Proton X70 2025 Harga Terkini Pilihan Warna Varian Spesifikasi
Proton X70 facelift 2025 kini telah dibuka untuk tempahan dimana faacelift terbaru ini datang dengan beberapa ciri menarik yang lebih baik daripada facelift sebelumnya.
Lebih menarik, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan, harga b facelift terbar in kekal sama.
Apa yang terbaru?
Rupa luar dalam ada pembaharuan sikit, paling penting ada pilihan enjin baru 1.5 TGDI. Ya betul, enjin 1.5 turbo 3-silinder yang sama dengan X50.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang X70 2025 untuk makluman bersama.
Ciri menarik Proton X70
Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global.
Bukan itu sahaja, ia juga telah diuji lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.
Proton ini memiliki enjin yang sangat diberkualiti dan terbukti di pasaran. Ia merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.
Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu kontemporari, ialah enjin 1.5L TGDi.
Ia mampu mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm.
Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar. Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi.
Selain peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, ia juga mampu dimiliki dan dikendalikan.
Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, PROTON mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli.
Ciri baru Proton X70 2025
Proton telah melakukan perubahan estetik yang ketara pada bahagian luar dan dalamanny.
Untuk satu, gril hadapan 2025 X70 kini menampilkan rekaan Infinite Weave berinspirasikan songket serupa dengan Proton X90 dan Proton S70.
Di samping itu, SUV ini turut menerima lampu depan LED penuh yang lebih tipis bersama bampar hadapan dan hud baharu. Terdapat juga bampar belakang baharu walaupun rekabentuk lampu belakang tidak mengalami sebarang perubahan.
Dari segi teknologi, 2025 X70 ialah model Proton pertama yang boleh menyokong Android Auto dan Apple CarPlay (AACP) secara wayarless walaupun Proton berkata bahawa sokongan ini hanya akan dihantar selepas pelancaran melalui kemas kini.
Ia juga mempunyai skrin sentuh infotainmen 12.3 inci gaya terapung baharu yang dikuasakan oleh unit pemprosesan dwi-teras empat, 4GB RAM dan storan dalaman 32GB.
Berikut merupakan brosur bagi Proton X70 facelift 2025:
Facelift-proton-x70-2025Download
Rekabentuk
Selain daripada enjin, Proton X70 2025 menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui.
Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.
Untuk keselesaan dan ketenangan fikiran, Proton X70 2025 didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.
Proton X70 2025 menawarkan pelbagai ciri pintar dan hubungan yang menjadikan pemanduan lebih selesa dan lebih selamat.
Dengan Perintah Suara, menyebut “Hi PROTON” membolehkan pemandu mengendalikan tingkap dan penghawa dingin, atau boleh juga mengakses navigasi dalam talian.
Selain itu, PROTON Link memantau status kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi tertentu.
Untuk penambahan keseronokan dan kemudahan tambahan, sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer meningkatkan pengalaman muzik manakala enam port USB menyediakan penyelesaikan pengecasan yang mencukupi.
Keselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 2025, yang dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan.
Varian Harga Terkini Proton X70 2025
Harga merupakan salah satu faktor utama yang dipertimbangkan oleh pembeli sebelum membuat keputusan.
Proton X70 2025 mengekalkan nilai yang kompetitif di pasaran, menjadikannya salah satu SUV yang berbaloi untuk dimiliki.
Harga terkini untuk Proton X70 2025 bermula dari RM98,800 untuk varian asas dan boleh mencecah sehingga RM128,800 untuk varian premium.
Salah satu perbezaan antara Proton X70 2025 dan pendahulunya ialah pilihan varian telah dikurangkan kepada 4 dan bukannya 6 pilihan seperti sebelumnya kerana Proton telah mengeluarkan pilihan 1.5 Executive AWD dan 1.8 Premium AWD untuk model 2025.
Rujuk senarai harga terkini di bawah:
2025 Proton X70 1.5 TGDi Standard: RM98,800
2025 Proton X70 1.5 TGDi Executive: RM110,800
2025 Proton X70 1.5 TGDi Premium: RM123,800
2025 Proton X70 1.5 TGDi Premium X: RM126,800
Setiap varian dilengkapi dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang berbeza, termasuk jenis enjin, sistem pemindahan, dan kemudahan keselamatan.
Proton X70 2025 juga menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had jarak perjalanan dan pakej data 1GB setiap bulan selama 5 tahun.
Proton menawarkan pelbagai pakej kewangan yang menarik, termasuk pilihan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk memudahkan pembelian.
Setiap varian dilengkapi dengan ciri-ciri tersendiri yang menawarkan keseimbangan antara prestasi, keselesaan, dan teknologi.
Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih Proton Link untuk menghidupkan enjin SUV dari jauh, melaraskan tetapan iklim, dan membuka kunci pintu melalui aplikasi mudah alih Proton Link.
Untuk varian Premium dan Premium X, mereka turut menampilkan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) dengan ciri pemanduan autonomi Tahap 2.
Pilihan Warna
Bagi faceft 2025, Proton juga telah menambah pilihan warna baharu yang dipanggil Marine Blue selan turut mengekalkan pilihan warna lagi seperti keluaran sebelumnya.
Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2025 adalah
Snow White
Armour Silver
Jet Grey
Ruby Red
Cinnamon Brown
Space Grey
Marine Blue
Warna-warna ini direka untuk menarik perhatian dan mengekalkan kilauan yang tahan lama, sesuai dengan cuaca tropika di Malaysia.
Proton juga memastikan setiap warna diproses dengan teknik pengecatan yang berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan dan keindahan jangka panjang
Kesimpulan
Proton X70 2025 bukan sahaja menawarkan harga yang kompetitif tetapi juga datang dengan pelbagai pilihan warna, varian, dan spesifikasi yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
Dengan reka bentuk yang menarik, teknologi terkini, dan spesifikasi yang canggih, Proton X70 2025 terus menjadi pilihan utama dalam segmen SUV di Malaysia.
Bagi mereka yang mencari gabungan prestasi, keselesaan, dan keselamatan, Proton X70 2025 adalah pilihan yang sukar ditandingi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi PROTON.
Anda juga boleh membuat tempahan dalam talian di https://www.proton.com/en/purchase/2025-x70-register-interest atau di mana-mana bilik pameran PROTON yang sah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/proton-x70-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=proton-x70-2025