Projek Menukar Ballast Elektronik


10-Mei-2014, sebuah lagi projek usahasama Tedi dan Master berjaya dilaksanakan.
Kali ini kami menukar ballast sebiji lampu di bilik air. Kali ini kali yang kedua kami menukarnya, tak tahulah kenapa ballast lampu itu suka merosakkan dirinya.

Kami memulakan usaha murni ini dengan menuju ke Bandar Baru Nilai untuk membeli ballast yang bersesuaian. Kiranya kami bertaruh jugalah sebab ballast lampu yang pelik ini sukar didapati dan selalunya kami cari di deretan kedai lampu di bandar Puchong.

Beli ballast. Sampai di sebuah kedai,
"Tauke, ballast lampu ada""Ada."Tauke itu segera meminta anak buahnya membawa ballast yang diperlukan. Ballast itu juga kadangkala disebut choke.

Kemudian anak buahnya datang dan membawa seketul ballast.

Master terkulat-kulat merenung ballast itu kerana ia amat berbeda dengan ballast yang kami cari.
"Tauke, jenis lain tiada?""You mahu jenis mana? Semua ini macam maa... lain brand saja."Ini ballast yang tauke itu serahkan kepada Master, harganya RM 5 (lima ringgit)

Master diam lagi sambil memegang ballast itu dan dipusing-pusingkan.

"Tauke, macam mana mau pasang ballast ni?""You tak tahu pasang ka? Tak sama macam yang dekat rumah you ka?""Tak samalah tauke.. yang saya beli dulu ada 4 wayar keluar.""You guna electronic ballast ka?"
Master terdiam sejenak dan berfikir. Elektronik tu mungkin untuk lampu LED sebab nama penuh dia Light Electronic Diod. Lampu bilik air kami bukan jenis LED.

Dengan yakin Master jawab, "Bukan."Tauke itu seperti detektif Conan, mula nampak tak yakin dengan jawapan Master, kembali bertanya,"Lampu you ada guna starter?""Tak guna starter"Tauke itu nampak masih tak yakin lalu membuka laci mejanya dan mengambil satu objek lalu ditunjukkan kepada Master.

Inilah starter bukan elektronik yang biasa digunakan pada lampu kalimantang."Lampu you tak guna benda ini? Ini starter""Tak guna.""Owh, kalau macam tu... you guna electronic starter la...", sambil berlalu meninggalkan kami berdua.Kemudian tauke itu datang sambil membawa satu objek sebelum menyerahkannya kepada Master.

"Inikan ballast you guna?""Ha'ah, inilah dia."Itu dialog yang berlaku di kedai itu.

Nasib baik Master bertanya lebih lanjut, jika tidak tentunya kena datang semula ke kedai itu. Kami beli ballast itu dengan harga RM 11 (sebelas ringgit Malaysia) sahaja ketika label harganya RM 13 (tiga belas ringgit).

Rupa-rupanya ada pula ballast yang guna starter dan ballast elektronik yang tak perlukan starter, barulah kami tahu.
Inilah rupa ballast elektronik yang kami beli.
Kemudian Master ajak Tedi pergi  makan tengahari di Restoran Chonburri yang terletak berdekatan, sebenarnya nak pergi makan di kedai makan sebelah Hostel USIM tu, tapi jalan baru tar, maka tak bolehlah nak lalu.

Operasi menukar ballast bermula...
Tak tahulah apa nama wayar yang di sebelah kiri tu, Master gelar "connector" sebab ia yang akan sambung ke lampu. Ada 4 wayar yang perlu dicucuk, Master tak ikut kekutuban pun cuma disusun 2 wayar yang sekumpulan dipasang sebelah menyebelah. Wayar yang sebelah kanan tu straight forward je kot.
Ini gambar setelah ballast disambung ke tiub lampu. Terpaksa cari dalam internet apa kod warna untuk wayar hidup (live) dengan neutral. Wayar hitam itu wayar hidup, kuning itu neutral, dan hijau itu wayar bumi (earth). Wayar bumi tak disambung pun dengan wayar mentol, sebaliknya disambung sama sendiri. Gamaknya pasang lampu tak perlukan wayar bumi?
Tada... lampu dah menyala! Maka Tedi bolehlah berkaraoke dalam bilik air ni tanpa perlu gusar akan kegelapan malam.
13 Mei 2014 * choke lampu elektronik .. cara pasang electronic ballast *

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2014/05/projek-menukar-ballast-elektronik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lanjutan 6 Bulan Lagi Bagi Projek Sistem Transit Rapid Rts Johor Bahru Singapura

Lanjutan 6 Bulan Lagi Bagi Projek Sistem Transit Rapid Rts Johor Bahru Singapura

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 268 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Projek Diy Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri

Projek Diy Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 453 hits
Projek DIY Seronok Buat Meja Kopi Style Jepun Sendiri Daku adalah seorang yang sukakan konsep simple minimalis dan scandinavian dalam menatarias kediaman Nak kata mahir tu tidaklah tetapi memang ada minat untuk deko rumah sendiri ke arah tu...
Rm624 Ribu T Ganu Bantu Rakyat Kembangkan Projek Pertanian

Rm624 Ribu T Ganu Bantu Rakyat Kembangkan Projek Pertanian

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 321 hits
Seramai 188 penerima bantuan terdiri dari daerah Marang dan Kuala Terengganu KUALA TERENGGANU 6 November Skim Bantuan Modal Tani yang berjumlah RM2 46 juta terus berfungsi menyelesaikan masalah rakyat yang menghadapi kekangan kewangan untuk...
Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 305 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Projek Sistem Transit Rapid Lanjutan 6 Bulan Lagi Untuk Teliti Semula Perjanjian

Projek Sistem Transit Rapid Lanjutan 6 Bulan Lagi Untuk Teliti Semula Perjanjian

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 207 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Project Silica Ialah Projek Bukti Konsep Storan Menggunakan Gelas Oleh Microsoft

Project Silica Ialah Projek Bukti Konsep Storan Menggunakan Gelas Oleh Microsoft

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 205 hits
Daripada storan menggunakan pita magnetik kepada cakera magnetik sehinggalah kepada storan flash teknologi storan boleh boleh dikatakan diantara teknologi teknologi yang berkembang paling pesat didalam jangkamasa beberapa dekad yang lalu Te...
Penggunaan Peranti Elektronik Di Sekolah Dihadkan Di China

Penggunaan Peranti Elektronik Di Sekolah Dihadkan Di China

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 431 hits
Penggunaan peranti elektronik di sekolah dihadkan di China Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Nov 2019 11 50PM
Hartono Hadirkan Toko Ritel Elektronik Digital Lewat Aplikasi My Hartono

Hartono Hadirkan Toko Ritel Elektronik Digital Lewat Aplikasi My Hartono

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 187 hits
Hartono ekspansi ke pasar Jakarta dengan mendirikan Hartono Super Store di kawasan Pondok Indah Ini adalah outlet pertamanya di Jakarta dan ke 8 di Pulau Jawa setelah Surabaya Sidoarjo dan Malang Peresmian Hartono Super Store di Pondok Inda...
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anthony Udit Rindang Chord

Toca Madera By Davisink Where Superstition Style And Sensory Dining Collide

Captured Wildlife To Be Tagged Before Relocation Says Perhilitan

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Exaggerated Flooding Concerns At Koi Prima Can Affect Property Value Integrity Of Jmb

Anggota Fru Kemalangan