Pru15 Perikatan 3 0 Bukan Pn Lagi Kata Zahid


malaysiakini.com
Diterbitkan 11 May 2021, 1:16 pm

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yakin akan berlaku sesuatu kepada parti berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti dengan wujudnya Perikatan 3.0 dan bukan lagi Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara, hari ini.

Bercakap semasa wawancara Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran Umno Online malam semalam, Ahmad Zahid dipetik oleh portal Agenda Daily sebagai memberi bayangan bahawa akan wujud satu jajaran baru politik Umno bersama PKR dan DAP.

“Kedinamikan politik pasti berlaku saya lihat… saya bukan seorang nujum politik tetapi saya yakin kalau mahu disebut hala tuju atau kedinamikan itu.
“Kita lihat, selepas PRU15, sama ada ia akan diadakan dalam waktu terdekat, atau dalam tempoh yang hanya Allah Taala sahaja tahu kerana kalau mengikut cukup tempoh pilihan raya adalah pada tahun 2023.

“Pada ketika itu, saya hampir pasti bahawa akan ada sesuatu yang akan berlaku kepada Umno, sebagai sebuah parti induk orang Melayu dan Islam, di mana ketika itu akan ada Perikatan 3.0 bukan Perikatan Nasional,” katanya.

Kata Zahid, jajaran baru itu tidak melibatkan PN yang sekarang ditunjangi oleh Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, PAS, BN, Umno serta beberapa parti di Sabah dan Sarawak.
Presiden Umno itu walau bagaimanapun tidak mendedahkan parti-parti yang akan bersama dalam gabungan baru itu.

Zahid berkata penubuhan parti Perikatan dahulu juga tidak statik sifatnya, dan ia berubah mengikut perubahan politik semasa.

“Kita harus, melihat kewujudan parti Perikatan yang merupakan payung bukan sahaja kepada Umno tetapi sebagai parti-parti komponen ketika itu, tidak merupakan sebuah gabungan yang statik betulnya, apabila Barisan Nasional (BN) diwujudkan ia merupakan Perikatan 2.0.

“Jadi ini merupakan langkah yang baru, di mana kita lihat sunnatullah telah menentukan bahawa masyarakat Malaysia penuh dengan kemajmukan,” katanya.

Sebelum ini, tular bahawa beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa Umno bersama PKR dan DAP.

Zahid bagaimanapun menegaskan bahawa parti itu tiada sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, sekali gus menafikan apa yang didakwa.

Malah, Mesyuarat Agung Umno yang lalu juga mengambil pendirian parti itu masih kekal dan muktamad iaitu tidak menerima Anwar Ibrahim, DAP atau Bersatu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/pru15-perikatan-30-bukan-pn-lagi-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tentukan Tindakan Lanjut Jika Tiada Pru15 Selepas Ogos Kata Tajuddin

Umno Tentukan Tindakan Lanjut Jika Tiada Pru15 Selepas Ogos Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 346 hits
Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno tidak akan mendesak supaya menyegerakan PRU15 ketika negara terus mencatatkan peningkatan kes Covid 19 PASIR SALAK Umno akan menentukan tindakan seterusnya selepas Ogos ini jika ...
Ahmad Zahid Beri Gambaran Politik Baharu Perikatan 3 0

Ahmad Zahid Beri Gambaran Politik Baharu Perikatan 3 0

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 336 hits
Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3 0 pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan adanya usaha ke arah ...
Veteran Tentera Tanding Pru15 Langgar Akta 740 Kata Kementerian Pertahanan

Veteran Tentera Tanding Pru15 Langgar Akta 740 Kata Kementerian Pertahanan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 345 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mana mana persatuan veteran yang terlibat dalam aktiviti atau kegiatan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung menyalahi Akta 740 menurut Kementerian Pertahanan Dalam kenyataan Jabatan Hal Ehwal Veter...
Kita Adalah Kerajaan Menanti Kata Dap

Kita Adalah Kerajaan Menanti Kata Dap

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 505 hits
freemalaysiatoday com May 2 2021 3 13 PMPETALING JAYA Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata pada Pilihan Raya Umum ke 15 parti itu tidak lagi masuk bertanding sebagai parti pembangkang Beliau berkata sebaliknya DAP bertanding sebagai p...
Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

Dua Tahun Sudah Cukup Kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 503 hits
1 906 total views 1 550 views today Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu tempoh dua tahun sudah mencukupi bagi beliau untuk mengemudi pasukan Polis Diraja Malaysia Menurut beliau dia sudah bersedia untuk mengundurkan dir...
Fb Dewan Ulama Pas Diserbu Bila Kata Ketua Polis Negara Fitnah Menteri

Fb Dewan Ulama Pas Diserbu Bila Kata Ketua Polis Negara Fitnah Menteri

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 534 hits
MALAYSIA DATELINESelepas laman Facebook Universiti Utara Malaysia orang ramai menyerbu laman milik Dewan Ulama Pas pula apabila mereka tidak berpuashati dengan tindakan Ulama Pas menyerang Ketua Polis Negara yang akan bersara Tan Sri Hamid ...
Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

Pegawai Awam Tak Boleh Cela Kerajaan Menerusi Media Kata Takiyuddin Ekoran Pendedahan Kpn

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 371 hits
May 2 2021 6 41 PMTakiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan boleh memberi pandangan atau mengkritik menggunakan saluran yang betul PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata pegawai kerajaan tidak harus mend...
Polis Akan Hilang Taring Akibat Campur Tangan Politik Kata Bekas Kpn

Polis Akan Hilang Taring Akibat Campur Tangan Politik Kata Bekas Kpn

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 354 hits
May 2 2021 Musa Hassan mengakui campur tangan politik dalam polis berlaku sejak sekian lama dan turut mengganggu operasi pasukan itu PETALING JAYA Bekas ketua polis negara Musa Hassan berkata pasukan polis akan hilang taring jika budaya cam...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram

Thunderstorm Warning For Four States Labuan Until 1pm

Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan

Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room