Pss Umpama Bola Salji Meranapkan Warisan Di Kimanis


Manzaidi Mohd Amin 'Flashmob' menolak PSS semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di sekitar Pekan Membakut, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL 
KUALA LUMPUR – Ilham Centre yang sebelum ini meramalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menang bergaya di Kimanis melihat isu berkaitan Pas Sementera Sabah sebagai punca ramalan mereka tersasar.

Menurut Ketua Penyelidiknya, Dr. Mohd Yusri Ibrahim, daripada pemerhatiannya, Warisan memiliki kelebihan dengan kecenderungan pengundi terhadap parti itu yang berstatus parti pemerintah dan parti lokal Sabah.

Namun, katanya, parti itu berhadapan dengan isu PSS yang bergerak umpama bola salji yang makin membesar sehingga menghampiri hari pembuangan undi.

Kata beliau, Barisan Nasional (BN) yang dibantu oleh beberapa NGO tempatan memanfaatkan sepenuhnya isu itu untuk membentuk gelombang protes dan penolakan terhadap parti Warisan.

“BN berjaya mengheret isu ini hingga ke hari pengundian, sentimen penolakan terhadap PSS begitu hangat di pusat pembuangan undi, termasuk menjadi bahan untuk petugas BN merayu undi.

“Walaupun memiliki kelebihan di pertengahan kempen, Warisan tersungkur pada hari penentuan apabila gagal menangani kebimbangan dan ketakutan pengundi terhadap pelaksanaan PSS ini.

“Hari terakhir penyelidik Ilham Centre berada di lapangan iaitu pada 14 Januari lalu, kami mengesan lapan peratus pemilih mengundi Warisan dalam PRU14 bersedia memberi undi kepada BN dalam PRK ini kerana memprotes isu PSS,” katanya dalam status yang dimuatnaik meneruai akaun Facebooknya, malam tadi.

Dalam PRK semalam, calon BN, Datuk Mohamad Alamin yang mendapat 12,706 undi, menang dengan majoriti 2,029 menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677.

Keputusan itu menjadikan BN memperolehi kemenangan kelima selepas Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Jumlah majoriti itu meningkat berbanding 156 dimenangi Datuk Seri Anifah Aman pada PRU14 yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

Menurut Dr. Mohd Yusri, bersandarkan data semasa menunjukkan Warisan masih mendahului, pihaknya meramalkan parti itu mempunyai kelebihan untuk memenangi pertembungan itu.

Namun, pada masa sama menjangkakan kelebihan itu akan dirampas sekiranya Warisan gagal menangani isu PSS yang membesar umpama bola salji menuju hari pengundian.

Ujar beliau, situasi itu benar-benar berlaku dengan gelombang PSS tidak dapat dibendung oleh Warisan menyebabkan parti diterajui Datuk Seri Shafie Apdal itu tewas dengan majoriti lebih besar kepada BN yang meneruskan rentak kemenangan beberapa siri PRK sebelum ini.

“Pengundi Kimanis telah memberi isyarat jelas menolak Warisan dengan memilih BN, pilihan mereka perlu dihormati, suara rakyat suara keramat dan Kemenangan ini memberi momentum besar kepada BN menuju PRU15 nanti.

“Setelah Semenanjung dan Sabah, BN hanya perlu berkira-kira menyusun strategi untuk bertapak semula di Sarawak bagi melengkapkan seluruh puzzle mereka.

“Pakatan Harapan (PH) yang sedang demam teruk memerlukan ‘turning point’ untuk memulihkan kembali sokongan rakyat kepada mereka, tetapi sehingga hari ini belum kelihatan tanda-tanda ‘feel good’ yang boleh mengembalikan sokongan yang mereka perolehi dalam PRU14 lepas,” katanya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pss-umpama-bola-salji-meranapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 397 hits
Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut K...
Pss Antara Punca Warisan Tewas Di Kimanis Kata Wan Azizah

Pss Antara Punca Warisan Tewas Di Kimanis Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 416 hits
Wan Azizah Wan Ismail memberi limau mandarin kepada pengunjung ketika melawat Pasar Pagi Taman Muda hari ini KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan pelaksanaan Pas Sementara Sabah pada Jun i...
Kimanis By Election Warisan Information Chief Denies Threatening Gov T Officials

Kimanis By Election Warisan Information Chief Denies Threatening Gov T Officials

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 664 hits
KIMANIS POLLS Parti Warisan Sabah information chief Yusof Yacob has denied threatening government officials who support the opposition Yusof who is also Sabah Education and Innovation Minister said Warisan does not adopt such an approach I ...
Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 545 hits
BN menyeru pengundi supaya menolak calon Warisan di Kimanis sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah Jun nanti Anggota Majlis Tertinggi Umno Rahmad Dahlan berkata PSS adalah satu anc...
Warisan Favourites In Kimanis But Needs To Maintain Drive To Ensure Victory

Warisan Favourites In Kimanis But Needs To Maintain Drive To Ensure Victory

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 560 hits
KIMANIS POLLS Parti Warisan Sabah appears to have the upper hand over BN in the hotly contested Kimanis by election with six days to go before polling day on Jan 18 Warisan which heads the Sabah government has the state resources and machin...
Prkkimanis Warisan Tipu Pengundi Cara Pintu Belakang Pss Bukan Manifesto Pru 14

Prkkimanis Warisan Tipu Pengundi Cara Pintu Belakang Pss Bukan Manifesto Pru 14

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 961 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa isu sebesar Pas Sementara Sabah tidak ada dalam manifesto Warisan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 Katanya rakyat telah mengundi Warisan tanpa mengetahui Waris...
Warisan Mahu Majukan Sektor Pelancongan Kimanis

Warisan Mahu Majukan Sektor Pelancongan Kimanis

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 396 hits
Calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang mempunyai visi untuk menjadikan Kimanis sebagai kawasan eko pelancongan Katanya kawasan seperti Membakut dan Bongawan mempunyai potensi besar untuk menjadi tumpuan pelancongan kerana memiliki lan...
Flu Won T Stop Shafie From Leading Warisan S Charge In Kimanis

Flu Won T Stop Shafie From Leading Warisan S Charge In Kimanis

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 788 hits
Mohd Shafie Apdal recovering from the flu speaking to Bongawan voters last night KIMANIS His voice has grown hoarse from all the speeches he has been making in front of hundreds of Kimanis folks over the past week The cough is getting worse...
Warisan Supporters Say Pss A Non Issue But Others Fear Repeat Of Project Ic

Warisan Supporters Say Pss A Non Issue But Others Fear Repeat Of Project Ic

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 384 hits
KIMANIS POLLS The voters in Kimanis have mixed feelings on the implementation of the which will be rolled out in June A straw poll conducted by Malaysiakini found that supporters of the Warisan state government feel PSS is a non issue while...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Pagi Yang Tak Disangka

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengidam Terung Pipit

Dim Sum Discovery By Canning Pengalaman Makan Belajar Dalam Satu Tempat

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs

Fitri Carlina Bahagianya Aku Sama Kamu Chord