Pru15 Apa Pilihan Umno


HARI ini, hasil pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kita dapati UMNO sebagai parti terbesar masyarakat bumiputera dan muslim sedang berada dalam dilema.
Populariti UMNO banyak dibantu oleh pembentukan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas, perjuangan isu rakyat dan Islam kini sedang digugat oleh usaha penubuhan PN secara rasmi.
Bersatu yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak bersedia menyertai BN mahu pun MN.
Ketidaksediaan mereka ini jelas dengan usaha mereka mahu mendaftarkan PN dan khabarnya telah pun mendapat sokongan Pas.
UMNO kini dalam dilema sama ada mahu terus memimpin BN atau menjadi parti komponen PN. Dilema ini kerana dua sebab itu kuasa dan nostalgia.
Kepada sebahagian besar ahli UMNO, MCA dan MIC, BN adalah satu nostalgia yang indah membabitkan pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Tradisi membela rakyat dan lambang dacing bukan sahaja sekadar ikon di semenanjung tetapi juga merentasi pendalaman Sabah dan rumah panjang di Sarawak.
Seperti kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, pendaftaran PN dan penyertaan UMNO ke dalam PN adalah sijil kematian buat BN.
Isu kedua membabitkan soal kedudukan strategik parti dan ini telah memecahkan UMNO kepada dua kumpulan.
Bagi kumpulan pertama, menyertai PN bermakna membenarkan Bersatu melemahkan UMNO. Bersatu yang hanya menang 13 kerusi Parlimen dalam PRU-14 tetapi kini mempunyai 33 hasil ‘kecurian’ selepas PRU-14. BN pula hilang Sabah akibat kejadian yang sama.
Pembahagian kerusi antara Bersatu dan UMNO akan menjadi persoalan besar terutama membabitkan kerusi-kerusi yang dimenangi BN telah menyertai Bersatu dan kini menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti Parlimen Larut, Mersing, Tasik Gelugor, Bagan Serai dan beberapa lagi.
Kumpulan ini percaya Bersatu akan melemahkan UMNO sebaik Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dengan mandat besar dalam PRU-15.
Satu lagi kumpulan melihat UMNO sebagai parti besar yang tidak akan tumbang dengan mudah.
Selepas menyertai PN mereka boleh sahaja menguasai PN seperti mana dalam BN. Mereka percaya satu hari nanti Bersatu akan kembali kepada UMNO, atau sekurang-kurangnya Perdana Menteri selepas Muhyiddin adalah dari UMNO.
Jaminan
Pilihan pertama ialah menyertai PN. Ini hampir pasti akan membolehkan UMNO kembali dalam kerajaan selepas PRU-15. Namun tiada jaminan UMNO akan terus kukuh selepas PRU-15 dengan kuasa di tangan Muhyiddin dan tiada tanda-tanda jalan damai antara Bersatu dan UMNO.
Kedua ialah bertanding dalam bentuk kerjasama politik Muafakat Nasional. Namun ini hampir mustahil kerana Pas telah syok dengan kerja bersama Muhyiddin. Pas yakin populariti Muhyiddin akan memenangkan mereka lebih banyak kerusi.
Ketiga adalah BN bertanding sebagai entiti sendiri seperti mana sebelum ini. Ini memerlukan UMNO meyakinkan MCA dan MIC bahawa BN mempunyai peluang besar menguasai kerusi-kerusi Parlimen di Semenanjung dan Sabah.
Ini bukan sesuatu yang mustahil, namun ia memerlukan pengorbanan besar kepimpinan UMNO. UMNO harus membariskan calon-calon yang boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka mempunyai barisan yang lebih mantap untuk membentuk kabinet selepas PRU-15.
Walaupun tidak perlu menamakan calon Perdana Menteri, namun rakyat harus diyakinkan bahawa UMNO telah berubah dari isu-isu yang melingkari mereka sehingga menyebabkan parti kalah dalam PRU lepas.
Kajian dan penyelidikan kebolehterimaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO harus dibuat secara telus, bukannya sekadar melihat hirarki parti. Jika perlu mereka yang tidak berada dalam hirarki parti pun boleh ditonjolkan sebagai antara calon Perdana Menteri BN.
Pilihan-pilihan pentas bertanding ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO secara bermuafakat dan menginsafi kepentingan parti lebih penting dari diri.
Justeru, adalah penting UMNO dan BN bersedia dengan semua strategi yang boleh dilaksanakan dan manifesto sendiri.
Ini akan membolehkan parti berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berunding dan juga membuat keputusan yang tepat sebaik Parlimen dibubarkan.
*Ab Jalil Backer ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar)
The post PRU15: Apa pilihan UMNO? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/pru15-apa-pilihan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Giat Bermesyuarat Membincang Pru15

