Projek Sakit Dijangka Meningkat


 
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Nasir, ketika melawat dua projek pembangunan swasta berstatus ‘sakit’. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, “sakit” dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Nasir, berkata Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai mencatatkan sebanyak 110 projek lewat, 435 projek sakit dan 112 projek terbengkalai sehingga 31 Mac lalu.
“Di bawah task force, kita menilai jumlah projek secara bulanan kerana status pertukaran projek berlaku secara dinamik yang mana ada bulan projek berstatus ‘sihat’ bulan depan dia ‘jatuh sakit’ atau berlaku kelewatan.
Ads by Kiosked“Pada masa sama, (menerusi) gambaran yang kami terima dalam mesyuarat yang baru selesai, mungkin ada berlaku peningkatan lagi, tapi saya belum umumkan statistik itu,” katanya kepada pemberita ketika melawat dua projek pembangunan swasta berstatus “sakit”.
Beliau berkata, tumpuan utama task force adalah mengurangkan jumlah projek sakit antara lain dengan turun padang dan membantu mencari penyelesaian bagi memastikan pemaju menunaikan tanggungjawab bagi menyempurnakan projek.
“Ada beberapa aspek yang kita nilai antaranya kemampuan pemaju untuk menyiapkan projek, memahami sekiranya ada masalah dihadapi yang mana pihak Task Force akan bantu cuba mempermudah proses tersebut,” katanya.
Katanya pihak tersebut juga melaksanakan statistik unjuran iaitu jangkaan projek yang akan bermasalah pada masa depan sebagai langkah pencegahan projek bermasalah dan mengambil kira pelbagai cadangan untuk penambahbaikan termasuk meminda Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966) serta pelaksanaan yang diguna pakai bagi kelulusan projek.
Terdahulu, Akmal mengadakan lawatan bagi meninjau status terkini Residensi Hektar Gombak dan Kondominium Mulberi yang berstatus “sakit” disebabkan kelewatan pihak pemaju rentetan daripada kekangan kewangan kesan kenaikan kos bahan binaan susulan PKP.
Beliau berkata, bagi Projek Residensi Gombak sambungan paip pembentungan tidak dapat dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan akibat kekangan teknikal menyebabkan pihak pemaju perlu menaik taraf Loji Rawatan Kumbahan dan pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi merungkaikan masalah tersebut.
Ads by KioskedKatanya, bagi Kondominium Mulberi yang sepatutnya siap pada 2016 pula, pihak pemaju memberi komitmen untuk menyiapkan projek tersebut dan sebahagian besar pembangunan fizikal telah selesai.
“Hanya tinggal beberapa perkara melibatkan beberapa agensi dan kita yakin CCC (Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan) akan diberi dalam tempoh tahun ini juga,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/projek-sakit-dijangka-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
38 Projek Sakit Bawah Kkr

38 Projek Sakit Bawah Kkr

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 336 hits
Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad berkata antara punca projek mengalami kelewatan ialah perintah kawalan pergerakan kekurangan tenaga buruh dan isu lot tanah MACHANG Sebanyak 38 daripada 717 projek bawah seliaan Kementerian K...
Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

Ruu Majlis Media Dijangka Dibentang Di Parlimen Selewatnya Mac 2024 Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 236 hits
RANG Undang Undang Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat lewatnya Mac tahun hadapan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ketika ini kementeriannya sedang dalam fasa terakhir bagi menyiapkan draf...
Pakatan Hadi Dr M Menerusi Proklamasi Orang Melayu Dijangka Hakis Pengaruh Muhyiddin

Pakatan Hadi Dr M Menerusi Proklamasi Orang Melayu Dijangka Hakis Pengaruh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 174 hits
Nora MahparPETALING JAYA Penganalisis berkata jika sebelum ini Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin dilihat gandingan utama dalam politik pro Melayu keadan itu dijangka boleh berubah apabila Hadi mendukung Proklamasi Orang Melayu yang diilhamkan...
Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 191 hits
agendaily com01 06 2023Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional dijangka tidak terhenti dan akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Negeri nanti kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man T...
Member Makan Cuti Sakit

Member Makan Cuti Sakit

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 276 hits
Assalamualaikum 2 Hari ni SA makan sorang sorang kan cadangnya nak bawak bekal bagai kan erm xde maknanya uolls balik kerja dah penat Pak Zain pun jarang masak sebab malam SA jarang makan kalau datang mood nak makan memang akan makan la mac...
Pengalaman Petua Anak Boleh Sembuh Dari Sakit Batuk Asma

Pengalaman Petua Anak Boleh Sembuh Dari Sakit Batuk Asma

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 256 hits
Pengalaman Petua Anak Boleh Sembuh Dari Sakit Batuk AsmaPengalaman Petua Anak Boleh Sembuh Dari Sakit Batuk Asma Anak saya bernama Rey Raphael Kiu sejak dari umur 4 tahun setiap kali ada flu and batuk mesti ada sekali dengan sakit asma Waji...
Gelombang Hijau Berterusan Banyak Dun Dijangka Terlepas Kepada Pas Di Pulau Pinang

Gelombang Hijau Berterusan Banyak Dun Dijangka Terlepas Kepada Pas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 219 hits
GEORGE TOWN Pakatan Harapan perlu mempertimbangkan untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang kepada Umno pada PRN akan datang kata dua penganalisis politik Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata PH bukan ...
Ayah Sakit

Ayah Sakit

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 220 hits
Assalamualaikum Sejak bulan tiga tahun lalu kami diuji ayah sakit Ayah tak boleh makan akan muntah dan termengah mengah bagai tak cukup oksigen Sebelum raya haritu ayah dah teruk kami bertahan je sebab tak mau lah ayah beraya di wad Bila ra...
Penjelasan Kemenkes Penyebab Kasus Rabies Meningkat Di Ntt

Penjelasan Kemenkes Penyebab Kasus Rabies Meningkat Di Ntt

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 292 hits
Data Kemenkes kasus Gigitan Hewan Penular Rabies pada 2020 sebanyak 82 634 dengan 40 kematian Pada 2021 sempat menurun menjadi sebanyak 57 257 dengan 72 kematian Kemudian pada 2022 kembali meningkat sebanyak 104 229 kasus dengan 102 kematia...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gubahan Hantaran Nikah

Pencuri Rumah Imam

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Untuk Jiwa Yang Dikelilingi Racun

Iwan Fals Nak Chord

Pkr Paya Besar Gesa Ksn Benar Penjawat Awam Turun Himpunan Mereka Mahu Abah Kembali Jadi Pm