Projek Infaq Makanan Dari Dapur Lapowey
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik sikit lagi kita dah hampir dengan bulan Ramadhan kan. Masa tu lah kita diuji dengan macam macam ujian, pastu terfikir pulak kat golongan yang kurang berkemampuan nak makan untuk berbuka puasa
Mujur lah LapoWey ada buat Progam Infaq Makanan di bulan Ramadhan tau. Jadi kalau ada mana mana individu atau syarikat yang berminat nak sumbangkan makanan pada golongan asnaf untuk berbuka puasa, boleh lah hubungi pihak LapoWey. Bukan setakat boleh sumbang pada golongan asnaf je tau. Pihak LapoWey juga boleh hantarkan sumbangan itu pada rumah kebajikan orang tua atau kurang upaya, rumah anak anak yatim, dan surau / masjid di sekitar kawasan Lembah Klang. Eh, tak lupa juga pada frontliner yang dah banyak berkhidmat untuk kita
Pihak penderma cuma perlu membuat pesanan kepada Lapo Wey mengikut 6 menu pilihan yang tersedia khas untuk infaq mengikut kuantiti yang diperlukan. Paling minima kena ada 100 pax tau. Tapi jangan risau kalau tempat yang nak diinfaq tu kurang dari 100 pax, pihak Lapo Wey akan agihkan pada 2 hari.
Pihak Lapo Wey akan masak dan membuat penghantaran secara PERCUMA ke destinasi yang pihak penderma pilih. Kalau penderma taktau nak derma ke mana, pihak Lapo Wey akan hantar secara rawak disekitar Lembah Klang. Andai kata pihak penderma nak hantar di luar kawasan Lembah Klang, boleh jugak cuma akan ada caj penghantaran. Yang itu pihak penderma kena deal dengan Lapo Wey
Selesai je membuat penghantaran, pihak Lapo Wey akan update pada penderma. Kemudian Lapo Wey akan upload gambar di media sosial tanpa mendedahkan siapa penderma makanan tersebut sebagai tujuan menunjukkan bukti pada penderma bahawa infaq makanan sudah selesai disampaikan
Setiap set makanan akan dapat kurma dan air mineral tau. Harga untuk menu ni serendah RM8 tau. Harganya sangat berpatutan dengan portion yang disediakan. Memang kenyang la wey.
FD dapat testing set B dan F; Ayam Percik Merecik dan Ikan Masam Manis.
Set Nasi Putih lauk Ikan Masam Manis ni memang dah paut hati FD lah. Sebab sedap sangat! FD jarang tau suka makan ikan tapi yang ni the best! Sos dibungkus berasingan dengan lauk. So, takde la tepung ikan tu jadi kembang bila sekalikan dengan sos tu lama lama sebelum sampai kat tangan kite.
Yang ini set Nasi Putih bersama Ayam Percik Merecik. Bau lauk tu ya Allah, sedap sangat tau. Lauk ni style Kelantan sebab kalau ayam percik kat lain tu warna pun nampak lain. Biasa FD beli jenis yang ada batang macam lidi tu. Padu weh rasa ayam percik ni. Duk teringat ingat
Semua menu ni sangat sesuai untuk yang jaga kesihatan dan pemakanan sebab ianya berkhasiat. Sebab apa FD kata berkhasiat? Semuanya dimasak oleh cef yang sediakan makanan di hospital. Korang faham sendiri la kalau makanan hospital, kan? Tapi yang ni sedap lagi lah.
Sebarang pertanyaan mengenai Program Infaq Ramadhan LapoWey, sila hubungi nombor yang tertera dibawah;
Call/Wasap:http://www.wasap.my/60126098484/infaq (Za’ba)http://www.wasap.my/60176762067/infaq (Fahmi)http://www.wasap.my/60198834745/infaq (Mala)http://www.wasap.my/60172996004/infaq (Irwan)Office: 03-77341278
Website: https://www.lapowey.com/v1/Facebook: https://facebook.com/Lapo-Wey-100701465433579/Instagram: https://instagram.com/lapo_wey
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2021/03/projek-infaq-makanan-dari-dapur-lapowey.html