Umno Pas Giat Bermesyuarat Membincang Pru15

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 293 hits
Muafakat Nasional iaitu kerjasama antara Umno dan PAS ketika ini dilihat sedang rancak bermesyuarat antaranya bagi membincangkan PRU ke 15 dan kedudukan mereka dalam Perikatan Nasional Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional di...
Belum Pru15 Umno Bersatu Dah Bercakaran Ker

Belum Pru15 Umno Bersatu Dah Bercakaran Ker

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 381 hits
Al kisahnya MP Mersing UMNO Sabah sudah tidak laku ramai dah masuk bersatu Ketua Pemuda UMNO Naik berang suruh MP Mersing letak jawatanNajib Masuk Campur Mersing UMNO perlu ambil semula Nampak tak itu baru bab permulaan tu belum real punya ...
Tiada Pilihan Muhyiddin Azmin Perlu Kembali Segera Rujuk Kepada Umno

Tiada Pilihan Muhyiddin Azmin Perlu Kembali Segera Rujuk Kepada Umno

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 394 hits
Mohon semula jadi ahli UMNO dan bubar BERSATU adalah pilihan terbaik Muhyiddin dan Azmin untuk kekal relevan seperti sekarang Runding cara boleh dibuat dengan Zahid dan Najib dalam situasi win win demi bangsa ugama dan negara sediapakai Itu...
Umno Tinggalkan Bersatu Pru15 Razaleigh

Umno Tinggalkan Bersatu Pru15 Razaleigh

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 314 hits
UMNO dipercayai akan meninggalkan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan datang bagi membolehkan parti itu menang dalam kedudukan dominan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata sekiranya UMNO tidak menang da...
Pilihan Lebih Praktikal Terus Berusaha Rebut Putrajaya Atau Fokus Persiapan Pru15

Pilihan Lebih Praktikal Terus Berusaha Rebut Putrajaya Atau Fokus Persiapan Pru15

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 277 hits
ZAKARIA MUSA Dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan saya tidak pasti apakah keutamaan mereka sekarang Mungkinkah masih bergelut dan sibuk berunding ke sana ke sini mencukupkan nombor untuk merebut kembali Putrajaya yang di rampas itu Atau ...
Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

Keputusan Terbaik Untuk Keadaaan Sekarang Umno Pas Setuju Muhyiddin Terus Jadi Pm Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 362 hits
Untuk mendapat mandat rakyat perlu ada PRU 15 lebih cepat lebih baik kerana sekarang PH sedang gila berperang sama sendiri Populariti Mahathir jatuh merundum Anwar pula rakan PH pun tak nak dia jadi PM Penyokong mereka jadi macam bodoh kena...
Dr M Azmin Hishamuddin Nak Takeover Umno

Dr M Azmin Hishamuddin Nak Takeover Umno

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 551 hits
Balun duit JAKIM bagi kat tadika PAS PASTI adalah institusi pendidikan pra sekolah yang tidak berdaftar dengan mana mana agensi kerajaan kerana penubuhan PASTI adalah sepenuhnya dikelola oleh PAS sebagai sebuah parti politik Malah PAS sendi...
Tidak Guna Umno Bermuafakat Dengan Pas Jika Tidak Mahu Jawatan Pm

Tidak Guna Umno Bermuafakat Dengan Pas Jika Tidak Mahu Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 256 hits
Apabila BN kalah PRU14 dan UMNO buat pertama kali hilang kuasa sejak merdeka bahkan peranan Pas sebagai kuasa ketiga dan untuk memecahkan undi juga tidak menjadi kedua dua parti itu akhirnya mengambil keputusan menukar hubungan yang selama ...
Sultan Pahang Zahir Rasa Bangga Empat Daerah Di Negeri Ini Tersenarai Dalam 20 Bandar Paling Bahagia

Alami Masalah Trim Luaran Longgar Tesla Tarik Balik Model Cybertruck

Huawei Lancar Pura X Telefon Lipat Dipacu Ai Beremosi

Yung Kai Do You Think You Could Love Me Chord

Pm Anwar Minta Pihak Tak Pernah Terlibat Usah Jadi Jaguh Gesa Isu Kuil Diselesai Dengan Aman

Saya Ada Bukti Suami Dedah Dipaksa Ceraikan Nora Dakwa Difitnah Isteri Pertama

Bella Wanita Luar Biasa Saya Terhutang Budi Syed Saddiq

Lol Ytjt Brb The Social Media Effect On The Malay And English Languages


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Zapin Malam Raya Ara Johari Ft Trio Latah

Asam Pedas Siakap Menu Ramadan Kami

Khalifah Kini Syawal Menjelma Cjord

Syafiq Farhain Feat Saleem Cinta Di Hari Raya Chord

Simulasi Ukcg Dalam Talian Persediaan Terbaik Hadapi Ujian Eukcg Ipg

Kekosongan Guru Ganti Dan Pembantu Pengurusan Murid Di Kemaman Kuala Terengganu Mohon Melalui Myfuturejobs 2025