Pru 14 Akhirnya Bn Tumbang Di Johor Khalid Nordin Tewas Di Pasir Gudang



Oleh: Hassan Abdul Karim
ULASAN: Tiga tahun telah berlalu, 9 Mei 2018. Buat pertama kalinya rakyat Malaysia berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa selama 61 tahun sejak Merdeka.
Perubahan pemerintahan itu berlaku secara aman. Ia melalui proses demokrasi. Melalui Pilihan Raya Umum ke empat belas (PRU14). Rakyat menggunakan kuasa undi di tangan mereka. Bukan menggunakan peluru dan laras senapang untuk menukar kerajaan. Pemerintahan yang angkuh dan korup akhirnya tumbang. Satu kemenangan moral yang besar maknanya.
Tarikh 9 Mei 2018 dan PRU14 juga memberi makna dalam hidupku.
Pengalaman politik, naif dan tulus
Tanpa nama besar, sebagai seorang aktivis, aku telah menyertai proses demokrasi sejak tahun 1982. Aku menyertai PRU sebagai calon Partai Rakyat Malaysia (dulu dikenali sebagai PSRM, Partai Sosialis Rakyat Malaysia) di kawasan Dewan Undangan Negeri Skudai. Ketika itu umurku 31 tahun.
Aku berkempen menggunakan sebuah kereta kecil Volkswagon Golf. Ia dipinjamkan oleh sahabatku Doktor Jomo Kwame Sundram, seorang pensyarah ekonomi Universiti Malaya. Dalam PRU itu aku berjaya mendapat kekalahan yang pertama di pentas demokrasi.
Memang naif dan lurus bendul aku ini. Mungkin hampir sampai ke tahap bodoh dan bangang. Kerana percaya pada perubahan politik melalui kotak undi dan menolak pertukaran kerajaan secara kekerasan, maka enam kali aku telah menyertai PRU (sebelum PRU14). Kesemuanya, 4 kali sebagai calon Parti Rakyat dan 2 kali sebagai calon PKR.
Kesemuanya menempuh kegagalan, satu demi satu. Hinggakan aku rasa kecewa, letih dan penat, malahan patah semangat. Mujurlah aku ada kerjaya profesional sebagai seorang peguam. Hari ini aku tewas di dalam pilihan raya, esok harinya aku tetap bangun dan pergi ke mahkamah.
Masa sesungguhnya merawat duka. Sehari demi sehari, kecewa, letih, dan patah semangat itu beransur hilang. Aku kembali melangkah ke depan bersama idealisme keadilan sebagai wira yang tidak didendang.
Tidak semua pilihan raya umum aku turut serta. Pada PRU 1990, aku memberi laluan kepada sahabat baikku, Gurdial Singh Nijar, seorang peguam terkenal di Johor Bahru dan juga Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Negeri Johor untuk bertanding di DUN Pasir Gudang.
Pada PRU 1995, aku juga tidak bertanding kerana ingin membantu kempen Abdul Razak Ahmad, Timbalan Presiden Parti Rakyat yang bertanding di Parlimen Gelang Patah.
Era Reformasi, berjuang tetapi kalah
Aku kembali bertanding dalam PRU 1999 ketika Era Reformasi di Parlimen Tebrau, melawan calon (BN/Umno) Mohamad Ali Hassan. Walaupun tidak hilang deposit, tetapi aku kalah dengan majoriti sebanyak 31,000 undi yang merupakan majoriti kekalahan yang terbesar di Malaysia. Aduh, malunya aku. Mana hendak letak muka?
Itupun, aku masih percaya, peti undi dan pilihan raya, bukannya turun ke jalan raya sebagai saluran yang sah dan absah untuk membentuk kerajaan. Sahabatku Hishamuddin Rais selalu tidak bersetuju denganku dalam hal ini.
Kali terakhir aku menyertai pilihan raya sebelum PRU14 ialah pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013. Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor meminta aku bertanding jauh di utara Johor, di Ledang sana.
Sebagai anggota parti yang patuh dan setia, aku akur dan menurut saja. Ketika itu aku memegang jawatan Naib Pengerusi PKR Johor. Parti Keadilan Rakyat bersetuju aku bertanding di Parlimen Ledang. Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan namaku sebagai calon di suatu majlis di bandar Tangkak.
