Protest Besar Besaran Undang Undang Anti Islam Di India
Protes terbaru menggegarkan India semalam apabila kemarahan terhadap undang-undang kewarganegaraan baru yang dikecam sebagai anti- Islam semakin memuncak selepas 6 orang terkorban di bahagian timur laut negara itu, manakala di New Delhi 200 orang cedera.
Undang-undang kontroversi itu memudahkan kerakyatan orang bukan Islam dari 3 negara jiran iaitu, Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.
Pengkritik mendakwa ia adalah sebahagian daripada agenda nasionalis Hindu Perdana Menteri Narendra Modi untuk meminggirkan kaum minoriti Islam yang kuat seramai kira-kira 200 juta orang.
Modi menafikan dakwaan itu dengan mengatakan bahawa undang-undang baru tersebut tidak menjejaskan warga India daripada mana-mana agama dan menuduh kumpulan yang mempunyai kepentingan terselindung sengaja mencetuskan pergolakan.
Bekas ketua pembangkang daripada parti Kongres, Rahul Gandhi berkata undang-undang itu yang disifatkan sebagai anti-muslim merupakan senjata polarisasi besar-besaran yang dilancarkan oleh golongan fasis.
Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) menyeru polis dari seluruh negara untuk mengawal tingkah laku mereka, dengan mendakwa mereka bertindak secara berlebihan dalam menangani rusuhan di beberapa bandar.
Kerajaan India perlu menangani kebimbangan yang timbul mengenai undang-undang kewarganegaraan dan bukannya mengawal protes dengan kekerasan, kata Pengarah HRW Asiah Meenakshi Ganguly dalam kenyataan.
Tunjuk perasaan terbaru berlaku di beberapa bandar termasuk New Delhi, Chennai, Bangalore dan Lucknow, di mana beratus pelajar cuba menyerbu sebuah balai polis.
Assam yang terletak di bahagian timur laut negara itu, di mana undang-undang tersebut dilaksanakan dengan kewarganegaraan diberikan kepada pendatang asing, ditentang banyak penduduk tempatan sehingga menjadi medan pertempuran dengan 6 orang terkorban.
Penunjuk perasaan di Mumbai turut mengambil bahagian memprotes undang-undang kewarganegaraan baru berkenaan.
10 mangsa masih berada di hospital dengan luka ditembak, manakala 190 orang ditahan.
Di timur Kolkata, ibu negeri West Bengal, lebih dari 10,000 orang turun ke jalanan berarak bersama Ketua Menteri, Mamata Banerjee yang merupakan musuh Modi.
Banerjee memberitahu orang ramai bahawa langkah mayatnya dahulu jika mahu melaksanakan undang-undang tersebut di negeri itu, lapor media India.
FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2019/12/protest-besar-besaran-undang-undang.html