Proton Emas 7 2024 Harga Varian Spesifikasi Tempahan
Proton EV : Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik yang secara rasminya dikenali sebgai Proton eMAS 7
Baru-baru ini, pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, PROTON telah melangkah ke hadapan dalam evolusi pengeluaran kenderaan dengan memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) baharu.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Proton X70 2024 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi
Proton eMas, EV Terbaru Malaysia
Kredit: Facebook PM Anwar Ibrahim
Model terbaru proton EV tersebut dikenali sebagai Proton eMAS 7, yang melambangkan Elektrifikasi Malaysia. Ia menggabungkan simbol “e” untuk EV dengan singkatan “MAS” yang dikenali secara universal sebagai Malaysia.
Secara tidak langsung, ia menunjukkan komitmen PROTON untuk meng-elektrifikasi mobiliti bagi rakyat Malaysia melalui model EV yang akan datang.
Nama ini dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton yang telah berlangsung selama 16 hari bermula 20 Mei-5 June 2024 dengan sebanyak 25,432 penyertaan.
@protonemas7 e.MAS7 dengan 5 BINTANG ASEAN NCAP semangate.MAS7 #protonev #5STAREV #emas7 #fyp
♬ original sound – eMAS7 – eMAS7
Kredit: TikTok @protonemas7
Pelancaran Jenama & Logo – Proton eMAS 7
Pada 12 Jun 2024, pelancaran jenama terbaru Proton EV dan juga logonya telah diadakan di Proton Centre of Excellence.
Logo e.MAS menggabungkan rekaan 2D daripada rekaan kepala harimau ‘terkurung’ semasa PROTON yang melambangkan kemajuan dan kejayaan.
Pilihan rekaan ini selari dengan trend jenama EV moden yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan mudah daripada imej 3D yang kompleks.
Harga Rasmi Proton e.Mas 7
Miliki Proton eMAS 7 Prime pada harga RM109,800 atau versi Premium pada RM123,800.
Tawaran Istimewa Pelancaran untuk 3,000 pelanggan pertama:
Proton e.MAS 7 Premium hanya RM119,800
Proton e.MAS 7 Prime hanya RM105,800
Nikmati Pakej Eksklusif eMAS 7 Power Pack yang merangkumi:
✅ Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
✅ Penyesuai V2L (Vehicle-to-Load) bernilai RM500
✅ Data Tanpa Had selama 5 tahun bernilai RM1,800
✅ Kadar faedah ultra rendah 1.98% bernilai sehingga RM3,000
✅ Pakej Jaminan Komprehensif
Khas untuk pemilik Proton, dapatkan rebat tukar beli bernilai RM1,200 dengan kerjasama Carsome.
Jangan lepaskan peluang ini dan alami masa depan pemanduan elektrik hari ini!
Tertakluk pada terma dan syarat.
Spesifikasi Model eMas 7
Proton menegaskan bahawa e.MAS 7 bukanlah Geely Galaxy E5 yang dilencanakan semula.
Sebaliknya, pembuat kereta itu berkata bahawa kereta ini dibangunkan bersama Geely dan telah direka bentuk untuk menyampaikan dinamik pemanduan yang boleh menahan jalan raya Malaysia.
Model ini ialah SUV elektrik segmen C yang panjangnya 4,615mm, lebar 1,901mm dan tinggi 1,670mm manakala ia juga mempunyai jarak roda 2,750mm.
Ia adalah model pertama yang dibina menggunakan platform Seni Bina Modular Global (GMA) Proton-Geely, itulah sebabnya e.MAS 7 juga dikenali dengan nama kod GMA 01.
EV baharu ini akan dipasang dengan “sistem pemacu elektrik 12-dalam-1” yang dikatakan mempunyai kecekapan komprehensif 90.04%. Pemacu elektrik 82.5kg juga mempunyai ketumpatan tenaga 1.94kW setiap kg.
Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.
Muat Turun Brochure Proton e.MAS 7 di sini : https://emas.proton.com/wp-content/uploads/2024/12/Proton-e.MAS-7-Brochure-A4-161224.pdf
@paultancars Akhirnya, #Proton #eMas7 dah dilancarkan di Malaysia! Dua varian, harga dari RM106k! Best ke tak best? #paultancars #paultan #protonemas7 #ev #carsoftiktok #cartok #cartiktok #malaysia #viral #trending #fyp #foryou #foryoupage
♬ original sound – Paul Tan’s Automotive News – Paul Tan’s Automotive News
Kredit: TikTok @paultancars
Tempahan Proton eMAS 7
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di laman webb rasmi Proton di https://emas.proton.com/ ATAU melalui Aplikasi Rasmi Proton e.MAS
e.MAS apps (Google Play Store) : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.malaysia.emas
e.MAS apps (Apps Store) : https://apps.apple.com/my/app/proton-e-mas/id6736894891
e.MAS apps (Huawei) : https://appgallery.huawei.com/app/C111565677
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelancaran eMAS 7 oleh PROTON melambangkan langkah penting ke arah mengintegrasikan EV ke dalam rangkaian produk mereka, disokong oleh perkongsian strategik dan pelaburan infrastruktur untuk memastikan kesiapan pasaran yang kukuh.
Sumber:
PROTON UNVEILS e.MAS AS ITS NEW ELECTRIC VEHICLE BRAND – Proton
Facebook Proton e.MAS Cars
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/proton-emas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=proton-emas