Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan


 
PROSA TRADISIONAL - Kepimpinan Melalui Teladan

Plot
 

1.    Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusnya, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

2.    Cerita mencapat tahap perkembangan apabila Kertala Sari belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka. Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

3.    Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kerta Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam-malam yang berikutnya. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka menitahkan menitahkan Temenggung agar mengarahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampung. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal untuk berkawal bagi menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata, lembing, tombak dan kayu di keliling istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke istana Raja Melaka untuk mencuri dan mengganggu isteri raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.

4.    Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala Sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

5.    Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila banyak orang dating menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian, Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberi memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upayah mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka.

 

 

Kepimpinan Melalui Teladan
Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

 

(Dipetik daripada prosa “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket

Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

 

 

        i.            Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                   [2 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________
 

      ii.            Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?

Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                     [3 markah]

__________________________________________________________________________________________________________________________________________
 

 

    iii.            Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari? [KBAT]                                                           [3 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muinmohsein.blogspot.com/2020/11/prosa-tradisional-kepimpinan-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 272 hits
Syarikat Perintis Tunas sering bermain dengan pelbagai idea baru dan inovasi diluar fikiran sekaligus membawa kepada sektor ekonomi baru Namun untuk memulakannya pelbagai syarikat ini akan menghadapi tekanan dari segi sokongan kewangan U
Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Melalui Whatsapp Setiap Hari

Lebih 100 Bilion Mesej Dihantar Melalui Whatsapp Setiap Hari

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 293 hits
Facebook hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka sekaligus berkongsi sejumlah data menarik berkaitan perkhidmatan perkhidmatan dibawah mereka Salah satunya adalah WhatsApp Menurut Facebook kini setiap hari lebih 100 bilion mesej ...
Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Melalui Spa9

Permohonan Kerja Kosong Kerajaan Melalui Spa9

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 1551 hits
Kerja Kosong Kerajaan Kepada calon yang berminat untuk memohon pekerjaan dalam sektor Perkhidmatan Awam anda perlu mendaftar melalui portal SPA9 The post appeared first on
Facebook Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Permainan Melalui Web Dan Android

Facebook Memperkenalkan Perkhidmatan Penstriman Permainan Melalui Web Dan Android

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 262 hits
Perkhidmatan penstriman permainan boleh dikatakan agak padat dengan nama nama seperti Steam Google Stadia Microsoft xCloud GeForce Now PlayStation Now dan sebagainya semua sedang cuba untuk mendapatkan seramai pemain yang mungkin Terkini ia...
Kini Anda Boleh Memuat Turun Dan Baca Komik Gempakstarz Secara Percuma Melalui Esentral

Kini Anda Boleh Memuat Turun Dan Baca Komik Gempakstarz Secara Percuma Melalui Esentral

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 494 hits
Majalah Gempak merupakan antara majalah tempatan popular yang mengetengahkan pelbagai kartunis dan pelukis melalui karya komik dan sebagainya Selain majalah penerbit disebaliknya turut menerbitkan sejumlah komik kompilasi edisi terhad dan s...
Rasulullah Saw Teladan Ummah Sepanjang Zaman

Rasulullah Saw Teladan Ummah Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 508 hits
Ketibaan Maulidur Rasul SAW saban tahun menjadi detik bermakna kepada seluruh umat Islam untuk memperingati nikmat terbesar pengutusan Nabi Muhammad SAW iaitu penyebaran risalah Islam Justeru bagi menzahirkan kesyukuran atas pengutusan Nabi...
Kipas Dalam Playstation 5 Akan Dioptimasikan Dengan Perisian Melalui Data Data Yang Dikumpul Dari Setiap Permainan

Kipas Dalam Playstation 5 Akan Dioptimasikan Dengan Perisian Melalui Data Data Yang Dikumpul Dari Setiap Permainan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 169 hits
Beberapa minggu lepas Sony telah terbit satu video yang membedah PlayStation 5 bagi memperlihatkan keseluruhan rekaan dan komponen dalaman konsol permainan ini Saiz konsol ini agak besar dan kipas yang digunakan sebaga i sistem penyejukan j...
Cara Mengetahui Sesuatu Kawasan Mempunyai Kes Covid19 Melalui My Sejahtera

Cara Mengetahui Sesuatu Kawasan Mempunyai Kes Covid19 Melalui My Sejahtera

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 399 hits
Hari ini hari ke tujuh kami di Selangor ni menjalani PKPB sebagai langkah pencegahan penularan pendamik Covid19 Dari statistik harian laporan KKM setiap hari bilangan kes agak tinggi dan kian membimbangkan di seluruh negara Sama sama lah ki...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids