Psv Tingkatan 2 Menyulam Bunga Reben Bersama Kak Nurin
assalamualaikum 😊
pe kabo semua
sihat-sihat la hendaknya ye
saya? hari ni sgt ok la
bila ia dinamakan hujung minggu, ohsem lah 😍
maka, now baru lah dpt hapdet blog kecil molek ni
selesai lunch, selesai lipat baju
rehat jap depan tv. kak Nurin on plak movie Child's Play 2019 : Buddi
maka, exercise jari-jemari jap la di atas keyboard laptop ni
mengabadikan satu lagi kisah anak-anak
hasil saya menyulam weekend yg lepas 😍. tak brape kemas, tapi boleh la...
nak la kongsi satu citer - last weekend kak Nurin bw balik homework PSV
tu hah, topik on sulaman benang dan sulaman reben
kak Nurin memang tahu la si Ibu ni pasti akan bantu dia lagi. yes lah, anak Ibu kan 😃
takkan Ibu nak susahkan kak Nurin
memang minat Ibu lah membantu anak-anak 😀 ha ha ha ha..
ni kalau cikgu kak Nurin baca blog ni, fengsan lah dia..
mesti markah kak Nurin kena slash out
pengakuan jujur seorang ibu yg membantu anaknya siapkan kerja rumah hi hi hi hi hi..
"oooooh, ibu awak yg buat projek jahitan awak ye?" 😠eh tak lah cikgu. ada gak la Nurin buat. dlm 25%
tapi slow!!! geram hati saya melihat dia menyulam reben & benang tu
saya buat, selesai cepat skit 😂
happy saya bila dpt tahu projek PSV kak Nurin adalah menjahit sulam reben & sulam benang.
minat saya ni.
just, now da takde masa nak pegang jarum & benang dah...
malas pun ye jugak 😃.
bagus lah ekk bila tajuk sebegini ada dlm silibus PSV anak-anak sekolah menengah.
boleh memupuk minat diorang dari awal.
diorang boleh menyulam bila ada masa. boleh juga buat duit ni tau.
tak mudah!
sakit juga la jari-jemari ni setelah bertahun-tahun tak menyulam reben.
sib baik lah tools menjahit saya cukup.
tak payah dah nak membeli. stok reben & benang pun complete.
just laksanakan aje hingga siap.
😏 ni la hasil yg tak seberapa tu...
saya pernah few years back join kelas online utk sulaman reben, sulaman benang & sulaman manik
tiada niat utk bisnes atau apa-apa. minat semata-mata nak tau teknik menyulam tu
minat menjahit?saya minat menjahit ke arah kraftangan
tidak ke arah menjahit baju
sulam reben. sulam benang. sulam manik
kraf felt pun saya minat! 😍 byk juga projek kraf felt yg saya hasilkan
dijadikan gift kpd kawan-kawan
skit jer la yg sempat saya abadikan dlm blog ni 👉 projek jahitan Aida
bila stress, uolls try menjahit. hasilkan something nice... skit sebanyak, stress tu akan mengalir keluar bersama idea tu
ringanlah beban stress dlm diri kita 😊
in shaa Allah..
tools. reben. benang. manik. jarum pelbagai saiz.
💙💚💛💜
playar ni penting, utk tarik reben.
tanpa ni, sgt sukar nak menarik reben in and out dari kain, sakit tgn!!!
lama jugak brg2 jahitan saya ni tersimpan ketat kat dlm bilik
sejak pindah, memang tak berusik pun. projek kraf felt pun tersangkut
adakah ini tandanya saya perlu on balik those projek yg tergendala? 😀😀aduhai..
😏 👋👋
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/09/psv-tingkatan-2-menyulam-bunga-reben.html