Pru 15 Bn Yakin Perak Sumbang 12 Kerusi Parlimen


hmetro.com.my
BernamaMuhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]
ISMAIL Sabri (lima, kiri) menyaksikan Ahmad Zahid menerima Watikah Ikrar Umno dari Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. FOTO Bernama.Bagan Datuk: Barisan Nasional (BN) yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya 12 daripada keseluruhan 24 kerusi parlimen yang ada di Perak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sumbangan 12 kerusi parlimen dari Perak cukup penting bagi menyumbang kepada kedudukan dominan BN di Parlimen.

Katanya, dengan empat gabungan parti politik di Semenanjung iaitu BN, Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), dan Gerakan Tanah Air (GTA); pihaknya menjangkakan majoriti calon yang diletakkan perlu menghadapi pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru.

"Biarpun sudah banyak (gabungan) parti untuk menyaingi BN, Insya Allah BN akan meraih paling banyak kerusi sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen di Perak ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan ahli jentera BN dalam Majlis Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Perak di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan; dan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, BN bukan sahaja perlu menang pada PRU-15 tetapi menjadi dominan bagi memastikan pentadbiran kerajaan selepas ini lebih kukuh dan stabil dengan memenangi sekurang-kurangnya 80 kerusi parlimen.

"Memang benar saya Perdana Menteri namun dalam Parlimen kerajaan kerusi kita (BN) tak cukup. Walaupun saya jadi Perdana Menteri tetapi setiap masa kita tertanya-tanya kalau (ada) mereka tarik (sokongan) lima orang (anggota parlimen), maka kita tumbang.

"Jadi pada PRU-15 pastikan kita jadi parti dominan. Kali ini, kita kena menguasai kabinet sepenuhnya dengan sekurang-kurangnya 80 kerusi. Barulah kita kuat, baru orang nak dengar cakap kita," katanya.

Ismail Sabri berkata, selain perlu menjawab semua isu yang dimainkan oleh pembangkang, ahli khususnya jentera BN perlu juga bertindak menyerang menggunakan isu berbangkit yang terpalit dengan pentadbiran Pakatan Harapan.

Beliau memberi contoh antara isu terbabit yang dianggap sebagai 'peluru' bagi menghentam pembangkang adalah laporan siasatan ke atas dakwaan menerusi buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, selain mengenai isu Pulau Batu Puteh dan isu Pengampunan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Disiarkan pada: Oktober 17, 2022 @ 8:03pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pru-15-bn-yakin-perak-sumbang-12-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Perak Sudah Muktamad Agihan Kerusi Kata Ahmad Faizal

Perikatan Perak Sudah Muktamad Agihan Kerusi Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 247 hits
Perikatan Perak sudah muktamad agihan kerusi kata Ahmad Faizal Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 9 Oct 2022 11 5
Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 193 hits
BANDAR BAHARU Barisan Nasional menyasarkan untuk menang sekurang kurangnya 10 daripda 15 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata BN akan mewujudkan pasukan ...
Terkini Parlimen Dibubar Hari Ini L Bersedia Untuk Menghadapi Pru 15

Terkini Parlimen Dibubar Hari Ini L Bersedia Untuk Menghadapi Pru 15

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 244 hits
Terkini Parlimen Dibubar Hari Inil Bersedia Untuk Menghadapi PRU 15 Makluman terbaru diterima kerajaan Malaysia dibawah perikatan nasional mengumumkan membubarkan parlimen bagi memberi ruang pilihanraya umum yang ke 15 bagi tahun 2022 Kemun...
Pru 15 Saifuddin Abdullah Sedia Untuk Pertahankan Parlimen Indera Mahkota

Pru 15 Saifuddin Abdullah Sedia Untuk Pertahankan Parlimen Indera Mahkota

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 222 hits
SEPANG Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Bagaimanapun beliau berkata keputusan muktamad berhubung perkara itu bergantung ...
Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

Mb Ns Yakin Anwar Menang Di Tambun Kuasai Perak

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 271 hits
MB NS yakin Anwar menang di Tambun kuasai PerakPosted By on October 24 2022Jasa mantan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikenang selamanya oleh para pengundi dan akan dibekalkan doa untuk bertarung di medan baharu pa...
Ismail Pembubaran Parlimen Sah Agong Titah Pru Sebelum Tengkujuh

Ismail Pembubaran Parlimen Sah Agong Titah Pru Sebelum Tengkujuh

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 149 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata cabaran undang undang oleh penyandang ahli parlimen Klang Charles Santiago berhubung PRU15 hanyalah bersifat akademik memandangkan Parlimen sudah pun dibubarkan
Mb Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi Dun Jelai Pada Pru 15 Ini Nanti

Mb Pahang Sedia Untuk Memertahankan Kerusi Dun Jelai Pada Pru 15 Ini Nanti

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 154 hits
KUANTAN Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Jelai pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Bagaimanapun beliau berkata keputusan muktamad bergantung kepada keizinan dan pel...
Keputusan Bijak Dan Mampu Tambah Menang Kerusi Parlimen

Keputusan Bijak Dan Mampu Tambah Menang Kerusi Parlimen

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 255 hits
ADUN ADUN NEGERI SEPERTI DI KEDAH TERENGGANU DAN KELANTAN mampu membantu rakan mereka calon ahli parlimen untuk menang kerusi tambahan dan kekal menang di kerusi yang dipertahankan Lebih lebih lagi kali ini undi akan bertambah dari penyokon...
10 000 50 000 Pengundi Baharu Di 190 Kerusi Parlimen Spr Digesa Lanjut Tempoh Kempen

10 000 50 000 Pengundi Baharu Di 190 Kerusi Parlimen Spr Digesa Lanjut Tempoh Kempen

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 216 hits
October 11 2022 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor berkata pelaksanaan inisiatif Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dan ke atas yang layak mengundi melebihi 5 8 juta oran...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Hotel Bajet Bawah Rm100 Di Malaysia Selesa Bersih Dekat Bandar

Produk Kecantikan Drugstore Vs Produk Viral Patut Beli Yang Mana

Bukan Sedarah Tapi Setia Sehidup Semati Kapsyen 18 Tahun Cinta Sejati Aliff Syukri Buat Isteri

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah