Siapa Tidak Ikhlas Pas Bersatu Atau Umno


 
Bakar Suar -January 5, 2022 
Setiap amal bermula dengan niat. Itu syarat mendapat keredhaan Allah. Demikian disimpulkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam dokumen perisytiharan politik partinya.
Baginya adalah perlu pencerahan ini dibuat kerana “ada kalangan yang menganggap PAS tidak ikhlas dalam politiknya”. Tindakan itu perlu diambil kerana “kalangan” berkenaan “tidak memahami makna ikhlas mengikut bahasa Al-Quran”.
Lantas beliau menurunkan takrif ikhlas sebagai “urusan Allah yang Maha Mengetahui isi hati dan sanubari manusia yang beramal, mengikut ukuran kepercayaan agamanya (Islam) semata-mata bagi mendapat keredhaan Allah.”
Oleh kerana beliau tahu penerangannya itu membabitkan pendirian politik PAS, Haji Hadi segera menegaskan “sekalipun perbuatan tersebut dibenci oleh manusia yang tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar.”
Demi memberi kefahaman mengenai ikhlas dalam politik, Hadi melampirkan hadis:
“Sesiapa yang mencari keredaan Allah dengan dimarahi oleh manusia, nescaya Allah meredainya; dan sesiapa mencari keredaan manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah murka terhadapnya dan dijadikan manusia juga memarahinya.” (Riwayat Ibn Hibban 276)
Adalah jelas bagi Hadi bahawa dalam membentangkan pendirian politik PAS yang ikhlas, mereka yang tidak faham Bahasa Al-Quran, perlu menghadam kenyataan berikut:
“Perjuangan PAS bukanlah perjuangan atas dasar nasionalisme yang sempit (semangat kebangsaan menjadi aqidah perjuangan) kerana PAS ialah sebuah parti berlandaskan Islam menjadi aqidah perjuangannya.”
Presiden PAS itu membuat penegasan ini dalam satu kenyataan bertarikh 28 Jumadal Ula 1443 / 2 Januari 2022 bawah tajuk “Bersama Muafakat Nasional mempertahankan Perikatan Nasional”.
Yang menjadi persoalannya siapakah “kalangan” yang cuba ditasykil oleh Hadi supaya benar-benar mengerti pendirian PAS ini? Adakah kalangan ini ahli PAS sendiri atau mereka adalah sekutu politik PAS?
Nada kesungguhan dalam dokumen perjuangan PAS oleh Hadi ini memberi isyarat bahawa isu politik yang berlegar dalam pemikiran beberapa pihak seolah-olah mempertikaikan “keikhlasan” PAS yang cuba menjadi “broker” perpaduan dalam politik Melayu-Islam hari ini.
Hadi nampaknya cuba memberi sedikit petunjuk mengenai siapakah audiennya apabila berkata: “Bangsa Melayu yang menegakkan Islam, maka akan terselamat bangsanya dan semua bangsa juga pasti akan selamat.
“Jika sekadar menyelamatkan bangsa Melayu sahaja tanpa acuan Islam, maka Melayu tidak akan selamat malah bangsa lain dalam masyarakat majmuk juga tidak akan selamat.”
Jika difikirkan, parti Melayu lain yang berkerabat dengan PAS hari ini tentulah Umno dan Bersatu.
Justeru beliau mengingatkan kedua-duanya: “Hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja layak memimpin manusia masyarakat majmuk bersama Islam yang adil kepada semua.”
Seraya itu, Hadi menjelaskan bahawa Allah memberikan suatu amaran kepada bangsa Arab yang merupakan bangsa paling awal menerima Islam dan memimpin negara Islam:
“Dan jika kalian berpaling (daripada Islam) nescaya Dia akan menggantikan kalian dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti mana kalian.” (Surah Muhammad: 38)
Kemudian Hadi menghuraikan strategi politik ikhlasnya:
“Di mana bumi kita berpijak, di situlah kita tegakkan Islam. Maka, masyarakat Malaysia yang didominasi oleh bangsa Melayu yang beragama Islam berusaha menyatukan bangsa Melayu bermula dengan penyatuan melalui tiga parti besar; Umno dan Bersatu bersama PAS dalam gabungan Muafakat Nasional (MN).”
Hadi bersungguh mengingatkan pra-syarat utama bagi menjayakan skima politik ini ialah: “Sekiranya hanya disertai oleh PAS dan Umno sahaja, gabungan tersebut tidak memadai.”
Bagi Hadi, PAS ikhlas. Sebab itu beliau berani mendokumenkan pemikiran politiknya untuk tatapan umum.
Namun apakah politik itu sudah menjadi satu realiti sejak ia dicetuskan melalui komplot politik “Langkah Sheraton” yang menobatkan Bersatu menjadi tekong kerajaan yang menumbangkan Pakatan Harapan?
Kini Muhyiddin Yassin pula sudah dijatuhkan apabila Umno melihat banyak kelemahan kerajaan yang dipimpinnya. Umno pula berjaya meletakkan Naib Presidennya Ismail Sabri Yaakub menggantikan Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri.
Mungkin tujuan Hadi menyiarkan dokumen ikhlas PAS ini untuk mengelak berlakunya reaksi politik Bersatu yang kehilangan tampuk kerajaan.
Jika benar berlaku kecil hati dan dendam antara Umno dan Bersatu apakah nasib PAS? Tidakkah ada kemungkinan baik Umno mahupun Bersatu akan menyerlahkan bahawa formula PAS ini tidak menguntungkan mereka?
Bayangkanlah baik dalam kerajaan pimpinan Bersatu PAS mendapat imbalan yang selesa dengan sumbangan 18 kerusi Parlimennya. Begitu juga dalam kerajaan Umno sekarang kedudukannya tetap utuh. Siapa yang mendapat manfaat paling besar?
Mungkinkah Hadi bimbang jika hakikat ini terserlah, cita-citanya untuk menjadikan PAS parti Melayu terbesar dan paling berpengaruh dalam kalangan rakyat keturunan Melayu akan terjejas?
Atau Hadi bimbang akan semakin kuat khabar di maya politik meramalkan akibat kelemahan kerajaan menguruskan bencana banjir, Ismail akan membuat rombakan Kabinet?
Jika itu berlaku, apakah nasib PAS dalam kerajaan? Menteri-menteri PAS tidaklah cemerlang sangat prestasi mereka menangani bencana banjir.
Kini bukan satu rahsia. Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu. Sebab itu ia tidak menganggotai Perikatan Nasional. Begitu juga sebaliknya. Bersatu menolak Umno dan tidak ghairah menyertai MN.
Maka siapakah Hadi, mahupun PAS, yang hendak mencatur politik untuk Umno dan Bersatu?
Justeru timbul juga persoalan kepada siapakah sebenarnya ayat Quran yang ditukil oleh Hadi ini hendak ditujukan?
“Aku tidak bermaksud kecuali bertujuan hendak melakukan islah (pembaikan) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya jualah aku kembali.” (Surah Hud: 88).
Tidakkah ayat ini mungkin lebih sesuai ditujukan kepada pemimpin PAS bermula dengan Hadi sendiri?
Hadi sudah mempamerkan ilmunya mentadabbur ayat-ayat Al-Quran untuk pencerahan amalan berpolitik. Bagi menyambut dokumen Hadi itu, perlukah pemimpin-pemimpin Umno dan Bersatu meningkatkan penguasaan Bahasa Al-Quran mereka?
Mungkin perlu, jika pemimpin Umno dan Bersatu mahu ‘setanding’ dengan Mat Sabu dan pemimpin Amanah yang lebih faham bila dan bagaimana merujuk pada Bahasa Al-Quran, untuk menempelak Hadi.
 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/siapa-tidak-ikhlas-pas-bersatu-atau-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 250 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
It S Not The End Pas Leader Wants Umno Courtship To Continue

It S Not The End Pas Leader Wants Umno Courtship To Continue

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 162 hits
With the general election due next year PAS central committee member Nik Abduh Nik Abdul Aziz wants his party to maximise efforts to work out an arrangement with Umno and Perikatan Nasional to prevent three corner fights Umno and PAS relati...
Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

Pemimpin Pas Tidak Perlu Ajar Umno Lebih Baik Jika Bersopan

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com1 1 2022Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengulas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu Muafakat Nasional Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan mengingatkan PAS supaya bersopan dalam men...
Pas Mahu Pujuk Umno Lagi

Pas Mahu Pujuk Umno Lagi

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 193 hits
PAS Mahu Pujuk Umno Lagi PAS menegaskan bahawa rundingan kerusi bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara Umno dan Perikatan Nasional pada pilihan raya umum ke 15 perlu dilaksanakan Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Az...
Jangan Hairan Jika Pas Tinggalkan Bersatu Satu Hari Nanti Kata Puad

Jangan Hairan Jika Pas Tinggalkan Bersatu Satu Hari Nanti Kata Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 183 hits
January 5 2022 Puad Zarkashi berkata PAS tahu penyatuan parti parti Melayu tidak akan tercapai jika ia menyertai dua gabungan politik berbeza PETALING JAYA Jangan hairan jika PAS tinggalkan Bersatu satu hari nanti seperti yang dilakukannya ...
Another Umno Leader Blasts Hadi For Majority Want Umno Pas Tie Up Claim

Another Umno Leader Blasts Hadi For Majority Want Umno Pas Tie Up Claim

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 208 hits
A second Umno leader has lambasted PAS president Abdul Hadi Awang for his latest call for the two parties to work together in future elections He claimed yesterday that a of Umno supreme council leaders wanted the party to cooperate with PA...
Banjir Jadi Alat Mainan Terbaru Politik Cantas Umno Bersatu

Banjir Jadi Alat Mainan Terbaru Politik Cantas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 217 hits
Persepsi Putrajaya lewat bertindak membantu mangsa banjir khususnya di Lembah Klang dilihat mencetuskan ribut baharu dalam hubungan Umno Bersatu dan mungkin mempengaruhi timing PRU15
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun