Tenka Ryohin Kaze K2 Vakum Tanpa Wayar Harga Mampu Milik Yang Berkuasa


Tenka Ryohin? Jenama dari mana ni? Ya, itu la persoalan pertama yang terlintas di minda Mamu bila Mamu terjumpa jenama ni di Facebook. Sebelum Mamu bercerita lebih lanjut, lebih baik Mamu ceritakan serba sedikit latar belakang syarikat ini. Kalau hangpa teka jenama nih dari Jepun, hangpa memang bijak. Jenama ini memasuki pasaran peralatan rumah pada tahun 2015. Produk utama depa nih kebanyakan jenis vakum dan juga vakum robot. Nama produk mereka pun berasaskan dari Jepun juga.
Kali ini Mamu berpeluang mengulas salah satu vakum cordless depa iaitu Kaze K2. Dari informasi yang Mamu dapat model ini antara yang laris di pasaran. Memang betul pun. Mamu nak dapatkan satu unit untuk ulasan pun tunggu hampir seminggu. (pengguna dah makin maju dah. Tak suka ada wayar macam Mamu gak)
Spesifikasi Vakum Berat 1.78KG Kapasiti 0.6 Liter Corded/Cordless Cordless Volt Masukan 25.2 Volt Masa Penggunaan / Bateri 40 Minit / 2000mah Airwatt 105 Airwatts Kuasa Sedutan 22000 Pa Warranti 2 Tahun Masa Pengecasan ~ 4 jam  
Nyahkotak Produk
Bila Mamu dapat produk Tenka Ryohin ini, 1st impression pembungkusan dia memang simple dengan gambar produk dan beberapa informasi penting tentang vakum ini. Mamu mulakan nak nyahkotak produk ni rupanya kena scam pada pandangan pertama.

Rupanya ini baru kotak produk sebenarnya. Bagus tindakan pihak Tenka Ryohin untuk buat kotak pembungkusan asing untuk menjaga produk dari rosak bila dalam proses penghantaran. Biasa dah kita dengar proses penghantaran barang di Malaysia masa kini antara yang paling ‘CERMAT’ jaga barang hantar ke penerima.
Kotak dengan kemasan berwarna putih,model vakum tertulis di kotak,gambar produk vakum yang lebih jelas dan juga tulisan yang Mamu tak pasti dalam bahasa Jepun.

Dari pandangan sisi kiri dan kanan ada jenama depa dan juga spesifikasi vakum ini dengan lebih terperinci.

Sesudah Mamu nyahkotak, vakum dan bahagian-bahagian penting tersusun rapi dan juga dibaluti dengan plastik untuk menjaga dari produk bercalar atau rosak. Mari kita tengok satu persatu setiap bahagian yang ada pada vakum ini dan juga barang yang disertakan sekali.

Manual yang acapkali tak semua orang akan baca. Bagi Mamu produk ini agak idiot proof. Hangpa baca sekali ja manual ini dan lepas tu dah tak perlu dah. Penggunaan vakum ini agak senang. Anak Mamu pun boleh pakai takkan la hangpa tak boleh kan?

Vakum ini didatangkan dengan set skru untuk hangpa pasang pada dinding docking & charging station dia. Kalo hangpa jenis macam Mamu tak suka tebuk dinding, boleh simpan ja set skru ni.

Sash nozel untuk hangpa gunakan masa nak vakum celah sofa, kerusi kereta ataupun sawang kat siling.

Antara bahagian penting untuk vakum Kaze K2. Paip penghubung unit utama vakum dan penyedut.


Unit utama pada Kaze K2 yang dilengkapi dengan penuras Hepa, tangki, bateri dan juga skrin sesentuh untuk melaraskan kuasa sedutan vakum ketika penggunaan.

Pengguna hanya perlu sentuh pada logo bertulisan Jepun untuk menaikkan kuasa sedutan dari paling rendah, menengah dan juga paling tinggi.

Penuras Hepa dan juga penuras debu pada unit utama Kaze K2. Setiap bahagian pada unit utama boleh dicuci dan juga senang untuk dibuka & pasang semula.
Penuras Hepa boleh diganti dengan mudah bila penuras sudah tak boleh digunakan lagi. Harga sekitar RM 12 untuk seunit yang boleh didapati di Shopee Tenka Ryohin. Pautan akan Mamu sertakan di penghujung ulasan naa.

Kuasa sedutan yang dibekalkan melalui bateri yang dipasang pada unit utama dengan kapasiti sekitar 2000mah. Jika hangpa rasa tak cukup satu bateri, hangpa boleh beli unit ekstra pada harga sekitar RM99 sahaja.

Kepala penyedut yang menjadi komponen utama untuk menyedut kotoran dan juga habuk di sekeliling rumah hangpa. Mudah juga ditanggal untuk dicuci komponen roller tu kalau dah kotor sangat.

Bahagian leher yang fleksibel untuk memudahkan proses pembersihan pada bawah sofa mahupun bawah meja di rumah hangpa.

ia juga dilengkapi dengan 4 unit lampu LED. Bagi Mamu lampu LED cukup terang untuk hangpa tengok kotoran yang ada pada lantai.

Aksesori tambahan yang disertakan bersama Kaze K2. Adapter untuk dipasang pada batang vakum untuk hangpa letakkan berus dan juga sash nozel.

Inilah rupanya bila siap dipasang dengan aksesori tambahan. Memudahkan kerja bila nak tukar aksesori lain bila diperlukan.

Tempat pengecasan dan juga docking vakum yang boleh dipasang pada dinding di rumah hangpa.

Unit utama yang telah dipasang pada docking pengecasan. Rekabentuk yang selari tanpa menampakan rekabentuk yang terlalu besar.


Kaze K2 yang telah disiap pasang dengan aksesori tambahan. Warna putih membuatkan vakum ini nampak premium dan juga classy. 
Setelah sebulan lebih Mamu gunakan Kaze K2 ini, Mamu dapatkan simpulkan bahawa produk ini sangat sesuai untuk orang mencari vakum tanpa wayar untuk menggantikan vakum lama hangpa.
Tempoh penggunaan Mamu dapat hampir 50 minit utk kuasa sedutan pada tahap terendah yang bagi Mamu cukup untuk digunakan pada lantai di rumah Mamu.
Untuk kuasa sedutan pertengahan Mamu dapat tempoh penggunaan sekitar hampir 30 minit. Sesuai digunakan pada karpet untuk menyedut serbuk biskut atau habuk. Bila ada anak suka makan atas karpet hangpa akan faham apa Mamu sampaikan.

Hasil sedutan pada karpet dan juga lantai bawah sofa Mamu. Jangan tertipu bila hangpa dengar bunyi sedutan vakum ini macam perlahan tapi percayalah sedutan dia memang kuat sebenarnya.
Mamu tak cuba kuasa sedutan tertinggi pasal kuasa sedutan tahap pertengahan dah cukup kuat bagi Mamu dan tempoh penggunaan dah cukup untuk Mamu bersihkan ruang tamu Mamu dan juga bilik tidur Mamu.
Dengan sekali pengecasan Mamu dapat membersihkan ruang tamu lebih kurang 3-4 kali sebelum perlu dicas. Mamu vakum ruang tamu hampir setiap hari. Cukup untuk penggunaan Mamu setakat ini.
Dengan skrin sesentuh pada unit utama dan juga suis penghidup pada unit utama memudahkan proses penggunaan vakum ini. Dari skrin hangpa dapat lihat bateri yang masih ada juga boleh mengubah kuasa sedutan pada vakum Kaze K2 ini.
Dari segi pembersihan vakum ini pula bagi Mamu amat mudah. Tangki penyimpanan habuk menggunakan selak sahaja jadi hangpa tak perlu risau kotoran berterbangan. Letak sahaja plastik dibawah bahagian tangki dan buka selak. Semudah itu. Tangki penyimpanan juga boleh dibuka untuk memudahkan proses mencuci dari habuk atau kotoran yang melekat pada tangki tersebut.
Berat? Bagi Mamu tak la berat sangat mahupun ringan sangat. Takdak terasa letih untuk tempoh penggunaan Mamu selama ini. Isteri pun takdak mengadu vakum ini berat untuk penggunaan seharian.
Kekurangan semestinya ada tapi bagi Mamu ini sekadar nitpicking untuk penambah baik untuk model seterusnya.
Pertama, vakum ini tak boleh berdiri sendri jadinya hangpa kena letak dibawah bila hangpa nak ubah perabot atau meja. Mungkin lepas ini Ryohin Tenka boleh buat vakum mereka berdiri. Memang senang banyak bila buat kerja. Takdak la risau vakum jatuh. Dah cuba sandar pada almari tapi Mamu tak yakin dia tak menggelungsur jatuh.
Kedua, paip penghubung tak boleh dibengkokkan. Bila hangpa nak vakum dibawah sofa atau meja hangpa kena la tunduk ke bawah untuk menvakum. Mamu rasa depa boleh keluarkan tiub boleh bengkok sebagai aksesori tambahan. Senang sedikit untuk pengguna yang tinggi lampai macam Mamu.
Ketiga, suis penghidup bagi Mamu agak sensitif. Mamu selalu juga tertutup vakum ini ketika menvakum. Mungkin tangan Mamu besar jadinya jari telunjuk selalu berada pada bahagian penghidup vakum. Idea Mamu mungkin boleh buat suis penghidup jenis clicky atau buat suis penghidup jenis sesentuh pada skrin. Lebih nampak premium.
Walaupun kekurangan dia takdak la sampai ke tahap yang menyusahkan pengguna, vakum Kaze K2 salah satu vakum yang Mamu boleh syorkan untuk penggunaan rumah saiz kecil sehingga sederhana. Harga yang mampu milik dan juga aksesori yang mudah didapati.
Dengan harga sekitar RM 300, Mamu rasa ini antara vakum yang berbaloi untuk dibeli. Owh ya. Aksesori dia yang menarik yang Mamu tak dapat ulas adalah kepala pengemop eletrik yang berharga RM 150. Cukup mudah untuk mengemop di rumah.
Teruja untuk membeli? Mamu sertakan pautan untuk pembelian :
Shoppe Tenka Ryohin
Kaze K2
Facebook Tenka Ryohin
Sekian sudah ulasan dari Mamu. Sehingga kita bertemu di ulasan akan datang. Stay safe guys!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/tenka-ryohin-kaze-k2-vakum-tanpa-wayar-harga-mampu-milik-yang-berkuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Peribadi Cimb Xpress Cash Ansuran Tetap Dan Mampu Milik

Pinjaman Peribadi Cimb Xpress Cash Ansuran Tetap Dan Mampu Milik

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 283 hits
Segala perubahan maklumat berkaitan diri anda yang berkaitan dengan boleh dibuat menerusi sistem pengemaskinian maklumat peminjam dimana sistem untuk memudahkan kita mempelajari sesuatu tajuk Fokus sewaktu belajar dapat menjadikan ilmu sese...
Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40

Teduh Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk B40

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 278 hits
Tahukah anda bermula tahun lalu sehinggalah kini 2022 anda boleh untuk memohon permohonan rumah mampu milik seperti PPR MyHome dan rumah transit Permohonanan tersebut hendaklah dilakukan melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara...
Perodua Alza 2022 Harga Terkini Spesifikasi Varian Warna

Perodua Alza 2022 Harga Terkini Spesifikasi Varian Warna

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 593 hits
Perodua Alza 2022 Serba Baharu dengan fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan kini dibuka untuk tempahan Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu pada 23 Jun 2022 dengan penambahbaikan ketara da...
Senarai Harga Durian Terkini Tahun 2022

Senarai Harga Durian Terkini Tahun 2022

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 327 hits
Di Malaysia mungkin tiada keadaan 4 musim tetapi kita masih lagi istimewa apabila kita ada musim buah buahan yang mungkin tiada di negara lain dan antara yang paling terkenal dan ditunggu tunggu adalah musim durian Dalam tempoh inilah kita ...
Tarif Elektrik Kekal Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan Pm

Tarif Elektrik Kekal Harga Ayam Tidak Akan Diapungkan Pm

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 253 hits
TERKINI 24 Jun 2022 Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung Dalam sebuah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan keputusan itu kerajaan terus komited menampung su...
Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 24 2022 6 07 PMPutrajaya telah membatalkan keputusannya untuk menghapuskan harga siling ayam berkuat kuasa bulan depan Dalam satu kenyataan hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata harga siling ba...
Pemurataan Harga Emas

Pemurataan Harga Emas

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 330 hits
Apabila seseorang yang baru nak memulakan belian simpanan emas dia akan memikirkan harga Adakah harga sekarang murah atau mahal Menurut saranan mentor saya mulakan saja simpanan dengan harga sekarang Ia akan menjadi benchmark atau penanda a...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk