Projektor Inlab Senz Pengganti Tv Yang Berkuasa
Projektor pada masa kini menjadi pilihan para pengguna yang ingin kelainan dari mengguna televisyen. Kali ini Mamu bawakan untuk hangpa projektor dari syarikat tempatan bernama Inlab. Model yang Mamu akan ulas diberi nama Senz. Sebelum Mamu mulakan ulasan mai Mamu cerita serba sedikit tentang Inlab.
Inlab merupakan syarikat berpengkalan di Pulau Pinang (orang kampung Mamu tu) dan produk pertama mereka adalah projektor. Kenapa depa pilih projektor sebagai produk pertama depa? Biar Mamu ceritakan kat bawah naa.
Spesifikasi
Teknologi Paparan
Paparan Cecair Kristal
Resolusi
1920 x 1080 (Sokongan sehingga 4K)
Sumber Cahaya
LED
Jarak Unjuran
1.2m – 8.96m
Saiz Skrin
38 – 300 inci
Nisbah Aspek
4:3 / 16:9 / Auto
Lumens
7000
Nisbah Unjuran
1.36:1
Saiz Projektor
220mm x 290mm x 93mm
Berat
2.2kg
Memori & Storan
1GB RAM + 32GB ROM
WI-FI
2.4Ghz & 5Ghz
Versi Android
Versi 9.0
Sistem Audio
Dolby Audio Dengan 3 Pembesar Suara (Kiri, Kanan, Depan)
Nyahkotak
Kotak pembungkus projektor ini menggunakan warna putih seumpama projektor itu sendiri dan gambar projektor itu sendiri menjadi latar belakang pada kotak tersebut. Dari luar kotak ada sedikit spesifikasi tersedia seperti spesifikasi resolusi certifikasi dari Dolby.
Bila hangpa buka kotak, projektor tersusun rapi dalam kotak styrofoam yang menjaga produk tersebut dari rosak ketika penghantaran. (better be safe than sorry)
Dalam kotak ada beberapa bahagian penting yang diperlukan untuk projektor ini berfungsi. Di sini Mamu kongsi apa hangpa akan dapat dalam kotak nanti.
Panduan menggunakan projektor. Biasanya Mamu akan sekali pintas baca ja pasal projektor ini agak senang untuk digunakan sebenarnya. (real men don’t read manuals)
Kabel HDMI juga disertakan untuk hangpa gunakan untuk sambungkan laptop ataupun konsol hangpa.
Palam kuasa yang memberi ‘nyawa’ pada projektor Senz ini. Takdak kabel ini macam mana hangpa nak hidupkan projektor?
Alat kawalan jauh untuk projektor. Menggunakan bateri saiz AAA. Bateri tidak disertakan. Pastikan hangpa ada bateri AAA kat rumah naa. Alat kawalan ini Mamu tak pasti menggunakan infrared ataupun Bluetooth pasai Mamu tak perlu hala ke projektor pun boleh kawal projektor Senz.
Inilah pandangan depan projektor Inlab Senz. Kanta dilindungi dengan penutup plastik untuk mencegah kanta dari bercalar.
Pandangan sisi kiri yang menempatkan pembesar suara dan juga ruang untuk angin masuk untuk menyejukkan LED dalam projektor Senz.
Certifikasi yang tak perlu diulas lanjut. Ada logo ini pada peranti hangpa beli, audio dihasilkan tidak akan mengecewakan hangpa bila tengok cerita.
Pandangan sisi belakang yang menempatkan port input dan juga lubang palam kuasa disambungkan.
Port yang disedia adalah port audio, port HDMI dibekalkan sebanyak 2 port dan juga port USB disertakan sebanyak 2 port. Port yang disediakan sudah cukup memadai untuk hangpa sambungkan kepada peranti hangpa.
Pada bahagian atas projektor pula telah tersedia punat navigasi untuk hangpa gunakan kalau hangpa malas nak gunakan alat kawalan jauh. (kadang-kadang alat kawalan jauh taktau letak mana kan.)
Pada bahagian sisi kanan pula terdapat tombol focus terbina dalam pada punat kuasa projektor ini.
Lampu akan menyala pada punat kuasa bila dihidupkan. Merah menunjukkan projektor dalam keadaan tutup manakala warna biru pula menunjukkan projektor dihidupkan.
Sebelah punat kuasa pula adalah tempat angin panas keluar. Penutup ini senang dibuka supaya pengguna lebih mudah membersihkan penuras debu ketika habuk telah banyak terperangkap. Dari pengalaman Mamu, penuras ini harus dibersihkan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali supaya projektor berjalan pada suhu optimum.
Pada bahagian bawah pula terdapat kaki getah yang menahan projektor dari bergerak dan juga satu skru pelaras tinggi untuk hangpa laraskan sudut ketinggian lontaran projektor pada dinding. Skru yang dipasang agak panjang jadi hangpa tak perlu risau kalau nak laras pada ketinggian yang dikehendaki.
Logo Inlab menyambut hangpa bila projektor ini dihidupkan dan juga indikasi projektor tengah memuatkan aplikasi projektor.
Benda pertama yang menyambut Mamu setelah projektor ini disambungkan pada WiFi pada rumah, kemaskini perisian pada projektor ini. Jangan risau, projektor ini mampu disambungkan pada sambungan 2.4Ghz atau pun 5Ghz. Satu ciri yang amat bagus dan jarang Mamu lihat pada projektor pada tanda harga sama dalam pasaran.
Antara muka hadapan yang hangpa akan gunakan untuk navigasi ke applikasi kesukaan hangpa. Mamu akan cuba huraikan sedikit sebanyak untuk fahaman hangpa semua.
Pada bahagian atas sekali, hangpa akan berjumpa dengan ikon kanta untuk digunakan untuk mencari aplikasi yang telah hangpa muat turun ataupun aplikasi terbina dalam seperti Netflix. Sebelah ikon tersebut adalah ikon untuk pengguna dan seterusnya ikon Projection. Ikon Projection ini penting dimana hangpa boleh jumpa tetapan untuk melaraskan focus, keystone lontaran dan juga bagaimana paparan dilontarkan.
Pada tetapan Projection Mode hangpa boleh ubah paparan untuk kesesuaian penggunaan. Ada 4 tetapan iaitu Front Desktop, Rear Desktop, Front Ceiling dan juga Rear Ceiling.
Untuk tetapan Keystone Advanced, ada 2 tetapan yang boleh digunakan pakai. Satu adalah Side Keystone sepertimana gambar diatas. Ini akan melaraskan keystone pada sisi paparan yang dilontarkan.
4-Point Keystone pun untuk hangpa laraskan setiap penjuru projektor. Bila ini berguna? Bila hangpa letak projektor hangpa bukan lurus ke dinding. (disarankan untuk mendapatkan paparan yang optimum, projektor seharusnya bertentang dengan dinding.)
Tetapan terakhir yang ada pada tetapan Projection adalah Motor Focusing. Hangpa tak perlu pening kepala nak laraskan fokus. Hanya perlu tekan butang pada alat kawalan untuk melaraskan fokus. (boleh juga dilaraskan pada tombol yang berada dia punat kuasa di projektor)
Pada tetapan System Settings pula hangpa boleh laraskan tetapan yang ada seperti WiFi, Bluetooth, bahasa, kemaskini sistem. Projektor ini dikuasakan dengan 32GB ROM dan 1GB RAM.
Antara muka untuk Playstore & App Store terbina dalam pada Inlab Senz. Hangpa tak perlu pening nak cari mana aplikasi kesukaan hangpa untuk digunakan.
Netflix juga terbina dalam pada projektor ini. Hangpa hanya perlu login dah boleh sambung tengok K-Drama kesukaan hangpa tanpa pening kepala.
Setelah menggunakan projektor Inlab Senz ini selama lebih kurang seminggu, banyak benda menarik yang Mamu boleh cerita. Mari Mamu ulaskan untuk hangpa supaya senang hangpa nak beli nanti.
Dari segi setup, bagi Mamu projektor Senz ini adalah jenis plug and play. Takdak benda spesifik yang perlu hangpa ada melainkan sepasang bateri untuk alat kawalan jauh dan juga tempat untuk hangpa tempatkan projektor ini. Disarankan projektor ini diletak sekurang-kurangnya 2 meter dari dinding untuk paparan yang optimum.
Dari segi audio pula, tak dinafikan dengan talaan dari Dolby membuatkan pengalaman hangpa menonton wayang seumpama di wayang. (nak sama macam wayang, ongkosnya besar lagi)
Fungsi dan juga port yang disediakan memang memadai bagi Mamu. Port USB banyak membantu bila hangpa nak log masuk ke aplikasi hangpa contoh Netflix. Cucuk saja papan kekunci dan juga tetikus hangpa. Tak perlu menyusahkan diri nak log masuk menggunakan alat kawalan projektor ini.
Dari segi rekabentuk dan saiz sudah cukup menampakan ciri premium dan juga senang untuk hangpa campur dan padan dalam dekorasi di rumah tamu mahupun dalam kamar tidur hangpa.
Aplikasi yang sedia ada dalam projektor yang dikuasakan dengan Android 9 secara lalai ini bagi Mamu lebih dari mencukupi pasal Mamu biasanya gunakan Netflix, Youtube dan juga Spotify. Dengan adanya Google Play Store, aplikasi yang boleh dimuat turun lebih memudahkan para pengguna.
Dari segi paparan pula, projektor ini menggunakan LED yang bagi Mamu memang cukup terang dalam bilik gelap mahupun separa gelap. Dengan sokongan 1080P dan juga ada sokongan paparan video sehingga 4K, projektor ini adalah antara peranti yang Mamu rasakan amat berbaloi jika hangpa ingin cuba projektor untuk pertama kali. Ia juga menyokong konsol yang ada dipasaran seperti Xbox, Playstation dan juga Switch. Tidak dilupakan juga ScreenCast juga turut tersedia untuk hangpa paparkan apa yang ada pada telefon bimbit hangpa pada paparan lebih besar.
Tidak dilupakan juga projektor Inlab Senz disertakan dengan 1 tahun warranti dan penghantaran percuma seluruh semenanjung Malaysia. Beban untuk membayar sekaligus? Jangan risau pihak Inlab juga menyediakan skim Buy Now Pay Later.
Dengan harga sekitar RM 1199, satu harga bagi Mamu agak murah untuk spesifikasi yang mencukupi kehendak setiap isi rumah di Malaysia.
Tunggu apa lagi. Hangpa boleh lawati pautan di bawah untuk pembelian projektor Inlab Senz ini.
INLAB SENZ
Sehingga ketemu lagi diulasan akan datang. Stay safe guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/projektor-inlab-senz-pengganti-tv-yang-berkuasa/