Projek57 Berganding Bahu Dengan Artis Terkemuka Yusof Majid Mengumpul Dana Untuk Komuniti Orang Asli


Di kala rakyat Malaysia menempuh harapan baru sementara negara beransur pulih dari pandemik, perusahaan sosial Projek57 terus mencipta nama menerusi pelbagai usaha memupuk semangat perpaduan dan keterangkuman dalam kalangan komuniti yang kurang berkemampuan dari segenap lapisan masyarakat

Yusof Majid (tengah) diapit dua ciptaannya untuk mengumpul dana Projek57. Menyertainya ialah Pengasas Bersama Projek57 Syed Sadiq Albar (kiri) dan Collin Swee (kanan)

Diasaskan pada tahun 2015 dan berbekalkan semangat Merdeka yang dipelopori Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Projek57 tahun ini telah bekerjasama dengan artis terkemuka Yusof Majid untuk menghasilkan satu koleksi eksklusif yang terdiri daripada 18 lukisan yang berilhamkan tafsiran yang dikongsi bersama mengenai makna kemerdekaan bagi rakyat negara ini
 
Lima puluh peratus hasil jualan lukisan Yusof akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan Projek57 yang ditubuhkan untuk menampung sara hidup golongan yang memerlukan. Dana ini akan digunakan untuk mendirikan sebuah tadika untuk kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun di Gua Musang, Kelantan, yang dijangka akan dibuka kepada sekumpulan 40 orang kanak-kanak prasekolah Orang Asli pada akhir tahun ini
 
Koleksi amal berjudul “The Merdeka Drawings” ini akan dipamerkan dari 10 hingga 18 September 2022 di Nadine Fine Art, Petaling Jaya



Artis kontemporari Yusof Majid telah mempamerkan karya seninya selama lebih daripada tiga dekad. Yusof berkata, “Saya melihat koleksi ini sebagai sumbangan saya bukan sahaja dalam menyebarkan mesej harapan yang kekal berterusan tetapi juga untuk menyelami lagi erti Merdeka. Berganding bahu dengan Projek57 merupakan satu penghormatan bagi saya, dan saya berbesar hati kerana hasil kerja saya dapat memberi impak yang positif dalam menambah baik kehidupan warga Malaysia yang kurang bernasib baik.” 


Sejak penubuhannya, Projek57 telah mengumpul lebih daripada RM450,000 untuk golongan kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang sosial

Pengasas bersama Syed Sadiq Albar dan Collin Swee percaya bahawa perusahaan sosial tersebut perlu komited dalam merealisasikan wawasan Tunku untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan aman damai di mana seluruh rakyat dapat hidup  bersama secara makmur tanpa mengira latar belakang, bangsa atau budaya





Syed Sadiq berkata, “Di sebalik cabaran Covid-19, rakyat Malaysia yang berkongsi visi harapan kita kekal menjadi penyokong setia usaha-usaha Projek57 untuk membawa perubahan. Dengan sumbangan ikhlas Yusof Majid kepada dana pendidikan kita tahun ini, kita dapat bersama-sama menitikberatkan kepentingan pendidikan dan memperkasakan komuniti Orang Asli yang sering mengharungi pelbagai cabaran dalam hal ini.”
Salah satu daripada karya “The Merdeka Drawings” Yusof akan digunakan sebagai reka bentuk tersuai untuk kemeja-T Projek57 dan barangan jualan lain bagi membolehkan orang ramai memiliki produk asli Yusof Majid yang dihasilkan dengan niat mulia. Segala keuntungan hasil jualan akan disalurkan kepada program-program lain untuk membantu belia Orang Asli yang kurang berkemampuan
 

Tambah Swee, “Dengan tema Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini yang menekankan kepentingan untuk kita berdiri teguh bersama, Projek57 bersyukur kerana dapat meneruskan usaha-usaha menaiktaraf kualiti hidup setiap rakyat Malaysia. Setiap sumbangan pasti akan membawa perubahan untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua.”


Lukisan Yusof yang berkisarkan gaya hidup Malaysia telah dipamerkan secara meluas di galeri dalam dan luar negara. Beliau sering mendapat inspirasi daripada budaya dan landskap kita yang pelbagai



Di samping kerjasama kesenian ini, Projek57 turut menyertai Merdekaverse, satu acara Hari Kebangsaan Metaverse yang unik dan berpaksikan teknologi, dari 25 Ogos hingga 16 September 2022. Acara yang dianjurkan oleh Xanadu Asia ini merupakan platform maya imersif pertama di negara ini yang menggabungkan pelbagai teknologi untuk mencipta satu ‘ruangan digital tampak hidup’

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.projek57.com/ atau lawati laman Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57, laman Twitter di https://twitter.com/projek_57 atau laman Instagram di https://www.instagram.com/projek57/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2022/08/projek57-berganding-bahu-dengan-artis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korupsi Dana Covid 19 Dua Mantan Pejabat Di Samosir Cuma Dihukum Satu Tahun Penjara

Korupsi Dana Covid 19 Dua Mantan Pejabat Di Samosir Cuma Dihukum Satu Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 155 hits
Mantan Sekretaris Daerah Kabupaten Samosir Jabiat Sagala dan mantan Kepala Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah Samosir Mahler Tamba terbukti korupsi anggaran penanggulangan Covid 19 lebih dari Rp944 juta pada Maret 2020
Glc Syarikat Terima Kontrak Kerajaan Dilarang Sumbang Dana Politik

Glc Syarikat Terima Kontrak Kerajaan Dilarang Sumbang Dana Politik

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 155 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihak mendapat lesen atau geran daripada kerajaan tidak boleh menyumbang dana kepada parti politik PETALING JAYA Tidak boleh menerima dana daripada pihak berkaitan kerajaa...
Sri Mulyani Sebut Dana Pen Tak Ada Lagi Di 2023 Masuk Ke Belanja K L

Sri Mulyani Sebut Dana Pen Tak Ada Lagi Di 2023 Masuk Ke Belanja K L

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 192 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menyatakan belanja kementerian lembaga tahun depan akan mencakup kebutuhan pembiayaan pemulihan ekonomi seiring alokasi dana Penanganan COVID 19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional berakhir pada 2022
Dana Pen Dihapus Anggaran Perlindungan Sosial Turun Jadi Rp479 1 T Di 2023

Dana Pen Dihapus Anggaran Perlindungan Sosial Turun Jadi Rp479 1 T Di 2023

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 130 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati menyatakan alokasi untuk perlindungan sosial dalam Rancangan Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara 2023 mencapai Rp479 1 triliun turun 4 7 persen dibandingkan outlook tahun ini yang sebesar Rp502 6 tr...
Ruu Dana Politik Lawan Rasuah Dapat Tender Kerajaan

Ruu Dana Politik Lawan Rasuah Dapat Tender Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 132 hits
RUU Dana Politik lawan rasuah dapat tender kerajaanPosted By on August 19 2022Rang Undang undang Peruntukan Dana Politik yang dicadang akan dibentang di Parlimen pada sesi Oktober oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junai...
Najib Arah Dana Src International Di Pindah Melalui Operasi 3 Individu Termasuk Jho Low

Najib Arah Dana Src International Di Pindah Melalui Operasi 3 Individu Termasuk Jho Low

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 193 hits
PUTRAJAYA Datuk Seri Najib Razak mengarahkan dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan melalui operasi dijalankan tiga individu termasuk ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low Jho Low bersama sama bekas Ketua Setiausaha Sul...
Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

Najib Lafaz Sumpah Laknat Di Masjid Kg Baru Nafi Terbabit Penyelewengan Rm42j Dana Src

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru di sini malam ini menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd Najib dalam sumpah laknat itu mem...
Bri Salurkan Dana Pendidikan Untuk 68 Paskibraka Dan 1 800 Anak Pelaku Usaha Mikro

Bri Salurkan Dana Pendidikan Untuk 68 Paskibraka Dan 1 800 Anak Pelaku Usaha Mikro

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 180 hits
Disamping itu BRI juga menyalurkan bantuan Dana Pendidikan bagi 1 800 Putra i Pelaku Usaha Mikro di Desa BRILian
Warga Ribut Dana Desa Kurang Rp200 Juta Bupati Jayawijaya Turun Tangan

Warga Ribut Dana Desa Kurang Rp200 Juta Bupati Jayawijaya Turun Tangan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 241 hits
Masyarakat di Kampung Yanenggame Distrik Wame Kabupaten Jayawijaya mempertanyakan separuh dana desa tahun 2020 senilai Rp 200 juta dari total Rp 400 juta yang harus diserahkan kepada masyarakat
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation