Proses Pemutihan Elak Pencemaran Berulang Selangor Beri Tempoh Sehingga Hujung Tahun


Rabu, 09 Sep 2020 04:39 PM MYT
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak teragak-agak merobohkan struktur bangunan jika gagal melakukan proses pemutihan dalam tempoh ditetapkan. — Foto oleh Firdaus Latif
KUALA LANGAT, 9 Sept — Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

“Kami sudah beri tawaran untuk mereka (pemilik tanah dan kilang haram) pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak tahun 2008 lagi. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020. Lepas 2020 kami akan ambil tindakan perobohan dan sebagainya.

“Tetapi kalau keadaan mendesak dan saya rasa kami boleh laksanakan lebih pantas menjelang bulan November atau Disember ini, ataupun awal tahun depan kami sendiri akan laksanakan secara menyeluruh proses pemutihan tersebut,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan sempena Menjunjung Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Bagi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata beliau akan mempengerusikan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan impak pencemaran terhadap sumber air di Selangor.

“Dalam bab ini saya sendiri akan ketuai jawatankuasa itu dalam masa terdekat dan kali ini kami akan gabungkan teknologi pemantauan sungai seiring dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagai agensi pemantauan sumber air.

“Kami juga akan melaksanakan usaha membersihkan kawasan sungai, pengosongan rezab-rezab sungai yang dibangunkan oleh infrastruktur dan bangunan yang tidak mendapat kebenaran,” katanya.

Amirudin juga berkata pihaknya turut menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin semalam yang menitahkan pihaknya supaya mengambil beberapa tindakan berhubung isu berkenaan kerana baginda khuatir sekiranya masalah air berterusan, rakyat akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan seterusnya menjejaskan keharmonian sosial.

“Kami memang lakukan cuma kali ini atas titah baginda, semua pihak dan jabatan malah rakyat juga harus dilibatkan dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan sumber bekalan air kita,” katanya.

Terdahulu, Amirudin mengisytiharkan pemasyhuran naik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada MPKL secara rasminya hari ini atas perkenan Sultan Sharafuddin dan turut menggunakan imej logo perbandaran yang baharu.

Katanya, pada bulan hadapan juga Majlis Pembandaran Subang Jaya juga akan dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya dan beliau berharap agar mutu kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan kualiti kerja,” katanya. 
— Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/proses-pemutihan-elak-pencemaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Kilang Haram Diberi Peluang Untuk Buat Proses Pemutihan Sehingga Hujung Tahun Mb Selangor

Pemilik Kilang Haram Diberi Peluang Untuk Buat Proses Pemutihan Sehingga Hujung Tahun Mb Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 291 hits
Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jika masih ada mereka...
Anak Usia 3 4 Tahun Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Ini Cara Guru Kongsi Nak Elak Jadi Habit

Anak Usia 3 4 Tahun Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Ini Cara Guru Kongsi Nak Elak Jadi Habit

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 388 hits
Kanak kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu ayah Tantrum tabiat menipu sering kali menjadi tabiat Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit Pengasas TFA playschool berkongsi ten...
Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman Jpj Spad Lanjut Sehingga Hujung Bulan Ini

Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman Jpj Spad Lanjut Sehingga Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 226 hits
Sekiranya korang ada dikenakan saman dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang masih belum dijelaskan korang boleh bayar saman tu sekarang sebab tempoh diskaun 70 peratus yang telah berakhir pada 31 Ogos h...
Program Lesen Sementara Dilanjut Hingga Hujung Tahun Depan

Program Lesen Sementara Dilanjut Hingga Hujung Tahun Depan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 253 hits
SUBANG JAYA 11 SEPT Kerajaan Selangor memutuskan program pemberian lesen sementara kepada penjaja dan peniaga kecil dilanjut sehingga Disember tahun depan EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata keputusan tersebut dibuat dalam Majlis Mesy...
Mb S Gor Beri Peluang Pemilik Kilang Haram Hingga Hujung Tahun

Mb S Gor Beri Peluang Pemilik Kilang Haram Hingga Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 245 hits
Diterbitkan Hari ini 4 25 pmKerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari b...
Msl 2020 Gol Sandro Bantu Selangor Elak Dimalukan Melaka United

Msl 2020 Gol Sandro Bantu Selangor Elak Dimalukan Melaka United

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 261 hits
Pasukan Selangor berjaya mengikat Melaka United 1 1 dalam aksi CIMB Liga Super 2020 yang dilangsungkan di Stadium UiTM Shah Alam Dalam perlawanan yang dilangsungkan dengan cukup menarik sejak dari wisel permulaan menyaksikan kedua dua pasuk...
Sebelum Hujung Tahun Ustaz Ebit Lew Mahu Buka 30 Lagi Cawangan Elewsmart

Sebelum Hujung Tahun Ustaz Ebit Lew Mahu Buka 30 Lagi Cawangan Elewsmart

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 506 hits
Menerusi muat naik di laman sosial pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bercadang mahu menambah lagi 30 cawangan pasaraya Elewsmart yang menjual barangan runcit dengan harga paling murah dalam masa terdekat selepas membuka 10 cawangan source
Pencemaran Air Mahkamah Kekalkan Tempoh Reman Empat Beradik

Pencemaran Air Mahkamah Kekalkan Tempoh Reman Empat Beradik

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM 11 SEPT Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat pengurus kilang yang merupakan adik beradik bagi siasatan kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong Rawang Hakim...
Dasar Pemutihan Tidak Betul Pas Selangor

Dasar Pemutihan Tidak Betul Pas Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 234 hits
HARAKAH DAILY Foto Facebook Air Selangor KUALA LUMPUR PAS Negeri Selangor mempersoal dasar kerajaan negeri terhadap program pemutihan bagi kilang haram yang dilihat tiada kesudahan sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai Pesuruh...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord