Proses Mendapatkan Passport Hilang Rosak Merumitkan
assalamualaikum semua. walaupun dah seminggu berlalu, tetap lah juga aku nak bergosip berkenaan passport hilang/ rosak. hahahha. semua okay je kan?
alkisahnya begini.
tahun 2021 banjir teruk telah berlaku sekitar selangor dan kawasan yang sama waktu dengannya. boleh baca entri aku disni; https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/02/banjir-2022.html. jadinya, segala macam dokumen telah rosak dan dikategorikan hilang.
Laporan Polis Yang Tak Bergunabila hal melibatkan dokumen peribadi macam ni hilang/ rosak/ dicuri, memang wajib buat laporan polis. jadi bila banjir berlaku, passport aku ada dalam beg didalam almari. beg tu juga telah dibuang kerana rosak. harapnya tak ada sesiapa yang jumpa lah.
jadi buat lah laporan polis. masa ni buat laporan sebab nak claim bantuan je. huhu. dalam laporan tu, tak dinyatakan pun pasal passport hilang/ rosak. cuma beritahu dokumen - dokumen penting sahaja tak spesifik.
kiranya laporan tu tak boleh nak diterima pakai lah. tak valid langsung. membuatkan aku perlu turun naik balas polis sampai 2 3 kali. ya allah sedih.
Buat Passport Barubila emak ajak teman buat passport baru, aku pun alang - alang nak buat baru jugalah memandangkan aku pun dah tak ada passport walaupun tak ada tujuan nak pergi mana - mana. bila sampai dekat kaunter nombor, kami terangkan situasi yang berlaku.
pihak pegawai yang bekerja di imigresen (jaga kaunter) minta aku dan mak kepilkan laporan polis yang lebih spesifik disertakan bersama cop pengesahan. jadi aku dan mak pun keluar dari tempat tu dan terus menuju ke balai polis tempat laporan pertama ditulis; balai polis pinggiran usj (bukit jelotong).
kali ni laporan lebih spesifik yang menyatakan passport hilang/ rosak ketika berlaku banjir 2021. dekat situ tak boleh nak dapatkan cop pengesahan, sebab itu cuma balai kecil. aku bergegas ke balai polis sri muda seksyen 25 pula semata - mata untuk dapatkan cop.
settle.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor jadinya, ada 2 laporan polis sekarang. yang lama dan yang baru. kedua - dua telah dicop! aku dan mak bawa ke jabatan imigresen pkns. masuk lah kami ke bilik no 9. setelah diteliti, mak punya dokumen lengkap. aku je tak. sebab laporan aku yang pertama tu, tak dicetak. ya allah. maknanya aku kena pergi balik balai polis pinggiran usj la kan? sedih.
pegawai kata, "dokumen awak bagi dulu. saya key in siap - siap. nanti awak datang tinggal bawa laporan polis pertama sahaja". aku cakap "tak apa lah. saya datang lainkali. lagipun kad oku saya juga tiada". aku selesaikan mak punya passport hari rabu. lepas dah settle, aku dan mak makan di pkns sampai kenyang. aku hantar mak balik. lepastu aku pergi semula balai polis pinggiran usj untuk minta mereka buat cetakan laporan aku yang pertama. jawapannya; "maaf kami tak dapat nak cetak laporan tersebut memandangkan sini hanya tempat membuat laporan sahaja. yang menyimpan dan menerima semua laporan adalah di HQ, iaitu balai polis bukit jelutong". hmmm aku pun "okay baik. terima kasih"
cepat - cepat aku ke balai polis bukit jelutong. rupanya dalam space u8. selama ni lalu saja tapi tak pernah tahu, itu adalah HQ. hahahha. siap sekali dengan cop pengesahan. bayaran untuk cop itu adalah rm2
Ulang Alik Balai Polis dan Jabatan Imigresen
nasib baik hari jumaat aku cuti lagi. disebabkan hari rabu aku dah selesaikan semua; aku tinggal hadir ke jabatan imigresen dan serahkan semua laporan dan dokumen berkaitan untuk proses passport yang baru
aku sampai pkns dalam pukul 7.30. tapi aku lepak dalam kereta makan - makan minum alas perut. haritu masa datang dengan mak, aku kena beratur dekat luar. tah macammana, aku lalu pintu belakang tau. hahahha. aku terus berak sekejap, lepastu pergi cari jabatan imigresen. aku orang kedua. fuh. power.
depan aku bangsa india. aku jumpa akak dua orang ni masa parking tadi. aku parking kereta dekat kawasan letak kereta sacc mall. aku nampak je dia lalu. aku syak dia pun lalu belakang. sebab masa aku datang, dia dah ada dulu
jadi bila guard yang jaga pintu jabatan imigresen tu tanya urusan kita, akak dua orang tu tak dapat masuk sebab dia tak cetak resit pembuktian untuk collect passport. kesian juga. jadi aku no 1 lah kan.
alhamdulillah. terus aku masuk ke bilik no 9. 9 ke 7. aku terlupa. huhu.
aku serahkan semua dokumen kepada pegawai imigresen. pegawai yang aku jumpa hari rabu haritu. hahhaha. dia tanya aku "gerak pukul berapa? awal sampai". aku cakap aku sampai pukul 7.30 dekat pkns. "dia kata uik. awal". kitorang gelak hahaha.
siap - siap ambil gambar. lepastu, pegawai kata, datang semula selepas 5 hari waktu bekerja untuk collect passport. lega. selesai semua. walaupun aku tak ada tujuan buat passport. hahaha.
tapi aku akui, sistem kita di malaysia takk sync dengan semua jabatan kerajaan. juga tidak sync dengan keseluruhan balai polis. SOP mereka tidak sekata. macam urusan cop tu kan? aku hubungi balai polis seksyen 25 untuk pengesahan. dia boleh cakap macam ni "ni pertama kali saya dengar pasal cop tu. patutnya semua balai ada. pelik juga." lepas tu dia gelakkan aku. hahahh aku manalah tahu, aku orang awam.
tapi apapun, terima kasih pada semua yang terlibat. letih cerita pasal passport ni. hahhaha. berurusan dengan kerajaan memang melelahkan. tapi kalau dokumen lengkap, 2 minit je selesai. yang lama bahagian dokumen tak lengkap tu. hahaha. nak muntah rasa. okay lah nanti aku sambung tulis entri lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/07/proses-mendapatkan-passport-hilang-rosak-merumitkan.html