan selalu berada di depan kita adalah anugerah yang tidak ternilai Jarang sekali kita akan mendapat sahabat yang faham dan mengingati kita walaupun terpisah berbelas tahun tanpa berita ...
Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jho Low

Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jho Low

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 519 hits
Jho Low tidaklah penting sangat untuk menghukumnya kerana apa sahaja skandal yang berlaku bukanlah atas kuasa dan pengaruhnya Dia hanya bnoleh mempengaruhi orang tertentu dan terpulanglah kepada orang itu samada terpedaya atau dia punya ota...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy