Pstt Tolong Hulur Cermin Sat Kat Abang Mat Tu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sering mengeluarkan fatwa yang berubah-ubah setiap kali menjelang pilihan raya..
"Contohnya sebelum ini pernah menyatakan akidah orang UMNO sudah rosak tetapi selepas itu boleh bersama dengan parti tersebut dengan alasan UMNO dan BN adalah anugerah ALLAH.
"Begitu juga boleh bersama DAP sebelum ini kerana parti ini didakwa menyokong Perlembagaan dan mendokong demokrasi bahkan selepas pilihan raya pada 2013, Presiden Pas berkempen untuk calon DAP di Teluk Intan.
"Puji DAP adalah parti yang progresif dan menjunjung Perlembagaan. Apabila bercerai (memutuskan hubungan) DAP dikatakan komunis pulak. Ini tak pelik, 'he will change in every election' tapi orang Islam percaya apa dia cakap,"
Dia tak sedar apa yang dia kata kat TG Haji Hadi tu.. tak ada bezanya dengan apa yang dia pernah kata kat UMNO dulu tu..
Contohnya Mohamad Sabu pernah menyifatkan pemimpin yang menerajui parti UMNO kini amat sinonim dan dekat dengan imej rasuah kleptokrasi..
Mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini sedang berhadapan dengan 47 pertuduhan di mahkamah.
Katanya ‘Inilah citra parti melayu terbesar, tonggak pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sarat dengan rasuah kleptokrasi, merekalah antara punca masalah utama negara, bukan penyelesai masalah,”
Bila PAS bersama UMNO dia kata “Tetapi sebulan dua ini agak sedih bila ia digunakan bersama UMNO yang kami lawan dahulu, termasuklah membawa ‘Bossku’ yang terpalit dengan kes rasuah terbesar di abad ini ke markas yang dibina dengan wang rakyat,”
Bila dia pula bersama UMNO, semalam dia kata "Bila berkawan dengan UMNO, aku sayang sungguh dengan UMNO sekarang. Saya bukan jenis berkasih dengan Mat Maslan (tapi) kenyit mata pada orang lain, 'no', itu perangai Pas, sekarang dia berkawan dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tapi tak tau kenyit masa dengan siapa.
Ahli Parlimen Kota Raja itu juga berkata, "Contohnya sebelum ini pernah menyatakan akidah orang UMNO sudah rosak tetapi selepas itu boleh bersama dengan parti tersebut dengan alasan UMNO dan BN adalah anugerah ALLAH.
"Begitu juga boleh bersama DAP sebelum ini kerana parti ini didakwa menyokong Perlembagaan dan mendokong demokrasi bahkan selepas pilihan raya pada 2013, Presiden Pas berkempen untuk calon DAP di Teluk Intan.
"Puji DAP adalah parti yang progresif dan menjunjung Perlembagaan. Apabila bercerai (memutuskan hubungan) DAP dikatakan komunis pulak. Ini tak pelik, 'he will change in every election' tapi orang Islam percaya apa dia cakap," katanya.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui terkilan dengan Abdul Hadi apabila turut sama bersekongkol menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan memerintah menerusi Langkah Sheraton.
"Sepatutnya dia tidak bersetuju bersama kumpulan Sheraton tumbangkan kerajaan, patutnya dia cakap sabar, kita sedang menuju kemenangan, sabar sikit kita boleh ambil alih (kerajaan Persekutuan) tetapi tidak sebaliknya bersama gerombolan tumbangkan kerajaan.
"Baru-baru ini dia ulang lagi, selepas PRN (pilihan raya negeri) di enam negeri akan tukar kerajaan (Persekutuan) kemudian kita menang tiga (negeri), dia (Perikatan Nasional) menang tiga (negeri). Lepas PRK (pilihan raya kecil) di Johor (dakwa lagi akan) tukar kerajaan (Persekutuan)," ujarnya.
"Bila berkawan dengan UMNO, aku sayang sungguh dengan UMNO sekarang. Saya bukan jenis berkasih dengan Mat Maslan (tapi) kenyit mata pada orang lain, 'no', itu perangai Pas, sekarang dia berkawan dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tapi tak tau kenyit masa dengan siapa.
"Masa dia kawan dengan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP dia kenyit mata dengan UMNO, sekarang ini dengan Bersatu. Jangan bimbang Mat Maslan kasihku kepadamu tidak berubah. Kita akan bersama termasuk di Johor di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang di Taman Sri Kaseh di sini pada malam Isnin lapor SH
Nak kata kat orang.. tapi diri sendiri lebih kurang...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/pstt-tolong-hulur-cermin-sat-kat-abang.html