Gelombang Hijau Berterusan Banyak Dun Dijangka Terlepas Kepada Pas Di Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) perlu mempertimbangkan untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang kepada Umno pada PRN akan datang, kata dua penganalisis politik.
Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia berkata, PH bukan saja perlu mempertimbangkan untuk Umno bertanding di kerusi disandang Bersatu – seperti Sungai Acheh, Telok Bahang dan Bertam – tetapi juga perlu melakukan perkara sama untuk kerusi disandangnya sekarang seperti Sungai Bakap dan Pulau Betong.
PH dan Umno kemudiannya perlu mengumpul sumber bagi mempertahankan kerusi itu kerana ia akan menjadi lebih sukar bagi penyandang dua gabungan itu mempertahankan kerusi mereka akibat fenomena “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).
“Saya nampak gelombang hijau akan berterusan (dalam PRN akan datang). Kesan gelombang hijau akan ada kerana saya tidak nampak ia hilang atau reda,” kata Azmil kepada FMT.
“PH tiada pilihan selain percayakan Umno dengan kerusi Melayu (di Pulau Pinang). Apa pun Umno ada legasi, jenama dan rangkaian akar umbi luas menjangkau setiap bahagian di Tanah Melayu. Perkara sama tidak ada pada Amanah, parti komponen PH di kawasan majoriti Melayu.”
“Gelombang hijau” merujuk sokongan tidak dijangka yang diperolehi PN pada PRU15, apabila mereka memenangi 74 kerusi, dengan PAS menyumbang 43 kerusi dan Bersatu 31 kerusi.
Seorang lagi penganalisis dari USM, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, berkata Umno perlu bersaing dengan PN di kerusi dikuasai Melayu kerana PH “mungkin disingkirkan”, memetik kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada PN pada PRU15.
Beliau berkata, ia tindakan sportif bagi PH menyerahkan beberapa kerusi kepada Umno kerana PH dan Barisan Nasional memutuskan untuk bertanding pada PRN sebagai satu blok.
Fauzi mencadangkan kerusi yang sebelum ini disandang Bersatu seperti Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang diserahkan kepada Umno untuk ditandingi.
“Malah, Seberang Jaya, yang merupakan kerusi campuran majoriti Melayu, perlu dibuka untuk rundingan antara PH dan Umno,” katanya.
Kedua-dua penganalisis itu mengulas kenyataan Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Sabtu lalu bahawa tuntutan bertindih BN dan PH berhubung rundingan di 15 kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang akan diselesaikan tidak lama lagi.
Ketua menteri Pulau Pinang itu dilaporkan berkata, PH akan bertanding di kerusi dimenanginya pada PRN sebelum ini kerana tiada penyandang sanggup melepaskan kerusi mereka.
PH Pulau PInang kini mempunyai 33 kerusi, manakala Umno dua kerusi, iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua.
Baki empat kerusi – Sungai Acheh, Seberang Jaya, Bertam dan Telok Bahang – dikosongkan pada Mac lalu selepas wakil Bersatu dipecat di bawah undang-undang antilompat parti negeri.
Tangani potensi tidak puas hati akar umbi PH
Ditanya bagaimana PH harus meredakan rasa tidak puas hati ahli akar umbi yang bekerja di kawasan berkenaan, Azmil mencadangkan pemimpin PH menunjukkan senario tidak diingini sekiranya PN yang memenangi kerusi Melayu itu.
“PH boleh tanya penyokong mereka: Adakah anda lebih suka PN atau PAS (menguasai kerusi ini) atau anda mahu Umno?
“Saya rasa penyokong PH mungkin memilih Umno. Jadi, jika anda letaknya dalam konteks itu, saya fikir ia akan membuatkan orang ramai (akar umbi PH) sedar sekurang-kurangnya buat masa ini, (mereka) perlu beri tumpuan kepada ancaman ‘gelombang hijau’ dan mereka perlu bekerjasama (dengan Umno).”
Fauzi pula mencadangkan pemimpin PH berunding dengan Umno bagi mendapatkan kerusi dari negeri lain yang akan mengadakan PRN, seperti Negeri Sembilan, sebagai pertukaran untuk kerusi yang mereka serahkan di Pulau Pinang.
“Saya tahu PH akan rasa tidak puas hati mengenai peruntukan kerusi itu, tetapi ia norma dalam demokrasi, terutamanya dalam kerajaan campuran. Kita harus ingat PH jadi rakan kongsi utama dalam kerajaan perpaduan melalui sokongan Umno juga.”
Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dikuasai PH serta Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS – akan mengadakan PRN tahun ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/gelombang-hijau-berterusan-banyak-dun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Buli Di Pulau Pinang Polis Siasat Penglibatan Kongsi Gelap

Kes Buli Di Pulau Pinang Polis Siasat Penglibatan Kongsi Gelap

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 193 hits
Polis akan menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam dua kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Majlis Amanah Rakyat di Balik Pulau Pulau Pinang Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Kh...
Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 294 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau kini tidak lagi bersama dengan Gerakan Tanah Air dan memegang apa apa jawatan dalam gerakan berkenaan Menurutnya keputusan berkenaan dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak ...
Tindakan Tegas Terhadap Pihak Tular Provokasi Isu Laungan Azan Kp Pulau Pinang

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Tular Provokasi Isu Laungan Azan Kp Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 299 hits
Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang terus menularkan dan melakukan provokasi berhubung isu laungan azan menggunakan pembesar suara di kondominium Tri Pinnacle Tanjong Tokong di sini Ketua Polis Pul...
Makan Aiskrim Llaollao Di Design Village Batu Kawan Pulau Pinang

Makan Aiskrim Llaollao Di Design Village Batu Kawan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 190 hits
kedai aiskrim llaollao design Villageada banyak perisa yang korang boleh pilihJalan jalan shopping di Design Village ni waktu tengah panas terik memang satu penyiksaan kering tekak oooo Sekali terpandang kedai aiskrim pulak dalam desgin vil...
Makan Petang Di Gerai Dapur Onna Gerai No 3 Al Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Makan Petang Di Gerai Dapur Onna Gerai No 3 Al Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 336 hits
Gerai Dapur Onnadalam ni ler Gerai Dapur OnnaRasa nak makan nasi kandar melayu di Tapi kiciwa la plak sebab sebab tutup Jadi sebab dah lapar sangat ditambah dengan perasaan kiciwa maka aku cari jer gerai yang dekat area area tu dan terjumpa...
Banyak Projek Di Kedah Perlahan Terjejas Di Bawah Pas

Banyak Projek Di Kedah Perlahan Terjejas Di Bawah Pas

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 170 hits
Beberapa projek pembangunan di negeri Kedah tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan pembangunan projek perlahan dan terjejas dakwa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Zamri Yusuf yang dipetik berkata perkara itu berlak...
Jalan Jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Pulau Pinang

Jalan Jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 203 hits
Jalan jalan Cari Makan Di Cafe 73 Balik Pulau Bila hari cuti mulalah plan nak buat macam macam Tapi dengan cuaca panas rasa macam nak stay dalam bilik buka aircond layan movie Bila tengok peti ais dah tiada stok lauk mentah maka en suami me...
Prn Mampukah Anwar Menangkis Gelombang Hijau

Prn Mampukah Anwar Menangkis Gelombang Hijau

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 206 hits
Lim Hong SiangDari segi strateginya Perdana Menteri Anwar Ibrahim agak tepat untuk memilih isu air ketika menyantuni pengundi Kelantan dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani baru baru ini Sebagaimana yang kita sedia maklum kemiskinan pe...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef