Pru 14 Mengundi Ketika Pantang


Assalamualaikum...


Allahu dah masuk tahun baru dah pun baru nak cerita kisah PRU14. kahkah~  Baru ada mood nak mengarang pasal PRU ni haa. Lambat pun lambat lah. Nak jugak karang dalam blog. Kenangan oii


PRU14 ni kira kali kedua lah aku turun mengundi. First time dulu masa PRU13, Zafirah umur setahun. Ada aku ceritakan dalam blog jugak. Pi klik >> PRU13


 Masih lagi tempat mengundi yang sama. Sebab asyik lupa je nak tukar alamat. Mak and tok laki mengundi kat Bangi. Aku dengan ayah kat Serdang. Oke laa ada jugak geng. Takde la kena pi sorang


Lagi best, time PRU14 aku tengah pantang 14 hari. bahaha! Fikir banyak kali jugak lah nak pi ke taknak, nak pi ke taknak. Laki tak bagi pergi. Tapi parents aku relek je izinkan. Asal aku sihat pergi lahh. Memang berkobar² nak tukar kerajaan kekdahnya. Tu gigih jugak pergi ngundi. haha


 FYI untuk korang yang tak pernah turun ngundi


Tarikh mengundi jatuh hari Rabu. Awal pagi mak and laki keluar dulu. Bila dorang dah setel, baru aku keluar dengan ayah pulak. Nak bergilir jaga baby. Ayah drop aku betul² depan pagar sekolah, then baru dia pergi cari parking


Aku masuk je pagar, ada staff SPR tengah tunggu and tegur aku, tanya saluran mana. Aku terus terang je dengan staff tu yang aku tengah dalam pantang 14 hari. Boleh potong line tak


Dia kata boleh je. Kang bentan bahaya pulak katanya. Muda lagi staff tu tak pasti dah kahwin ke belum. Tapi prihatin sangat aihh. Dia bawak aku terus pergi Saluran 6, aku takyah beratur apa pun. Terus masuk bilik and buang undi. 5 minit je dah setel. SYUKUR!


 Terima kasih awak sebab mudahkan urusan saya. 

 Ayah aku saluran 2 kot. Panjang beratur. Tapi teratur sangat! Syabas SPR


 Sementara tunggu ayah buang undi, sempat borak dengan sorang makcik ni (gambar kiri). Dia tunggu suami dia. Pastu terjumpa cikgu disiplin masa form 1-5 (gambar kanan). Cikgu ingat aku lagi!! yeyy


Dalam sejam lebih jugak tunggu ayah setel mengundi. haha! Nasib baik lah ada jugak tempat duduk kat area situ. Takde la penat. Memang rezeki aku, bersalin anak nombor tiga badan aku cergas je. Takde lembik², sakit sana sini. Aku tak makan pun jamu², tapi aku amek supplement and vitamins. Jaga makan pantang jugak. InsyaAllah badan sihat cergas 

Gemoknya muka orang pantang!! hahaha~  Lega wehh dah setel mengundi. Lepas dah tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin. ceyy~

Adik aku yang duk London pun tak ketinggalan jugak mengundi. Dorang kena POS sendiri ballot paper balik Malaysia dan buang undi di kaunter undi terpilih. Gila kan?? Dah la ballot paper pun sampai ke LAST MINUTE. Dorang ada masa kurang dari 24 jam untuk hantar balik ballot paper tu ke Malaysia. pehh! Dah macam Amazing Race wehh student sana


Adik aku dapat je ballot paper, terus roger kawan², group² sana tanya siapa yang fly balik Malaysia, nak mintak tolong bawak balik ballot paper. Dah jumpa orang nak balik Malaysia, berkejar pulak pergi Heathrow Airport!!! Waktu London dengan Malaysia beza 8 jam. Kita awal 8 jam. Flight kawan dia tengah malam (waktu London), dan dijangka sampai KLIA tengah hari (hari PRU14!!). Ngam aku dan ayah habis ngundi, dalam pukul 2pm ayah rush pergi KLIA untuk collect ballot paper dari kawan adik (ada 14 paper semuanya kot)


Aku tak reti sangat nak explain benda ni. Tapi kalau korang tanya mana² Malaysian yang bekerja or study abroad memang macam ni lah kes dan proses membuang undi. Once dah dapat ballot paper, dorang kena send balik ke Malaysia dengan KOS SENDIRI!


Serious laa memang dah macam amazing race! Dorang kat sana pun sampai tak cukup tidur sebab nak collect ballot paper, kumpul kan and rushing pi Heathrow airport untuk pass ballot paper pada yang nak balik Malaysia. Semangat sayangi Malaysiaku tu kuat sangat wakk! Walaupun kena bersusah payah tapi dorang tetap cari initiatif untuk mengundi


Sampai KLIA, ayah aku amek ballot paper dorang dan tolong hantar ke MPSJ. Syukur jugak mostly yang mengundi tu lokasi sama je. Macam yang ayah aku cakap dalam wasap, beza tingkat je. Alhamdulillah sangat dipermudahkan urusan kami semua membuang undi. Demi masa depan negara kekdahnyaaaaa. So proud to be Malaysian. Especially menjadi sebahagian dari sejarah yang tercipta. 

 Makin lama kan ink tu jadi makin pekat hitam gini. Sepanjang sebulan tu orang duk upload pic jari je lahh. hahaha  terhibur aku tengok posting memasing. Sikit pun tak annoyed. Benda 4 tahun sekali nak annoyed kenapa? Check hati balik


Malam keputusan ya tuhann berdebar gila. Aku tungguuu lahh sampai pukul 2pagi pun. Kemain lambat lahh bos SPR nak sign borang 14 tu. Lepastu ada pulak friendlist aku sentap bila aku cakap spr lembab. Bukan aku marah orang yang duk kira undi tu, aku marah bos kau lah sengaja delay² sign borang 14. Duk keluar masuk PC tapi keputusan nan hado


 Tengok online elok je cepat result keluar. Apesal TV lambat? Nak kata undi banyak sangat, on9 ni dapat result dari mana pulak? Ehh nak sentap pun biar la logik. Kau yang tak faham cerita pastu nak sound² aku. Dah selamat aku unfriend pun minah tu. Tak kenal pun dia siapa. Bila masa jadi friend pun tak tau lahh. So sila blah. kahh


BTW, habis je pru bos spr tu terus letak jawatan. Belum sempat soal siasat pun. Staff pulak sentap lebih² LOL~

Alhamdulillah sejarah baru tercipta. Malaysia baru dicipta. Walaupun banyak benda jugak aku tak setuju dengan kerajaan baru sekarang ni. Eh normal kot pembangkang je rajin buat kerja. Dah jadi gomen memang lembs manjang. kahkah


K sekian coretan untuk kenangan. Pembaris mohon jangan komen






Terima kasih sudi membaca!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ctliyana86.blogspot.com/2019/01/pru-14-mengundi-ketika-pantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Status T4lak Ketika Isteri H4mil Adakah T4lak Itu Sah Atau Tidak Rileks Media

Tahukah Anda Status T4lak Ketika Isteri H4mil Adakah T4lak Itu Sah Atau Tidak Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 382 hits
Bekas suami saya telah melafazkan ce rai terhadap saya dihadapan adik adik saya serta bapanya Ketika itu saya sedang hamil 7 bulan Adakah sah talak sekiranya dilafaz kepada isteri yang sedang ha mil Soal Jawab 1 Assalamualaikum wbt Pada per...
Tuduh Orang Kotor Ketika Sendiri Main Lumpur

Tuduh Orang Kotor Ketika Sendiri Main Lumpur

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 353 hits
KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA2 Januari 2019 25 Rabiulakhir 1440 TUDUH ORANG KOTOR KETIKA SENDIRI MAIN LUMPUR 1 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu bersikap melalut dan semberono mencipta fitnah disebalik dakwaan...
7 Tanda Alami Yang Ditunjukkan Tubuh Ketika Kamu Kurang Tidur

7 Tanda Alami Yang Ditunjukkan Tubuh Ketika Kamu Kurang Tidur

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 228 hits
Walau seseorang sudah terbiasa dengan kondisi kurang tidur tersebut namun terdapat beberapa hal yang dapat menunjukkan bahwa kamu sedang mengalami kondisi tersebut Beberapa hal seperti kondisi fisik yang tak prima serta kondisi mental tak s...
Lelaki Ini Nyaris Lumpuh Kerana Kerap Duduk Dengan Postur Yang Tidak Betul Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Lelaki Ini Nyaris Lumpuh Kerana Kerap Duduk Dengan Postur Yang Tidak Betul Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 231 hits
Seorang lelaki berusia 39 tahun dari Jiangsu China mengalami sesak nafas selepas bangun dari tidur nbsp Difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Li itu gemar duduk dengan postur yang tidak betul di sofa sambil bermain telefon bimbitnya dalam...
Bersin Ketika Solat Adakah Perlu Mengucapkan Alhamdulillah Ini Penjelasan Mufti Rileks Media

Bersin Ketika Solat Adakah Perlu Mengucapkan Alhamdulillah Ini Penjelasan Mufti Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 332 hits
Mesti ramai yang pernah mengalami masalah bersin semasa sedang solat kan Bolehkah Kita Mengucapkan Tahmid Jika Bersin Di Dalam Solat Sekiranya seorang yang sedang solat lalu terbersin adakah boleh bagi dirinya untuk mengucapkan hamdalah Al ...
Presiden Duterte Akui Pernah Lecehkan Pembantunya Ketika Tidur

Presiden Duterte Akui Pernah Lecehkan Pembantunya Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 215 hits
Presiden Filipina Rodrigo Duterte membuat pengakuan mengejutkan Presiden yang terkenal dengan berbagai kebijakan kontroversialnya ini mengaku pernah melakukan pelecehan seksual terhadap pembantunya
Arrian Melaungkan Azan Ketika Melawat Datuknya Tomok

Arrian Melaungkan Azan Ketika Melawat Datuknya Tomok

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 385 hits
PENYANYI Tomok berkongsi sepotong rakaman video anaknya Arrian yang melaungkan azan ketika melawat datuknya Ismail Salam tiga hari sebelum meninggal dunia Menerusi perkongsian di Instagram miliknya video tersebut telah mengundang rasa sebak...
Kencing Manis Ketika Hamil Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes

Kencing Manis Ketika Hamil Mari Semak Langkah Mengawal Dan Cegah Diabetes

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 417 hits
Diabetes atau biasanya dipanggil Gestational Diabetes Mellitus yang merupakan satu keadaan serius berlaku kepada wanita hamil apabila paras glukosa darah lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal Mengikut pengalaman penulis sebaik di...
Penuntut Ipta Dan Pekerja Kilang Dicekup Ketika Melepaskan Rindu

Penuntut Ipta Dan Pekerja Kilang Dicekup Ketika Melepaskan Rindu

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 271 hits
MELAKA Angkara ingin melepaskan rindu sebelum bertolak balik ke kampung halamannya seorang penuntut institut pengajian tinggi awam bersama teman lelakinya dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka sempena Ops Ambang Tahun Baharu awal...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage