Projek Impak Tinggi Kampung Tersusun Keutamaan Kerajaan Di Kedah


 



Projek berimpak tinggi yang boleh menjana peluang pekerjaan dan projek kampung tersusun bagi membasmi kemiskinan tegar merupakan tumpuan utama Kerajaan Persekutuan di Kedah.





Hal itu diutarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah semalam





Katanya, projek untuk memajukan rakyat sentiasa menjadi perhatian bagi mengelakkan rakyat Kedah ketinggalan berbanding negeri lain.





"Seperti kelaziman taklimat pembangunan di negeri-negeri, saya hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan cadangan pembangunan daripada Kerajaan Kedah, terutama bagi menyelaras keutamaan antara Persekutuan dan negeri.





"Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan, merangkumi aspek keterjaminan makanan, infrastruktur asas, pembangunan kawasan, pelancongan dan pendidikan.





"Keutamaan saya pastinya mengenai miskin tegar. Dalam taklimat, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 2,500 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Kedah.





"Saya arahkan agensi Persekutuan untuk segera menyelaras tindakan bersama Kerajaan Negeri dengan sasaran membasmi miskin di Kedah dalam tempoh dua bulan," katanya.

Dalam taklimat berkenaan Menteri Besar Kedah juga maklumkan inisiatif kampung tersusun oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan termiskin di negeri itu.





"Saya minta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan perbincangan lanjut dan menjadikan projek ini sebagai keutamaan.





"Saya tekankan kepada Kerajaan Negeri dan kementerian untuk melihat projek-projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kedah keseluruhannya.





"Saya turut maklumkan ramai pelabur yang berminat untuk melabur di Kulim serta beberapa negeri lain, namun menuntut negara menyediakan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang mencukupi," katanya.







PM sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah





Dalam pada itu, PM turut meminta Timbalan Perdana Menteri untuk melihat isu bagaimana meningkatkan penghasilan pelajar-pelajar TVET bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.





Kementerian Kerja Raya juga, katanya, diminta melihat semula keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek infrastruktur mengikut kesesuaian permohonan diperingkat negeri.





"Saya juga bersetuju supaya sebahagian daripada keluasan kawasan yang diwartakan sebagai tanaman padi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada potensi pembangunan industri, komersial dan perumahan dilaksana di Kedah, sekali gus melonjakkam hasil negeri," katanya.





PM juga mengarahkan semua kementerian dan agensi perlu beri perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di Kedah, bagi memastikan rakyat negeri ini terutama di luar bandar dapat menikmati manfaat jangka panjang.





Turut bersama dalam Taklimat Pembangunan Negeri Kedah ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan barisan Exco negeri Kedah.

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/saya-ikhlas-bukan-berlakon-bila-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kroni Mb Sanusi Tapau Projek Maktab Mahmud Kedah Tendang Guru Sana Sini

Kroni Mb Sanusi Tapau Projek Maktab Mahmud Kedah Tendang Guru Sana Sini

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 176 hits
Kecoh Beberapa Hari Lalu Di Maktab Mahmud Di Seluruh Negeri Kedah Ada Beberapa Orang Kroni didalam Lembaga maktab Mahmud Mempunyai Kuasa Besar Hinggakan Dapat Control Para Guru Sesuka Hati dan Pindahkan Para Guru Sesuka Hati Setelah Pergadu...
Ubah Tajuk Skit Masa Jadi Kerajaan Pakat Makan Gaji Buta

Ubah Tajuk Skit Masa Jadi Kerajaan Pakat Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 251 hits
Tajuk kena tukar adjust lain sikit Sham Ghaz Terengganu Baru Tolak Akta Wilayah Laut Haritu masa memerintah 33 bulan Perikatan Nasional tebuk atap semua 18 MP Pas makan gaji buta tak pinda dan ubahsuai akta ni Termasuk MP Marang Kami yg dul...
Kerajaan Pahang Rancang Wujudkan Zon Perindustrian Di Kesemua Sebelas Daerah Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Rancang Wujudkan Zon Perindustrian Di Kesemua Sebelas Daerah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 235 hits
BERA Kerajaan Pahang merancang untuk mewujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembang...
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 497 hits
Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024 Melalui Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kerajaan umum kenaikan gaji penjawat awam atau struktur gaji baharu penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja yang disambut 1 Mei 2024 ini PM ...
Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

Kerajaan Pahang Salur Peruntukan Rm1 2 Juta Untuk Program Celik Al Quran Oku Penglihatan

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1 2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Program Celik al Quran Braille untuk golongan orang kurang upaya penglihatan beragama Islam Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Pemb...
Dakwaan Kerajaan Akan Keluarkan Lesen Operasi Kasino Di Forest City Johor Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kerajaan Akan Keluarkan Lesen Operasi Kasino Di Forest City Johor Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 190 hits
SEBENARNYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City Johor Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Where Were You When

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif