Protes Kediaman Terbengkalai Pembeli Buat Majlis Rumah Terbuka


 
Pembeli duduk menjamu selera di kediaman mereka yang terbengkalai di Sentoria Borneo Semariang Garden, Kuching. (Gambar Facebook Sarawak Roads Update)PETALING JAYA: Hampir 200 pembeli rumah di Sentoria Borneo Semariang Garden di Kuching, Sarawak, menganjurkan ‘majlis rumah terbuka’ Aidilfitri di kediaman terbengkalai hari ini.
Jurucakap kumpulan pembeli rumah Fasa 7 perumahan itu, Abdul Rahman Abdul Hamid, 33, berkata mereka amat kecewa dengan sikap pemaju yang terus menghilang sejak kali terakhir menghantar surat kepada mereka, September tahun lalu.
Dalam surat itu, dakwanya, pemaju berjanji meneruskan projek terbabit pada suku keempat tahun lalu dan memberi jaminan menyiapkannya dalam tempoh setahun.
Bagaimanapun, selepas itu pemaju berkenaan terus terputus hubungan dan pembeli kini tidak tahu untuk berurusan dengan siapa selepas pemaju yang beribu pejabat di Kuantan, Pahang itu menutup pejabatnya di Kuching.
“Pembeli kini buntu selepas pelbagai usaha dilakukan, termasuk mengadakan pertemuan dengan pemaju serta pihak berwajib pada 3 Okt 2020.
“Ketika itu, pihak berwajib memberi tempoh tiga bulan kepada pihak pemaju untuk menyelesaikan masalah, namun sekarang sudah berada dalam tahun 2022 ia masih tiada penyelesaian,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Rahman berkata, projek perumahan yang bermula sejak 2018 itu membabitkan lebih 1,000 unit rumah terdiri Fasa 4, 5 dan 7 dengan sebanyak kira-kira 600 unit, manakala Spektra 1 dan Spektra 2 pula 500 unit.
Pembeli mengadakan ‘majlis rumah terbuka’ di kediaman mereka yang terbengkalai. (Gambar Facebook Sarawak Roads Update)Katanya, pembeli yang majoritinya kakitangan awam kini cukup terbeban kerana terpaksa menyewa rumah dan pada masa sama membayar ansuran bulanan antara RM1,000 hingga RM2,000.
“Pembiayaan bayaran pinjaman perumahan dibuat secara potongan gaji kira-kira tiga tahun sejak 2019, namun rumah masih belum dapat disiapkan.
“Pembeli memang amat terkesan, terutama dari segi kewangan. Bebanan hidup semakin berat dan impian kami untuk menyambut perayaan di rumah sendiri entah bila akan menjadi kenyataan,” katanya.
Beliau berkata, mereka amat mengharapkan campur tangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah yang membebankan rakyat.
Sementara itu, Premier Sarawak Abang Johari Openg ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Hotel Raia di Kuching, memberi jaminan kerajaan negeri akan mengambil alih projek berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, isu perundangan perlu diselesaikan terlebih dulu kerana pemaju terbabit adalah syarikat senarai awam.
“Saya tidak fikir mereka (pemaju) akan dapat meneruskan projek perumahan itu.
“Sebab itu, kerajaan Sarawak bersedia mengambil alih projek berkenaan, namun kita perlu menyelesaikan isu perundangan terlebih dulu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/protes-kediaman-terbengkalai-pembeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Berangkat Ke Majlis Rumah Terbuka Pm Jemaah Menteri

Agong Berangkat Ke Majlis Rumah Terbuka Pm Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 215 hits
Agong berangkat ke Majlis Rumah Terbuka PM Jemaah Menteri Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Resepi Mee Kari Simple Untuk Rumah Terbuka Memang Padu

Resepi Mee Kari Simple Untuk Rumah Terbuka Memang Padu

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 334 hits
Mee Kari antara juadah yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas berlemak digabungkan dengan rasa kenyal mi Memang dapat memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya Mee kari ini juga bolehlah menjadi juadah untuk dihidangkan ke...
Meriahkan Syawal Dengan Pakej Rumah Terbuka I Dahlia Raya Di I Dahlia Corner

Meriahkan Syawal Dengan Pakej Rumah Terbuka I Dahlia Raya Di I Dahlia Corner

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 343 hits
Hi Korang Umat Islam di Malaysia tentunya sedang teruja menanti kedatangan bulan Syawal terutamanya selepas beberapa tahun tidak dapat meraikannya gara gara pandemik Covid 19 Bagi memeriahkan kedatangan bulan Syawal I dahlia Corner satu sat...
Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya

Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 295 hits
Adab Menjadi Tetamu Rumah Terbuka Hari Raya Alhamdulillah selepas 2 tahun negara kita dilanda wabak covid 19 tahun ni kita dah dapat kembali beraya bersama sama keluarga dan kawan kawan Tradisi rumah terbuka pun sudah kembali dibenarkan Ama...
Keluarga Malaysia Dijemput Hadir Rumah Terbuka Pm 8 Mei Ini

Keluarga Malaysia Dijemput Hadir Rumah Terbuka Pm 8 Mei Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 210 hits
Keluarga Malaysia dijemput hadir Rumah Terbuka PM 8 Mei ini Seluruh Keluarga Malaysia dijemput menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Jemaah Menteri pada 8 Mei ini M...
25 Transformasi Sebelum Vs Selepas Makeover Ruang Kediaman Rumah Yang Serius Lawa

25 Transformasi Sebelum Vs Selepas Makeover Ruang Kediaman Rumah Yang Serius Lawa

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 314 hits
Koleksi Transformasi Ruang Lawa yang sangat memberi inspirasi buat mereka yang ada plan untuk make over ruang di kediaman rumah Makeover 1Hampir 25 ruang yang lapuk dan kusam diberi nafas baru dengan idea dekorasi yang cantik hasilnya ruang...
Potret Kediaman Mewah Perawat Wni Kerja Di Rumah Sakit Raja Arab

Potret Kediaman Mewah Perawat Wni Kerja Di Rumah Sakit Raja Arab

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 243 hits
Salah seorang perawat asal Indonesia telah bekerja di rumah sakit Raja Arab Saudi selama 17 tahun Bahkan dia sudah diangkat dengan status layaknya PNS di tanah air Banyak fasilitas dan gaji menggiurkan yang ia peroleh dari pemerintahan Temp...
Paling Bahagia Dapat Sediakan Surau Dalam Rumah Teres Fasha Sandha Kenang Balik Memori Pada Usia 21 Tahun

Paling Bahagia Dapat Sediakan Surau Dalam Rumah Teres Fasha Sandha Kenang Balik Memori Pada Usia 21 Tahun

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 297 hits
Pelakon Fasha Sandha yang menganjurkan majlis doa selamat berkongsikan perasaannya yang syukur nikmat apabila mengenang kejayaannya memiliki kediaman pertama pada usia 21 tahun Lebih mengujakan menurut Fasha dia turut menyediakan surau send...
Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

Jangan Keluar Rumah Kalau Bergejala Jangan Bandingkan Perkembangan Anak Orang Lain Ini Pesanan Dr Izzar Waktu Hari Raya

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 438 hits
Aura Aidilfitri semakin dirasai oleh semua umat Islam apabila sejak semalam lagi warga kota sudah pulang ke kampung halaman masing masing Seronok bila dapat berkumpul semula bersama adik beradik dan sanak saudara selepas dua tahun tidak mer...
Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Jualan Mega Gatti Sports Rawang Barangan Sukan Berkualiti Dengan Diskaun Hebat

Lelaki Ditetak Di Pusat Beli Belah

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

High Court Strikes Out Suhaili S Lawsuit Against Bersatu Labuan Seat In Jeopardy