Pru 15 Khalid Tidak Jangka Berlaku Pertandingan Dua Penjuru


malaysiadateline.com
Oleh ARIF ATANMarch 3, 2021 9:20 am

Pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sukar berlaku memandangkan Umno, Bersatu dan Pas berebut kawasan majoriti pengundi Melayu.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad berpendapat Umno sendiri bukan mudah untuk mengurangkan jumlah kerusi yang banyak ditandinginya sebelum ini.

“Soal untuk mendapatkan persetujuan itu pun agak sukar kerana Umno, Bersatu dan Pas ingin menguasai kerusi yang sama (majoriti pengundi Melayu).

“Tidak mungkin Umno yang sebelum ini bertanding 80 kerusi tetapi disebabkan bekerjasama dengan Bersatu dan Pas maka Umno (bertanding) 30 (kerusi), Pas 30 dan Bersatu 20, contohnya.

“Nak turun dari 80 kepada 30 kerusi bukan perkara yang mudah,” katanya dalam slot bertajuk, “Kerjasama dengan Umno: Wajar atau tidak?” secara langsung menerusi Facebook The Perspektif kelmarin.

Untuk rekod, kira-kira 107 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan pertandingan tiga penjuru, kebanyakannya membabitkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Pada PRU 2018 itu, Umno menawan 55 kerusi Parlimen. Pas pula walaupun menjadi parti kedua meletakkan calon paling ramai iaitu 160 di kerusi Parlimen hanya mampu menang di 18 kerusi.

Bersatu pula yang ketika itu sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH) menang 13 daripada 50 kerusi ditandingi.

Awal Januari lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan partinya tetap dengan pendirian untuk bertanding tidak kurang daripada 96 kerusi termasuk di 55 Parlimen yang dimenangi pada PRU-14.

Dibahagi tiga

Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru sekalipun, masalah masih timbul di pihak penyokong serta individu yang merasakan layak bertanding.

“Pemimpin-pemimpin boleh berdamai tetapi penyokong masing-masing tidak semestinya. Hubungan antara ahli-ahli tentunya ada masalah.

“Jika pemimpin bersetuju sekali pun, tidak semestinya penyokong parti di bawah bersetuju.

“Katakan ada kerusi sudah dipersetujui ditandingi oleh Bersatu, mungkin individu dari Umno atau Pas yang menganggap dirinya layak bertanding di kerusi itu tidak bersetuju kerana menganggap sampai bila-bila Bersatu akan bertanding di kerusi itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan (PH) tetap bersedia untuk pertandingan dua penjuru.

“Kalau bertanding dua penjuru maka tidak timbul soal kerjasama kerana jika pihak ‘A’ menang, dia yang memerintah. Jika ‘B’ menang, dia yang memerintah. Tiada keadaan kerusi dibahagi tiga,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menjangkakan jika gabungan Umno, Pas dan Bersatu menjadi kenyataan maka sentimen mengapi-apikan semangat perkauman akan muncul sekali gus mewujudkan ketegangan seperti telah berlaku ketika mahu menjatuhkan kerajaan PH.

“Kalau berlaku tiga penjuru pula, maka politik perkauman itu dapat sedikit sebanyak diredakan kerana sesama mereka sukar untuk menggunakan hujah perkauman

“Namun, saya tidak jangka akan berlaku (pertandingan) dua penjuru,” tegas Khalid lagi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pru-15-khalid-tidak-jangka-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Hampir Pasti Pertembungan Tiga Penjuru Abdullah Sani

Pru 15 Hampir Pasti Pertembungan Tiga Penjuru Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 242 hits
Pertelagahan berterusan antara Perikatan Nasional dan sekutunya Umno BN diramal akan menyebabkan berlaku pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid pertembun...
Muhyiddin Berdepan Kesukaran Di Pagoh Jika Pertandingan Pelbagai Penjuru

Muhyiddin Berdepan Kesukaran Di Pagoh Jika Pertandingan Pelbagai Penjuru

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 200 hits
BAHA M ISAPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapati kerusi Parlimen Pagohnya tidak selamat lagi sekiranya kerusi itu menjadi pertandingan pelbagai penjuru pada pilihan raya umum akan datang Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong b...
Suntikan Vaksin Pun Ada Dua Darjat

Suntikan Vaksin Pun Ada Dua Darjat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 220 hits
NASUHA RAHMANJika sebelum ini SOP kuarantin dikatakan sebagai SOP dua darjat kini program vaksinasi yang sedang berjalan turut dilabelkan sebagai dua darjat apabila barisan hadapan tidak diberi keutamaan Dr Rafidah Abdullah dalam posting di...
Dua Beradik Antara Tiga Maut Kemalangan Di Jalan Kuching

Dua Beradik Antara Tiga Maut Kemalangan Di Jalan Kuching

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 238 hits
BH ONLINE Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan Segambut menghala ke Kepong malam tadi Foto NSTP Ihsan PDRM KUALA LUMPUR Dua beradik dan seorang lelaki...
Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

Dua Kanak Kanak Di Temui Mati Lemas Dan Seorang Masih Hilang Di Pantai Sungai Ular

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 369 hits
KUANTAN Tiga kanak kanak dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular dekat sini petang semalam Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah Agensi Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuantan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian...
Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 260 hits
AMK saran Salahuddin muhasabah diri elak politik bermuka mukaSetiausaha Pemuda PKR Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka muka seperti parti lamanya PAS ...
Amalan Dua Darjat Denda Sop

Amalan Dua Darjat Denda Sop

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 256 hits
1 Ordinan Darurat 2021 pada 25 Februari 2021 telah dipinda untuk menaikkan jumlah kompaun kesalahan kepada individu sehingga RM 10 000 manakala bagi kesalahan oleh syarikat atau pertubuhan pula hingga RM 50 000 2 Walaupun ianya cuba ditonjo...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View