Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah


Tahniah, anda hamil sekali lagi! Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua? Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah, benarkah?

Debaran melahirkan anak kedua
Mengetahui anda hamil kembali pasti membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana proses kelahiran untuk kali kedua ini.
Umumnya, bagi melahirkan anak kedua, kebanyakan pasangan mengatakan bahawa mereka lebih bersedia fizikal dan mental.
Adakah ia semakin mudah atau sebaliknya?
Pastinya setiap kelahiran menjanjikan keadaan yang berbeza. Debaran sudah tentu ada.
Dikatakan jika proses kelahiran sebelum ini agak sukar dan mencabar, tapi untuk pengalaman kedua ini anda mungkin akan mempunyai saat bersalin yang lebih mudah.

Proses melahirkan anak kedua lebih cepat?
Ya, sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua ini dan seterusnya.
Malahan pada peringkat awal proses kelahiran (latent labour), akan lebih cepat dan peningkatan intensiti kontraksi menjadi kuat dengan cepat dalam tempoh singkat.
Jadi anda mungkin perlu menentukan tempat bersalin lebih awal berbanding kelahiran pertama dahulu.
Melainkan jika anda menjalani pembedahan C-Sec untuk anak pertama, proses bersalin melibatkan aktiviti meneran akan menjadi lebih singkat.
Keadaan ini dipercayai kerana otot dan faraj telah meregang sebelum ini, sekali gus menjadikan tempoh waktu bersalin kurang daripada 12 jam.
Namjn, bagaimana pula jika sebelum ini proses bersalin anda mudah dan cepat, bolehkah ia terjadi ketika melahirkan anak kedua?
Sudah tentu! Malahan waktu bersalin anak kedua bagi kebanyakan wanita adalah lebih singkat. Jadi usah bimbang ya, wahai ibu.
Pengurusan kesakitan dalam proses kelahiran
Seandainya semasa kelahiran anak pertama anda tidak berdepan kesakitan yang melampau, itu mungkin bermakna anda sudah mengetahui teknik mengendalikan kesakitan yang berkesan.
Maka, untuk kehamilan kedua ini pastinya anda akan berasa lebih yakin dan dapat menguruskan sensasi kuat saat melahirkan anak dengan menggunakan kaedah yang sama.
Walaupun anda mungkin berdepan kesukaran saat bersalin dahulu, namun sekurang-kurangnya kini anda sudah mengetahui persediaan apa yang perlu anda lakukan.
Sebagai contoh, anda mungkin boleh mempelajari teknik pernafasan yang sesuai ataupun mengetahui teknik meneran bayi dengan lebih baik.
Melahirkan anak kedua kurang menyakitkan
Sudah tentu proses kelahiran yang melibatkan rasa sakit kontraksi adalah sama. Bukan mudah untuk melahirkan bayi, kan?
Pun begitu, kebanyakan ibu mengandung mengatakan bahawa mereka dapat mengatasinya dengan lebih baik.
Keadaan tersebut kerana anda sudah mengetahui apa yang perlu dijangkakan dan telah melakukan persediaan dengan sebaiknya.
Oleh sebab tempoh bersalin yang lebih pendek dan singkat, keletihan juga tidak akan dirasai.
Walaupun begitu, setiap wanita hamil untuk kehamilan ke-2, 3 atau seterusnya, perlu sentiasa bersedia untuk berdepan proses kelahiran yang lebih mencabar berbanding sebelumnya.
Bagaimana jika anda berasa takut untuk proses melahirkan bayi, adakah ia normal?
Ketakutan bersalin bagi wanita yang pernah berdepan proses kelahiran dikenali sebagai tokofobia sekunder.
Jangan bimbang! Ia adalah 1 keadaan normal untuk mempunyai perasaan negatif tentang kelahiran bayi, terutamanya jika anda pernah mengalami trauma saat bersalin anak pertama.
3 fakta menarik proses kehamilan kali kedua
Tempoh bersalin yang pendek
Purata proses melahirkan bayi untuk kali pertama adalah 18 jam. Namun untuk kali kedua ini ia akan menjadi lebih pendek, sekitar 8 jam.
Pastinya, setiap wanita mengalami proses bersalin yang berbeza. Tetapi kebanyakan wanita yang bersalin anak kedua dan seterusnya berdepan kelahiran yang lebih cepat. Berita baik, kan?
Apabila anda pernah bersalin sebelum ini, otot dan ligamen menjadi lebih santai dan bersedia. Ini disebabkan semuanya sudah diregangkan.
Maka bayi akan turun lebih mudah dan serviks anda juga melebar (terbuka) dengan cepat.
Kekejangan selepas bersalin lebih teruk
Kebanyakan wanita mengalami kekejangan selama 3 hingga 5 hari pertama sewaktu menyusukan bayi.
Ketika bayi menghisap susu, badan akan mengeluarkan hormon oksitosin yang membantu mengeratkan jalinan antara anda dan bayi.
Dalam masa yang sama ia juga menjadikan rahim kejang untuk menghentikan pendarahan dan menyusut kembali kepada keadaan sebelum hamil.
Lebih yakin tentang kelahiran dan keibuan
Walaupun mungkin proses melahirkan anak kedua berbeza dengan yang pertama, tapi sekurang-kurangnya anda pernah melalui proses tersebut dan tahu apa yang boleh dijangkakan.
Anda akan lebih mempercayai diri bahawa anda boleh melakukannya dan paling penting, anda mengetahui ada ganjaran kecil tidak ternilai menanti anda selepas itu.
Pengalaman berbeza
Setiap keperibadian anak adalah berbeza, kan? Begitu jugalah dengan proses kelahiran.
Tiada siapa dapat menjangkakan apa yang akan berlaku, tetapi percayalah, anda sudah bersedia untuk melahirkan anak kedua.
Dunia keibuan telahpun anda lalui bersama zuriat pertama, sudah tentu untuk yang kedua anda akan lebih berkeyakinan untuk menempuhinya.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


The post Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung. Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/proses-nak-lahirkan-anak-kedua-tak-sama-macam-anak-sulung-biasanya-anak-kedua-lebih-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 370 hits
Along dah tu tengok TV Gi mandi Jap lagi dah nak maghrib Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya Along dengar tak mama panggil Pergi mandi Mama ulang lagi arahannya Aaa Along menjawab pendek Along SEKARAN...
Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Elizad Mula Proses Ivf Pertama Semoga Dipermudahkan

Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Elizad Mula Proses Ivf Pertama Semoga Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 362 hits
Rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation adalah salah satu cara dan usaha untuk setiap pasangan mendapatkan cahaya mata Umum mengetahui bahawa pelakon dan pengacara Elizad Sharifuddin kini dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata setelah l...
Berebut Nak Jadi Yang Pertama Di Cium Ibu Ayah Mesti Dulukan Anak Sulung

Berebut Nak Jadi Yang Pertama Di Cium Ibu Ayah Mesti Dulukan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 1146 hits
Ramai ibu bapa pening kepala bila sudah mempunyai anak lebih dari satu Ini kerana bila balik rumah nak cium yang mana satu dulu Bila cium kakak adik merengek kecualilah jika dia masih bayi Jika cium adik dulu kakak atau abang sulung mulalah...
Anak Kedua Lebih Naughty Berbanding Anak Pertama Ini Fakta

Anak Kedua Lebih Naughty Berbanding Anak Pertama Ini Fakta

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 286 hits
Sesekali aku ada berkongsikan lifestyle aku bersama Dayyan dan Danish di Facebook dan Instagram Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan 2 hero aku ini Dayyan dan Danish
Resipi Cucur Kembung Ikan Bilis Cukup Lembut Gebu Mudah Anak Nak Pegang

Resipi Cucur Kembung Ikan Bilis Cukup Lembut Gebu Mudah Anak Nak Pegang

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 488 hits
Cucur antara finger food yang cukup mudah disediakan buat anak anak kita Selain cucur nasi atau cucur daripada roti gabungan cucur dengan bahan bahan lain seperti ayam ikan bilis serta beraneka sayuran yang dihancurkan menjadi potongan dadu...
Risau Cemas Takut Anak Perlu Masa Untuk Ditangani Pakar Saran Mak Ayah Buat Ini Nak Bantu Si Kecil

Risau Cemas Takut Anak Perlu Masa Untuk Ditangani Pakar Saran Mak Ayah Buat Ini Nak Bantu Si Kecil

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 356 hits
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut Begitu juga kisahnya tentang kanak kanak dalam lingkungan usia 0 6 tahun Yang pasti pada pe...
Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

Ibu Muda Ini Berjaya Menyimpan Lebih Rm10 Ribu Untuk Anak Dalam Masa Setahun

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 492 hits
Nak menyimpan dalam jumlah yang banyak sehingga 5 angka bukanlah perkara senang terutama bagi mereka yang berpendapatan biasa biasa Tapi ianya tidak mustahil Kami kongsikan perkongsian
Saya Cuma Kasihan Pada Suami Lama Dia Tunggu Nak Recover Balik Perasaan Itu Saya Nak Sangat Anak Dan Terlalu Nak Sangat

Saya Cuma Kasihan Pada Suami Lama Dia Tunggu Nak Recover Balik Perasaan Itu Saya Nak Sangat Anak Dan Terlalu Nak Sangat

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 282 hits
Kuala Lumpur Pelakon Nabila Huda mengesahkan dia mengalami keguguran buat kali kedua semalam Nabila berkata dia berasa sangat kecewa apabila mendapat tahu berlaku pendarahan Rasanya anda perlu tahu apa yang berlaku kepada saya Saya kegugura
Makan Semua Nak Sedap Bila Belajar Tak Pandai Tergamam Dengar Mak Marah Anak

Makan Semua Nak Sedap Bila Belajar Tak Pandai Tergamam Dengar Mak Marah Anak

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 427 hits
Pemakanan anak anak sebenarnya bergantung pada ibu bapa itu sendiri Dari anak kecil sepatutnya ibu bapa perlu menjaga pemakanan anak anak Pemilihan makanan akan membentuk corak pemakanan anak sehinggalah mereka dewasa Banyak kesan pemakanan...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U