Aku dan pasukan kempen Cabang PKR Ledang berkempen sekuat tenaga. Aku berjaya dalam masa singkat membina pasukan kempen PKR yang kuat, terdiri daripada Rizal Alias, Mohd Shah, Mohd Salim Mostan, Ng An Chuan, Tan Ledang, Ang Sagil, Subramaniam, Saravanan, Ramesh, Cikgu Zulkifli,dan Kamal, sekadar menyebut satu senarai yang ramai.
Hampir semua kampung, pekan-pekan kecil, kawasan kilang, estet di bukit-bukit, di parit-parit hingga ke kaki Gunung Ledang kami jelajahi bersama Pas dan DAP rakan gabungan Pakatan Rakyat ketika itu.
Tetapi akhirnya aku kalah juga. Hamim bin Samuri dari Umno (BN) memperolehi 30,619 undi manakala aku mendapat 28,652 undi. Aku kalah dengan majoriti sebanyak 1,967 undi.
Aku percaya dan ada bukti bahawa ada penipuan dalam proses pengiraan pada penjumlahan undi di sebuah Dewan Besar di Bandar Tangkak, pada malam pilihan raya itu. Aku buat laporan polis tentang unsur penipuan itu. Aku cabar keputusan pilihan raya itu di Mahkamah Pilihan raya atas arahan parti, tetapi kesudahannya aku tetap kalah juga.
Dilahirkan untuk kalah?
Ini adalah kekalahanku yang keenam berturut-turut dalam pilihan raya. Memang sekali lagi lurus bendul dan naif. Dah kalah macam itu, tetapi aku tetap percaya bahawa tiada pilihan yang lebih baik daripada pilihan raya untuk memilih sesebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
Tetapi secara jujur, kesan kekalahanku di Ledang itu amat parah dan menggoncang keyakinan diriku. Aku mulai terfikir nasib diriku; mungkin aku ini “born loser” ? Adakah aku dilahirkan untuk sentiasa kalah?
Dalam penjumlahan undi di Dewan Besar di Tangkak, pada malam itu, aku sempat mendahului calon BN sekadar sehingga jam 10.30 malam, sebelum dipintas oleh Hamim Samuri, seorang pemimpin Umno yang baik budi pekerti dan “gentleman”. Aku menghormati YB Hamim. Kami berkempen secara bersih dan beretika. Tiada fitnah dan tiada serangan peribadi.
Sebenarnya, silap aku sendiri. Aku begitu yakin dari gerak kerja kempen, laporan maklumat dan reaksi rakyat bahawa kemungkinan besar aku akan menang dalam pilihan raya umum di Parlimen Ledang itu. Tetapi pada akhirnya, kekalahan juga yang aku terima.
Selepas majlis pengumuman keputusan PRU itu selesai, aku pun meninggalkan dewan dan pulang ke rumah. Aku memandu sendiri kereta Proton Perdanaku yang usang itu bersama-sama isteriku Rodiah Iliyas menemani dengan setia di sebelah. Kami pulang ke rumah kami di Pontian, yang jauh beratus kilometer di selatan Johor.
Satu perjalanan yang amat sunyi di tengah malam itu, selepas menghadapi satu lagi kekalahan di pentas demokrasi. Entah sudah berapa kali aku kecewa dan patah hati, seakan merajuk dengan nasib yang aku terima. Aku turut simpati dan kasihan kepada ramai para penyokong dan aktivis yang berhempas pulas berkempen untuk memenangkan aku di Ledang.
Pada malam itu, ketika memandu, aku tidak dapat menahan kesedihan. Aku menitiskan air mata. Isteriku Rodiah yang duduk di sebelah menoleh apabila mendengar aku teresak. Dia melihat mataku bergenangan. Dia amat bimbang, kekalahan itu akan memudaratkan kesihatanku. Itulah kali pertama sebagai lelaki, aku menangis di sisi isteriku. Rodiah memujuk supaya aku bersabar dan kuatkan semangat.
Politik ini satu perjuangan seperti acara marathon. Aku pun turut mengawal diri supaya jangan terbawa-bawa. Sungguhpun aku secara peribadi tewas dan kalah tetapi PKR menang besar. Parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Pas juga menang besar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN tewas di banyak negeri. Kerajaan BN tiada majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaupun BN menang dari segi jumlah kerusi Parlimen sehingga boleh membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi undi popularnya merosot dan lebih rendah berbanding undi popular Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Prestasi baik PKR dan Pakatan Rakyat turut menggembirakan hatiku. Lebih-lebih lagi buat Pertama kali PKR di Johor menang di kerusi Parlimen Batu Pahat oleh calonnya Idris Jauzi dan DUN Bukit Batu calon dari AMK Keadilan Jimmy Puah Wee Tse. Perkembangan ini mengubat kekecewaan hatiku.
Aku tidak boleh terlalu sentimental dan beremosi apabila kalah. Aku membuat kritikan diri. Ini dunia politik, bukan calang-calang gelanggang untuk dimasuki. Hanya jiwa yang cekal dan tabah sahaja bisa hidup dalam arena politik yang buas dan ganas, seperti sebuah sangkar singa, seperti kata satu watak sasterawan terkenal Indonesia, Pramoedya Ananta Toer dalam novelnya.
Cabaran pimpin PKR Johor menuju PRU14
Masa tidak menunggu kita. Ia cepat berlalu. PRU14 pun segera sampai. Kehidupan politik macam-macam telah berlaku. Datuk Chua Jui Ming yang tewas di Parlimen Segamat dalam PRU13 itu mulai mengundurkan diri. Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat kemudiannya, melantik aku menjadi Pengerusi PKR Johor yang baru menggantikan tempat Datuk Chua Jui Meng.
Aku anggap perlantikanku itu sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Sebagai Pengerusi PKR Johor, aku mempunyai visi dan misi yang ringkas, mudah dan jelas seperti kristal. PKR Johor mesti menyusun strategi dan program untuk menang besar bersama parti-parti Pakatan Harapan (PH) Johor ketika itu (PKR, DAP, Amanah dan PPBM) untuk menumbangkan Umno dan BN di Johor serta membantu PH di peringkat nasional mengambilalih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Saat untuk menentukan calon dan di mana kerusi untuk bertanding sudah sampai untuk dibincang dan diputuskan. Amat mudah untuk aku bersama Biro Politik PKR Johor dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor mencadangkan nama-nama calon dan kawasan-kawasan bertanding kepada orang lain. Tetapi amat sukar untuk seorang ketua sepertiku menentukan di mana aku sendiri hendak bertanding?
Ada pimpinan dari Biro Politik dan ketua AMK Johor ketika itu mencadangkan supaya aku bertanding di Parlimen Batu Pahat. Tetapi aku menolak kerusi boleh menang jenis kelas A itu yang PKR memang pun telah menang. Hujah penolakan aku senang saja. Aku beritahu mereka bahawa aku bukan jenis ketua yang akan merampas kerusi yang telah dimenangi dari penyandangnya. Dato’ Idris Jauzi masih hidup dan masih ingin bertanding.
Kemudian ada cadangan dalam mesyuarat Biro Poltik dan MPN PKR Johor supaya aku bertanding di dua kerusi, satu kerusi parlimen dan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini kes meletakkan kaki di dua kolam, fikirku. Sekali lagi cadangan serupa itu aku tolak. Hujah penolakanku sama mudah seperti sebelum itu. Aku berkata, aku bukan jenis ketua yang tamak sehingga mahu bertanding sampai dua kerusi. Kalau mahu aku bertanding, bagi aku satu kerusi sahaja, iaitu kerusi Parlimen.
Para pemimpin dalam Biro Politik PKR Johor secara berterus terang dan “point-blank” menyoalku: kerusi Parlimen mana yang Pak Hassan hajati?
“Kerusi yang paling sukar dimenangi,”
“Kenapa memilih kerusi yang paling sukar dimenangi?”
“Seorang ketua perlu berani turun ke medan tempur yang paling sengit dan bahaya,” jawabku secara berfalsafah.
Mereka yang menganggotai Biro Politik PKR Johor itu adalah pemimpin-pemimpin pelapis yang muda-muda, terdiri daripada Jimmy Puah, Mohd Kuzzan dan Akmal Nasir.
“Betulkah pak Hassan sanggup bertanding di kerusi paling sengit dan bahaya?”
“Ya, Betul,”
“Kalau begitu Pak Hassan bertanding di parlimen Pasir Gudang,”
“Kenapa Pasir Gudang?”
“Kerana Menteri Besar Johor, Khaled Nordin akan bertanding Parlimen di Pasir Gudang,”
“Okey, Saya bersetuju melawannya,” jawabku selamba seakan bergurau. Tetapi pemimpin-pemimpin muda itu tidak dapat membaca bahawa aku bergurau sebenarnya.
Jimmy Puah, Mohd Kuzzan dan Akmal Nasir begitu teruja dengan kesanggupanku menentang Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Parlimen Pasir Gudang.
Mereka naik semangat melihat Pengerusi PKR Johor sanggup mencabar Pengerusi Umno Johor yang juga merupakan Pengerusi BN Johor di Parlimen Pasir Gudang. Ini pertandingan hebat, kata mereka seperti “buku bertemu ruas”.
Jimmy, Mohd Kuzzan dan Akmal Nasir semuanya itu berfikiran strategik. Mereka membayangkan pertandingan di Pasir Gudang itu sebagai “epicentre” kepada strategi Pakatan Harapan untuk mengalahkan Barisan Nasional di Johor. Dan aku sebagai pertaruhan mereka. “Nasib badan,” kataku dalam hati.
Kalau Khaled Nordin selaku Menteri Besar Johor tumbang di Pasir Gudang, maka calon-calon BN di parlimen dan DUN sekeliling Pasir Gudang juga akan tumbang, hujah mereka.
Aku sudah membuat komitmen untuk sanggup menentang Menteri Besar Khaled Nordin di Pasir Gudang. Aku tidak boleh berundur lagi. Keputusan telah disepakati, walaupun aku bergurau pada awalnya. Sebenarnya, aku kelihatan gagah pada zahir. Tetapi di dalam hati, aku menyedari bahawa sesungguhnya aku telah mengambil keputusan kamikaze yang membunuh diri. Aku pemimpin kecil yang tiada nama besar diletakkan untuk melawan seorang Menteri Besar yang bintang politiknya sedang naik bersinar dipersada politik tanahair. Suatu “uphill battle” untukku sebenarnya.
Aku memujuk diri mudah sahaja. Aku telah melalui kekalahan pilihan raya selama enam kali. Kalau sekali lagi,masih terus kalah, bukanlah satu pengorbanan yang berat sangat. Orang putih kata, “nothing to lose”. Aku memberi justifikasi yang agak tidak bertanggungjawab. Calon masuk pilihan raya untuk menang, bukannya untuk kalah. Aku segera menyedari kesilapan sikapku itu. Aku harus melawan untuk menang, aku menguatkan semangat. Aku teringat kata-kata azimat sahabatku Syed Hamid Ali. Katanya, berani berjuang, mesti berani menang.
Tetapi, kalau kali ketujuh ini pun, aku tetap kalah juga, maka aku akan angkat bendera putih. Aku berjanji pada diriku sendiri. Aku akan perlahan-lahan undur dari dunia politik untuk menumpu bidang kerajayaku sebagai seorang peguam. Mungkin di situ sebenarnya duniaku.
Tetapi secara jujur aku pernah memberitahu isteriku Rodiah bahawa aku sudah letih untuk menghadapi PRU14 itu sebagai calon. Aku ingin sekadar menolong kempen calon-calon PKR yang bertanding. Rodiah nampak aku sudah lemah semangat. Sebetulnya, aku menjadi patah hati kerana menyedari ramai orang yang cuba merebut kerusi Parlimen Pasir Gudang itu dariku, walaupun aku Pengerusi PKR Johor. Aku dapat mengesan ada “gunting dalam lipatan”. Rahsia itu aku tidak kongsikan kepada isteriku.
Akhirnya BN tumbang di Johor
Tetapi apabila aku memberitahu Rodiah bahawa Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail menjemput aku ke Petaling Jaya untuk mengambil watikah sebagai calon, maka isteriku memujukku supaya pergi. “Jangan kecewakan pemimpin parti,” ujarnya. Lalu aku naik ke Petaling Jaya menerima watikah yang amat dikejar-kejar oleh sesetengah orang.Bagiku selamba sahaja kerana aku akan melawan seorang Menteri Besar. Satu kerja gila, fikirku.
Di dalam Majlis Penerimaan watikah itu, aku kembali sedar dan bertanggungjawab. Tugasku bukan sahaja setakat menjadi calon Parlimen Pasir Gudang tetapi aku juga menjadi pemimpin yang mengetuai Parti PKR Johor ke dalam pertarungan pilihan raya umum ke-14 yang amat mencabar itu.
Aku tidak boleh kalah kali ini. Aku berpesan pada diiriku. Ini adalah “Moment of Truth” bagi diri peribadiku. Aku telah berjanji untuk memberi kemenangan di Johor kepada pemimpin PKR terutama kepada Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepada Anwar Ibrahim yang sedang merengkok di dalam penjara.
Malahan semangatku membara untuk merebut kemenangan. Kemenangan bagi PKR dan kemenangan bagi Pakatan Harapan, bukan sahaja menjanjikan PH dapat mengambilalih Putrajaya dari BN tetapi kemenangan itu nanti juga akan menjanjikan Anwar Ibrahim dapat dibebaskan.
Naratif inilah yang aku canangkan di seluruh kempen PKR di seluruh Johor, selain slogan hapuskan Cukai GST dan tumbangkan Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak. Aku begitu bersemangat dan teruja untuk memperoleh kemenangan. Aku mendapat tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah orangnya yang mempertahankan aku hingga ke saat akhir supaya menjadi calon di Parlimen Pasir Gudang.
Pada malam 9 Mei 2018, aku berada di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang dijadikan tempat Penjumlahan Undi bagi Parlimen Pasir Gudang dan dua DUN di bawahnya, iaitu DUN Johor Jaya dan DUN Permas.
Aku menyaksikan proses penjumlahan undi. Sambil menyaksikan proses tersebut, aku mendapat perkhabaran melalui telefon pintar bahawa satu demi satu kerajaan negeri tadbiran BN tumbang. Kemudian satu demi satu kerusi parlimen yang ditanding oleh PKR di Johor beroleh kemenangan.
Tujuh dari lapan kerusi PKR Johor bertanding semuanya menang. Bermula dari utara, kerusi Sekijang, Segamat, Ledang, Batu Pahat, Johor Bahru, Tebrau dan Pasir Gudang semuanya menang. Hanya satu kerusi sahaja PKR kalah iaitu di Parlimen Sembrong.
Pukul 1.20 pagi, hari yang baru, 10 Mei 2018, keputusan PRU bagi Parlimen P.159 Pasir Gudang barulah diumumkan
Dalam pertandingan empat penjuru di Parlimen Pasir Gudang itu, Calon Bebas Sey Jock @ Chee Jock mendapat 227 undi. Ab Aziz Bin Abdullah, Calon PAS mendapat 6,278 undi. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (BN/Umno) mendapat 36,889 undi. Hassan Bin Abdul Karim (PH/Keadilan) mendapat 61,615 undi. Calon Parti Keadilan Rakyat yang kerdil itu memenangi dengan majoriti sebanyak 24,726 undi.
Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri, Parti Keadilan Rakyat memenangi 5 kerusi daripada 12 kawasan yang ditandingi. Kerusi-kerusi DUN yang dimenangi itu ialah Bukit Batu, Bukit Naning, Pemanis, Semerah dan Tiram.
Perisytiharan keputusan pilihan raya pun tamat. Aku dan para penyokong pulang ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Gudang yang terletak di Jalan Betik. Di sana, aku melakukan sujud syukur kepada Tuhan. Aku memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kemenangan kepadaku dan juga kepada Parti Keadilan Rakyat serta Pakatan Harapan. Aku begitu gembira seperti berada di langit ketujuh ketika itu. Tuhan memberikan aku satu kemenangan yang amat bermakna di hujung usiaku.
PH kemudian dapat membentuk kerajaan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah. PH juga berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Satu lembaran baru dalam sejarah Malaysia telah tercipta pada PRU14 bertarikh 9 Mei 2018 itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32113

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Johor Bahru Pun Pkp Juga

Akhirnya Johor Bahru Pun Pkp Juga

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 315 hits
Akhirnya Johor Bahru Pun PKP Juga Tahun kedua raya dalam keadaan PKP Tapi tetap berbeza tahun ni dengan tahun lepas Kalau tahun lepas umi berada di kampung semasa PKP pertama dijalankan Jadi tak terasa sangat tak dapat balik kampung Dari be...
Staycation Johor Bahru 2021

Staycation Johor Bahru 2021

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 352 hits
Kali terakhir Mama Yan dan keluarga pergi bercuti bulan September tahun 2020 Percutian tu bukan saja kali terakhir malahan juga kali pertama Mama Yan dan suami berpeluang bawa semua anak anak ke hotel untuk tidur dan mandi manda Suami Mama ...
Permohonan Jopac 2021 Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor

Permohonan Jopac 2021 Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 366 hits
Rakyat Negeri Johor yang ingin meningkatkan ekonomi keluarga mereka dialu alukan untuk memohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food amp Delivery Services 2021 JOPAC merupakan inisiatif khas untuk rakyat Johor yang diperkenalkan ole...
Top 5 Johor Attractions

Top 5 Johor Attractions

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 297 hits
Top 5 Johor Attractions Before Covid 19 attack our world Johor is one of the popular states in Malaysia Especially among Singaporean for shopping activity and holiday It s because it s cheaper to buy things in Malaysia and Johor Bahru just ...
Jopac 2021 Permohonan Bantuan Peniaga B40 Johor Online

Jopac 2021 Permohonan Bantuan Peniaga B40 Johor Online

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 384 hits
Permohonan Bantuan Peniaga B40 Bangsa Johor Packet Food and Delivery Services atau nama singkatannya JOPAC adalah salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor dibawah kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta zim YPK...
Kerajaan Johor Umum Tarikh Cuti Persekolahan Sempena Aidilfitri

Kerajaan Johor Umum Tarikh Cuti Persekolahan Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 402 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI TOSRIN JARVANTHIJOHOR BAHRU Kerajaan negeri menetapkan tarikh cuti persekolahan sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini bagi sekolah sekolah di bawah kelolaannya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam nege...
Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

Lebih 6 Tan Dadah Dirampas Polis Johor Sepanjang 2021 Ayob Khan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 247 hits
Oleh POLIS Johor berjaya merampas 6 27 tan dadah pelbagai jenis sepanjang tempoh antara 1 Januari 2021 hingga kelmarin Ketuanya Datuk Ayob Khan berkata dalam tempoh yang sama turut menyaksikan 4 593 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik...
Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

Dulu Tebar Roti Canai Kini Ketua Polis Johor Ayob Khan Tak Lupa Asal Usul

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 508 hits
Dulu tebar roti canai kini Ketua Polis Johor Ayob Khan tak lupa asal usulAhad 25 April 2021 12 00 PMDulu dan sekarang Ayob Khan berkebolehan menebar roti canai sejak kecil foto instagram ayobkhanmydinSIAPA sangka di sebalik keperibadian Ket...
Bank Rakyat Tampilkan Filem Pendek Raya Dari Mamat Khalid

Bank Rakyat Tampilkan Filem Pendek Raya Dari Mamat Khalid

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 363 hits
Bank Rayat tampil dengan sebuah filem pendek berdurasi 3 minit arahan pengarah tersohor Mamat Khalid Video ini diterbitkan bersempena meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 yang mana akan dirayakan dalam norma baru Ianya sudah ditayangkan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023