Ptptn Beri Pengecualian Bayaran Pengajian Rm26 000 Kepada Bekas Mahasiswa Hidap Kanser


KOTA BHARU, 20 Mei (Bernama) — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberi pengecualian bayaran pinjaman pengajian berjumlah RM26,000 kepada bekas mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Abdul Halim Mat Hassan, 26, yang menghidap kanser pangkal hidung tahap empat.
Pengurus Besar PTPTN Kelantan Mohd Azrul Akmal Mamat berkata, keseluruhan hutang pinjaman PTPTN oleh peminjam berkenaan telah selesai melalui manfaat takaful.
Menerusi manfaat ini peminjam tidak perlu risau untuk membuat sebarang bayaran balik bagi pinjaman PTPTN semasa pengajian di UMK. “Skim Pembiayaan Pendidikan dengan perlindungan takaful berkelompok dilaksanakan oleh PTPTN untuk melindungi pembiayaan yang diberikan oleh PTPTN sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada peminjam.
“Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun prinsipal pembiayaan pendidikan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua peminjam atau baki prinsipal akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful yang dilantik oleh PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Waris, penuntut perlu lengkapkan Permohonan Tuntutan Takaful Mohd Azrul berkata, menerusi takaful ini juga bagi mana-mana peminjam yang telah meninggal dunia atau mengalami keilatan, waris atau penuntut perlu membuat tuntutan dengan melengkapkan Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my.
“PTPTN sebagai sebuah agensi pembiaya utama pendidikan tinggi negara sentiasa memikirkan kebajikan peminjamnya dan sehingga 31 Mac 2020, seramai 10,742 peminjam telah mendapat manfaat daripada perlindungan takaful dengan jumlah RM182.5 juta. Selain itu, 9,857 waris/ penuntut telah menerima khairat kematian sebanyak RM13.12 juta untuk tempoh yang sama,” katanya.
Beliau turut mengunjungi kediaman Abdul Halim di Kampung Kok Kiak Baka, Machang di sini hari ini untuk menyerahkan surat pengecualian bayaran pinjaman berkenaan.
Terdahulu, media hari ini melaporkan Abdul Halim menjalankan perniagaan arnab secara kecil-kecilan sejak dua tahun lepas sebagai inisiatif beliau untuk melunaskan pinjaman PTPTN sebanyak RM26,000 dan berita mengenai kegigihan beliau mendapat perhatian pihak berkenaan.
Abdul Halim graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PTPTN di atas pengecualian bayaran pinjaman yang diberikan kepada beliau.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat gembira apabila dihubungi oleh pihak PTPTN sekitar petang tadi bahawa permohonan pengecualian bayaran pinjaman saya diluluskan,” katanya. Anak ketujuh daripada 10 beradik ini disahkan menghidap kanser pangkal hidung pada Oktober 2017 dan terpaksa mendapatkan rawatan selama setahun yang berakhir pada tahun lepas termasuk kimoterapi sebanyak tujuh pusingan serta radioterapi 36 kali bagi mematikan sel kanser, selain lehernya terpaksa ditebuk untuk saluran pernafasan.
Sumber: BERNAMA
The post PTPTN Beri Pengecualian Bayaran Pengajian RM26,000 Kepada Bekas Mahasiswa Hidap Kanser appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/20/ptptn-beri-pengecualian-bayaran-pengajian-rm26000-kepada-bekas-mahasiswa-hidap-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkm Manir Agih 2 000 Bekas Bubur Lambuk

Pkm Manir Agih 2 000 Bekas Bubur Lambuk

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 371 hits
Oleh Ahmad MawardiHULU TERENGGANU 17 Mei Program Semarak Ramadan Pusat Khidmat Masyarakat Manir mengagihkan 2 000 bekas bubur lambuk kepada pengguna jalan raya hadapan Kompleks Al Kawthar Kubang Lembik Manir di sini semalam Ahli Dewan Undan...
5943 Program Zero Hunger Terima Lebih 100 000 Permohonan Berita Harian 07 05 2020

5943 Program Zero Hunger Terima Lebih 100 000 Permohonan Berita Harian 07 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 394 hits
CYBERJAYA Lebih 100 000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Pegawai Eks...
Dompet Dhuafa Salurkan 2 000 Paket Sembako Ke Cirebon Bekasi Dan Depok

Dompet Dhuafa Salurkan 2 000 Paket Sembako Ke Cirebon Bekasi Dan Depok

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 153 hits
Penyaluran paket sembako tersebut dilakukan dengan memberangkatkan armada Food for Dhuafa yang terdiri dari 1 unit unimog 1 unit kendaraan taktis logistik 2 hilux 1 ambulan dan 3 truk dari markas Disaster Management Center Dompet Dhuafa Rab...
5939 Terkini Zero Hunger Bantu Lebih 9 000 Ribu Keluarga Susah Sepanjang Pkp Malaysia Gazette Tv 06 05 2020

5939 Terkini Zero Hunger Bantu Lebih 9 000 Ribu Keluarga Susah Sepanjang Pkp Malaysia Gazette Tv 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 512 hits
CYBERJAYA Atas dasar tanggungjawab untuk memastikan tidak ada keluarga dari kalangan B40 khususnya yang mempunyai pendapatan harian terputus bekalan maka Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall menggunakan platform Zero Hunger un...
5933 100 000 Mohon Bantuan Zero Hunger Berita Harian 06 05 2020

5933 100 000 Mohon Bantuan Zero Hunger Berita Harian 06 05 2020

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 353 hits
CYBERJAYA Lebih 100 000 permohonan bantuan makanan diterima menerusi program Zero Hunger tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Malakat Mall sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Pegawai Eks...
600 000 Hilang Kerja Akibat Pkp

600 000 Hilang Kerja Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 351 hits
PETALING JAYA Kadar pengangguran meningkat 17 1 kepada lebih 600 000 orang pada Mac akibat kesan perintah kawalan pergerakan kata Jabatan Perangkaan hari ini PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu untuk membendung penularan Covid 19 meny...
Mco Leaves Over 600 000 Jobless

Mco Leaves Over 600 000 Jobless

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 264 hits
The movement control order has had a heavy impact on businesses nationwide PETALING JAYA The number of unemployed people rose by 17 1 to over 600 000 in March due to the impact of the movement control order the Department of Statistics reve...
Hampir 5 000 Jenayah Siber Tahun Ini Ini Senarai Kawalan Kendiri Untuk Anda

Hampir 5 000 Jenayah Siber Tahun Ini Ini Senarai Kawalan Kendiri Untuk Anda

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 236 hits
Astro Awani CyberSecurity Malaysia merekodkan hampir 5 000 kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu Foto freepik KUALA LUMPUR CyberSecurity Malaysia merekodkan hampir 5 000 kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu Kes di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada