Ptptn Jangan Jadi Lintah Darat Atau Along


Sejak Wan Saiful Wan Jan dilantik menjadi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nampaknya semua cadangan dan ideanya ditolak mentah-mentah bukan sahaja oleh rakyat, malah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Lebih malang lagi, skim kaedah bayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019 serendah RM40 sebulan sehingga mencecah lebih RM1,000 mengikuti paras gaji juga ditolak oleh kabinet.
Mungkin dia terlupa bahawa bukan semua graduan yang telah tamat pengajian secara automatik mendapat kerja. Sebaliknya graduan ini ramai yang menganggur dan masih mencari kerja.
Janji 1 Juta pekerjaan yang dijanjikan PH dalam Buku Harapan pun masih belum ada bayang. Rakyat dah ditekan, belum ditambah dengan janji PH meringankan beban rakyat yang tidak ditunaikan.
PTPTN ditubuhkan pada 1997 bagi menyediakan pinjaman untuk pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Sejak itu, pinjaman PTPTN telah menjadi inisiatif bagi golongan mahasiswa untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Janji tangguh bayaran
Sebelum pilihan raya umum lalu, PH berjanji membenarkan peminjam dengan gaji RM4,000 ke bawah menangguhkan bayaran, tetapi manifesto itu tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan kedudukan kewangan negara belum kukuh.
Sekiranya peminjam dibenar menangguhkan bayaran, hutang PTPTN akan menjadi beban besar kepada negara. Justeru, sehingga hari ini kerajaan masih lagi buntu mencari jalan penyelesaiannya terhadap perkara ini.
Pembuat dan pelaksana dasar mesti mencari titik keseimbangan untuk mendapat jalan keluar agar ahli masyarakat, terutama golongan muda yang masih belum menyelesaikan hutang PTPTN dapat menarik nafas lega.
Pengerusi PTPTN sendiri katanya akan mendapatkan input dan melakukan kajian, namun sehingga hari ini masih mendiamkan diri.
Tiba-tiba timbul berita Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN bersara awal.
Sekiranya isu inilah yang menjadi tekanan kepada beliau seharusnya bukan beliau yang bersara sebaliknya Pengerusi PTPTN diminta untuk meletakkan jawatan kerana gagal mencari solusi terhadap perkara ini.
Hutang makin bertambah
Hal ini bertambah malang apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan bahawa tiada lagi bantuan peringkat pendidikan tinggi melalui MyBrain. Ia sangat membebankan anak muda, terutama yang bakal menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Cara lain, adalah dengan meminjam PTPTN. Hutang mereka akan bertambah sekiranya sewaktu ijazah pertama dahulu juga meminjam dari PTPTN. Ia sangat membebankan mahasiswa dan anak muda.
Saya mendapat rungutan anak muda bahawa setiap bulan peminjam akan menerima email dari PTPTN yang menyatakan hutang bulanan dan baki tertunggak kepada PTPTN.
Seharusnya pada waktu ini, PTPTN wajar meminta semua peminjam untuk melakukan ‘reschedule’ pembayaran masing-masing. Bukan menambah tekanan kepada peminjam.
Adakah perbincangan meja bulat bersama mahasiswa, alumni insitusi pengajian, institusi perbankan dan pihak berkepentingan telah dilakukan oleh PTPTN bagi mencari jalan keluar terbaik terhadap perkara ini? Apakah keputusan yang diperoleh sekiranya ia telah dilakukan?
Akhirnya, saya berharap PTPTN tidak menjadi lintah darat, along mahupun gangster yang mengutip hutang secara tiada kompromi.
Sebaliknya, jika tidak tahu cari jalan penyelesaiannya tanyalah mereka yang lebih arif. Jika malu, teruskanlah cara pembayaran sewaktu pemerintahan BN yang lalu.
Nasib malang rakyat yang banyak tertipu oleh PH, lain dikata lain dibuat.
Jadi janganlah isu PTPTN ini umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan kepada golongan anak muda.
MOHAMAD NAJIB SAMURI ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sri Gading.
sumber Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/04/ptptn-jangan-jadi-lintah-darat-atau-along/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Sedang Marah Atau Emosi Jangan Muatnaik Apa Apa Di Media Sosial Luahkan Saja Di Tikar Sejadah

Ketika Sedang Marah Atau Emosi Jangan Muatnaik Apa Apa Di Media Sosial Luahkan Saja Di Tikar Sejadah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 659 hits
Bila semuanya sudah di hujung jari kala meledak emosi marah mudah saja button send ditekan Tidak pula difikirkan apakah nanti natijah dari emosi marah yang diluah Jadikan kekhilafan individu itu cerita pengajaran Kerana walau apa pun tujuan...
Orang Cameron Highlands Jangan Termakan Janji Ph Gesa Hadi

Orang Cameron Highlands Jangan Termakan Janji Ph Gesa Hadi

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 330 hits
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas Pakatan Harapan kerana didakwa masih tidak malu menabur janji untuk memancing undi walaupun gagal menunaikan janji pilihan raya umum 9 Mei lalu Kita saksikan bagaimana parti ini yang hebat b...
Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

Jangan Bermain Telefon Dalam Jangka Masa Lama Lelaki Ini Lumpuh Selepas Baring Main Telefon 3 Jam Setiap Hari

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 367 hits
Dunia hari ini semua orang boleh dikatakan bergantung kepada gadget semata mata seperti telefon dan internet untuk membuat berbagai aktiviti dan rutin harian mereka Dengan perkembangan teknologi terkini dan seiring dengan kemajuan semasa ma...
Mungkin Ini Yang Orang Sebut Sebagai Fikir Positif Atau Kah Ini Sikap Pandang Ringan

Mungkin Ini Yang Orang Sebut Sebagai Fikir Positif Atau Kah Ini Sikap Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 434 hits
Hi semua Apa korang akan buat bila tiba tiba korang di fitnah Tak kisah la fitnah membabitkan apa tapi tahu tak tindakan korang dalam menghadapi situasi tersebut memberi kesan pada kehidupan korang Macam tu juga bila korang berdepan dengan ...
Pbb Perlu 10 Tahun Untuk Bersihkan Ranjau Darat Di Mosul

Pbb Perlu 10 Tahun Untuk Bersihkan Ranjau Darat Di Mosul

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 305 hits
Pertempuran yang berlangsung hampir satu tahun untuk merebut kota Mosul dari kelompok militan ISIS telah membuat kota itu porak peranda
Tempuh Jalur Darat 3 Jam Jokowi Temui Mbah Moen Di Ponpes Al Anwar Rembang

Tempuh Jalur Darat 3 Jam Jokowi Temui Mbah Moen Di Ponpes Al Anwar Rembang

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 214 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowo menyambangi Pondok Pesantren Al Anwar Kabupaten Rembang Jawa Tengah Jumat Jokowi yang ditemani Iriana hadir untuk bersilaturahmi dengan pimpinan Ponpes Kiai Haji Maemon Zubair atau Mbah Moen
Cara Yang Betul Mengambil Ukuran Badan Jangan Hentam Je

Cara Yang Betul Mengambil Ukuran Badan Jangan Hentam Je

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 774 hits
Berikut adalah cara yang betul untuk ambiL ukuran badan Ukuran badan yang betul adalah penting sebelum anda membeli baju secara online atau pun menempah baju kepada si tujang jahit Hal ini kerana bayangkan jika anda tersalah mengambil ukura...
Lumba Lumba Tersesat Dievakuasi Ke Muara Tanjung Balai Via Jalur Darat

Lumba Lumba Tersesat Dievakuasi Ke Muara Tanjung Balai Via Jalur Darat

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 245 hits
Evakuasi terhadap lumba lumba itu dilakukan lewat darat Jalur itu sengaja dipilih untuk efisiensi waktu Perjalanan hanya memakan waktu sekitar 3 jam Sementara jika melalui jalur sungai sejauh 100 Km akan memakan waktu sekitar 20 jam perjala...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Orang Bunian Mystiska V Senden I Den Malaysianska Urskogen

Usd Cad Ulasan Dan Analisis

Dakwaan Projek Rumah Pahang Gagal Dan Terbengkalai Fitnah Kdmi Buat Laporan Polis Terhadap Adun Kuala Sentul

Penjawat Awam Antara 13 Ditahan Disyaki Terbabit Dengan Kartel Pindah Milik Tanah Secara Tidak Sah

Sila Cermin Diri

Pi Kwc Fashion Mall Pulak