Protein Dan Gula Dalam Air Kencing Akibat Minum Air Vitamin C
Beberapa minggu lepas, suami ada beli air tin vitamin C untuk diminum. Itu kali pertama suami minum dan saya pun tak pernah tengok packaging botol tersebut sebelum ini. Suami offer saya untuk rasa sedikit tapi setelah seteguk masuk ke dalam kerongkong, saya terus menolak. Masam!
Pada petang harinya, suami beritahu bahagian bawah perutnya sakit. Sakit yang mencucuk semasa berjalan tapi bila duduk dan kencing tak rasa sakit pun. Saya pada awalnya ambil ringan saja apa yang suami adukan kerana ingat macam sakit biasa tapi malamnya suami beritahu sakit di bahagian bawah perutnya makin menjadi-jadi pula
Malah sehingga keesokan harinya pun, sakit itu masih ada. Jadi saya teman suami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Tapi nasib baiklah sakitnya tak terlalu kuat jadi kami taklah terlalu risau. Setelah berjumpa doktor, barulah kami tahu bahawa terdapat kandungan glukos dan protein dalam urin suami
Ini masalah besar!
Protein dalam UrinApabila glukos dan protein boleh terlepas masuk ke dalam air kencing, ini petanda terdapat kebocoran pada penapis ginjal. Bila ginjal bocor, ia boleh membawa kepada masalah lebih besar iaitu buah pinggang rosak. Kalau dah rosak kena selalu pergi dialisis pula untuk tapis kandungan darah. Takutnya
Kami syak minuman tin yang suami minum sebelum ini ada kaitan dengan masalah yang berlaku. Tak pernah terjadi masalah seperti itu sebelumnya jadi memang risaulah member bila tiba-tiba sahaja doktor maklumkan ada kandungan glukos dan protein dalam urinnya ditambah pula dengan rasa sakit.
Doktor sarankan suami kurangkan pengambilan gula dalam makanan serta kurangkan juga berat badannya. Jika masalah ini tak diambil berat, bimbang pula kerosakan bakal berlaku pada ginjal yang pastinya akan lagi menyakitkan dan memenatkan suami.
Kurangkan Berat BadanOleh sebab itulah, bermulalah rutin saya memasak menu sihat untuk suami dan temaninya buat aktiviti fizikal demi misi mengurangkan berat badan. Pada saat saya membuat coretan ini, berat suami telah turun kepada 100kg daripada 104kg sebelumnya iaitu pada 14 Ogos lalu.
Malangnya pula beberapa hari selepas itu, kaki suami terkehel semasa baru balik daripada joging. Aish, jadi untuk beberapa minggu seterusnya kami terpaksa hentikan aktiviti riadah di luar akibat kaki suami yang kian membengkak. Daripada sakit perut membawa pula kepada sakit kaki. Sabar je lah..
Salah Faham tentang Vitamin CSetelah berlakunya perkara ini, saya mula tercari-cari maklumat berkaitan masalah protein dalam urin dan mengapa suami tiba-tiba sahaja alami masalah ini. Saya fikir saya sudah cukup faham tentang Vitamin C sebelum ini tapi rupanya saya silap. Kefahaman yang saya ada tak mencukupi untuk saya beri amaran pada suami tentang sisi gelap Vitamin C.
Mengikut fahaman umum saya, kandungan 500mg Vitamin C sehari sudah cukup untuk diserap oleh badan dan lebihannya akan dikumuh keluar melalui air kencing. Jadi pengambilan Vitamin C sehingga 1000mg adalah tidak perlu dan membazir kerana lebihannya akan dikeluarkan oleh badan.
Namun rupa-rupanya setiap individu memerlukan kuantiti Vitamin C berbeza bergantung kepada peringkat usia. Maksimum kuantiti yang boleh diambil bagi seorang dewasa adalah 2000mg sehari dengan average hanya 70mg, menurut artikel myhealth.gov.
Walau bagaimana pun, individu yang mempunyai penyakit kronik seperti gout, buah pinggang dan penyakit hati hanya digalakkan mengambil maksimum 1000mg sahaja. Pengambilan Vitamin C berlebihan boleh menyebabkan masalah cirit-birit, loya, muntah dan pedih ulu hati.
Kenal Pasti Diri dan Hati-hati dalam PemakananSuami terpaksa tanggung kesakitan akibat minum minuman Vitamin C dengan dos 1000mg, tapi bukankah dosnya tak lah terlalu tinggi kerana belum sampai 2000mg pun? Sebenarnya suami mempunyai masalah gout jadi maksimum yang disarankan untuk beliau hanyalah 1000mg.
Tapi kan 1000mg tu pun masih di paras selamat?
Melalui pemakanan kita sendiri contohnya seperti makan anggur, jambu batu dan limau pun sebenarnya sudah cukup untuk membekalkan Vitamin C yang diperlukan oleh badan. Apabila suami mengambil minuman mengandungi kandungan Vitamin C 1000mg dan makan makanan lain yang mengandungi Vitamin C, ia sudah melebihi paras selamat bagi pesakit gout.
Jadi ini adalah antara kesimpulan yang dapat saya buat kesan daripada masalah yang berlaku pada suami. Saya tak katakan yang minuman bertin Vitamin C yang suami minum memudharatkan, cuma bagi mereka yang mempunyai penyakit, hati-hati untuk mengambilnya. Vitamin C ada seribu satu macam kebaikan, jangan ditinggalkan namun jangan pula dilebihkan. Yang penting kenal pasti diri sendiri terlebih dahulu.
Kesan daripada kejadian ini, suami dah mula kurangkan minum air manis dan bila ke kedai pun suami start join saya untuk order air suam dan minuman tanpa gula. Dalam kesukaran ada kemanisan, jadi saya bersyukur kerana suami cepat tersedar sebelum jadi perkara makin teruk. At least, suami dah mula ambil berat tentang exercise dan berat badan ideal. Tolong doakan suami tercinta saya ya :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2022/08/protein-dan-gula-dalam-air-kencing.html