Pru 15 Rosli Yakin Perikatan Nasional Pas Pertahankan Dun Tanjung Lumpur


 

KUANTAN - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar yakin gabungan tersebut terutama Pas dapat mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.
Rosli yang juga penyandang kerusi itu berkata, keyakinan tersebut berdasarkan momentum sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap PN di DUN Tanjung Lumpur.
“Ke mana sahaja kita pergi dalam tempoh kempen PRU15 ini, momentum sokongan rakyat terhadap calon PN di Tanjung Lumpur sangat tinggi. Malah kita melihat ada rakyat yang kita kenalpasti mereka dulu daripada UMNO, golongan atas pagar, mereka memberi sokongan secara terbuka kepada kita.
“Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur sepanjang penggal lalu yang telah diberikan amanah, kita dapat melaksanakan dengan baik sehingga kita dapat melihat ia dapat menawan hati masyarakat sehingga momentum pada PR15 ini begitu besar, kuat berbanding lalu.
“Jadi, insya-Allah kita yakin momentum ini akan berterusan sehingga hari mengundi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ditanya penerimaan rakyat tentang logo dan bendera PN, Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, walaupun pada mulanya memberi sedikit kesukaran kerana timbul kekeliruan masyarakat, namun ia berjaya diatasi ekoran publisiti meluas di media sosial dan arus perdana.
“Boleh dikatakan sehingga kini tidak ada lagi kekeliruan dan di mana-mana kita turun merayu undi dan sebagainya, boleh dikatakan seluruh rakyat sudah mengenali PN.
“Kalau di DUN Tanjung Lumpur, Parlimen Kuantan dan DUN Inderapura, ke mana sahaja kita pergi, rakyat membabitkan pelbagai lapisan usia mereka kenal logo PN, jadi tidak timbul masalah bagi kami.
“Di Tanjung Lumpur, apabila keluar meraih undi, pengundi sebut ustaz Rosli PN, mereka tak sebut lagi ustaz Rosli Pas, jadi ini menunjukkan soal logo itu tidak ada masalah,” katanya.
Berhubung pengundi muda, beliau berkata, di Parlimen Kuantan, DUN Tanjung Lumpur, Inderapura dan Teruntum, momentum sokongan golongan itu termasuk mereka yang pertama kali mengundi pada PRU15 ini berpihak kepada PN.
“Kita lihat anak muda khususnya pengundi kali pertama ini memberikan sokongan pada kita. Ini juga berdasarkan pola sokongan pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang mana pengundi kali pertama tidak beri (undi) kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tetapi kepada PN.
“Kalau trend ini berterusan, kita akan dapat sekurang-kurangnya 30 peratus undi muda dan jumlah itu boleh membawa kemenangan PN untuk mentadbir Pahang jika momentum pengundi muda kekal sebagai mana di PRN Johor,” katanya.
Beliau dalam pada itu menyeru pengundi DUN Tanjung Lumpur termasuk pengundi luar supaya keluar dan balik mengundi, 19 November ini kerana ia tanggungjawab penting untuk menentukan soal hala tuju negara dan negeri ini.
“Mengundi adalah kuasa untuk kita memilih pemimpin bagi membentuk sebuah kerajaan. Baik buruk sebuah kerajaan itu bergantung kepada kepimpinan dan kepimpinan itu hanya akan dapat memerintah, berkuasa dengan sebab undi.
“Jadi jangan sampai kita mengalami kerugian atau kesengsaraan kerana mendapat pemimpin yang tidak mengambil berat tentang rakyat, korupsi sebab kita yang memangkah undi tersebut,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/11/pru-15-rosli-yakin-perikatan-nasional.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Nasional Yakin Sasaran Untuk Menang 16 Dun Pahang Boleh Di Capai

Perikatan Nasional Yakin Sasaran Untuk Menang 16 Dun Pahang Boleh Di Capai

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Sasaran Perikatan Nasional Pahang untuk menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 boleh dicapai berdasarkan keputusan pada pilihan raya lepas yang menyaksikan PAS selaku parti komponen gabungan itu kalah ti...
Calon Baharu Perikatan Nasional Kerusi Dun Tioman Tetap Daripada Pas

Calon Baharu Perikatan Nasional Kerusi Dun Tioman Tetap Daripada Pas

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Calon baharu Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Tioman nanti akan tetap dipilih daripada parti PAS kata Pengerusi PN Pahang Saifuddin Abdullah secepat mungkin kerana hari ini tak mungkin kita akan mencari calon baru Itu a...
Pru 15 Calon Barisan Nasional Di Dun Damak Berjanji Bela Semua Kaum

Pru 15 Calon Barisan Nasional Di Dun Damak Berjanji Bela Semua Kaum

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 165 hits
JERANTUT Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Damak Muhamad Fasal Jamlus berkata hanya BN yang dapat membela semua kaum atau etnik di negara serta mengotakan setiap janjinya kepada rakyat Kata beliau BN sejak dari dulu l...
Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

Tuan Ibrahim Dakwa Perikatan Nasional Yakin Akan Bentuk Kerajaan Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Perikatan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 15 Sabtu ini berdasarkan sokongan yang didakwa semakin meningkat selain mood ditunjukkan rakyat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ...
Senarai Calon Yang Mewakili Perikatan Nasional Di Kelantan Pru 15

Senarai Calon Yang Mewakili Perikatan Nasional Di Kelantan Pru 15

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum Berikut adalah senarai calon PN di kesemua 14 Parlimen di Kelantan P019 TUMPAT Datuk Mumtaz Md Nawi P020 PENGKALAN CHEPA Datuk Ahmad Marzuk Shaary P021 KOTA BHARU Datuk Seri Takiyuddin Hassan P022 PASIR MAS Ahmad Fadhli Shaa...
Pas Umno Paling Teruk Berpecah Pru 15

Pas Umno Paling Teruk Berpecah Pru 15

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 152 hits
Pas Umno paling teruk berpecah PRU 15Posted By on November 10 2022Pilihan Raya Umum ke 15 boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana parti lawan yang utama seperti Umno dan Pas berpecah begitu teruk Hal itu kerana kata Presiden A...
Beri Peluang Perikatan Nasional Perintah Satu Penggal

Beri Peluang Perikatan Nasional Perintah Satu Penggal

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 165 hits
Sumber Gambar BERNAMA KUALA LUMPUR Beri peluang Perikatan Nasional mentadbir Malaysia selama satu penggal pada Pilihan Raya Umum Ke 15 untuk dinilai kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang Abdul Hadi yang juga Presiden
Pru 15 Muhyiddin Mohon Maaf Atas Kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik

Pru 15 Muhyiddin Mohon Maaf Atas Kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 206 hits
Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Mhd Nasir amp Tan Sri Muhyiddin Yassin BATU PAHAT Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memohon maaf kepada mana mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik M...
Calon No 3 Dr Zul Perikatan Nasional Tanjong Karang Berjiwa Rakyat

Calon No 3 Dr Zul Perikatan Nasional Tanjong Karang Berjiwa Rakyat

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 289 hits
Pada 13 November 2022 yang lepas Dr Zul Calon No 3 Perikatan Nasional Tanjong Karang pada jam 1 20 petang telah hadir ke Majlis Perkahwinan penduduk di Tanjong Karang Majlis perkahwinan tersebut di sambut dengan penuh meriah di mana kedua p...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing