Projek Rundingan Terus Mp Batu Desak Polis Siasat Zuraida
(Malaysia Gazette) – Satu laporan polis dibuat ke atas Zuraida Kamaruddin hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana disyaki wujud unsur salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam projek sisa pepejal menerusi rundingan terus ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (PH)
Ahli Parlimen PKR Batu, P. Prabakaran berkata, satu laporan juga akan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beribupejabat di Putrajaya pada Selasa ini
Katanya, kenyataan Zuraida bahawa kelulusan projek kementeriannya yang dilakukan secara rundingan terus di bawah kerajaan PH menerusi bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah tidak masuk akal dan kurang meyakinkan rakyat
“Pendedahan 101 projek yang diluluskan secara rundingan terus bernilai RM6.6 bilion di bawah kerajaan terdahulu PH, mencetuskan tanda kecuaian pelbagai pihak dalam kerajaan termasuk menteri
“Antara projek rundingan terus yang menjadi topik perbualan awam adalah KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) iaitu projek sisa pepejal di Kepong apabila Zuraida dalam kenyataannya mendakwa pemberian projek secara rundingan terus kepada sebuah syarikat adalah di luar pengetahuannya dan akan menyiasat
“Saya mempertikaikan kenyataan Zuraida kerana bagaimana sebagai seorang menteri bertanggungjawab boleh memberi penjelasan tidak logik bahawa pemberian projek rundingan terus di luar pengetahuan beliau dan ia sangat mengecewakan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pekarangan Balai Polis Daerah Sentul tengahari tadi
Menurut beliau, jawapan tidak bertanggungjawab Zuraida sebagai menteri mencetuskan persoalan bahawa beliau gagal melaksanakan tugsnya dengan adil
Tambah Prabakaran, Zuraida juga memuat naik penjelasan dan maklumat beserta gambar beliau melawat lokasi pelaksanaan projek sisa pepejal selain berjumpa dengan kontraktor projek itu pada tahun 2019 tetapi tidak wajar menafikannya
“Berdasarkan maklumat media pada tahun lalu, projek di Taman Beringin, Jinjang itu dikatakan bernilai RM120 juta tetapi nilainya menjadi RM170 juta selepas melalui rundingan terus dan diberikan kepada sebuah syarikat Bumi Segar Indah dan sub kontraktornya adalah Widad Group
“Maka saya terpanggil untuk membuat laporan polis tengahari ini sebagai mendesak polis menyiasat segera penyelewengan di dalam kelulusan projek itu dan Selasa ini perkara ini akan dirujuk kepada SPRM di Putrajaya kerana kami mengesyaki wujud unsur salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah
“Laporan polis berkenaan dan juga SPRM nanti adalah ke atas Zuraida sebagai menteri bertanggungjawab sepenuhnya dalam projek ini kerana mahu pihak berkuasa siasat mana perginya baki RM50 juta itu secara adil dan bebas tanpa kompromi walaupun kerajaan Perikatan Nasional
“Menteri mungkin menjelaskan dia tidak tahu dan luar pengetahuan mengenai pemberian projek secara rundingan terus atau dia mungkin tidak membuat kerja ataupun orang dia sembunyikan perkara sebenar daripadanya
“Saya tidak pasti, tetapi dia harus bertanggungjawab dalam perkara ini dan ia harus diselongkar oleh polis,” kata Prabakaran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/08/projek-rundingan-terus-mp-batu-desak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus