Projek Baju Raya Bawa Kegembiraan


 
Sukarelawan Projek Baju Raya memilih dan menyusun beribu-ribu pakaian terpakai yang disumbangkan orang ramai sebelum ia diedarkan kepada mereka yang memerlukan.KUALA LUMPUR: Setiap tahun sekumpulan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang bersatu untuk satu misi istimewa: Memastikan semua orang dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan bergaya.
Khairunnisa Roslan.Pada 23 Mac lalu, seramai 250 sukarelawan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan untuk Projek Baju Raya, satu inisiatif yang mengumpul dan mengagihkan ribuan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu kepada anak yatim dan ibu tunggal.
Khairunnisa Roslan menyertai program ini sejak empat tahun lalu dan ia kini umpama menjadi tradisi tahunan baginya.
“Ini adalah salah satu cara kami memberi kembali kepada mereka yang memerlukan. Sebelum ini, saya selalu memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai. Sekarang, saya menyumbang melalui usaha saya,” katanya kepada FMT.
Seperti sukarelawan lain, Khairunnisa tiba di masjid pada 7.45 pagi, seharian memeriksa kualiti pakaian, mengaturkannya mengikut kategori dan saiz tertentu, dan melipat serta memasukkannya ke dalam beg plastik untuk disumbangkan.
Zuraidah Zaharuddin.Kira-kira jam 10 pagi, barisan kereta penyumbang yang panjang mula memasuki masjid dan sukarelawan mengambil pakaian terpakai secara terus dari kenderaan untuk mengurangkan kesesakan.
Seorang lagi sukarelawan, Zuraidah Zaharuddin, 36, berkata penting bagi semua rakyat Malaysia dapat menyambut Hari Raya dengan gembira, tanpa mengira latar belakang mereka.
“Saya berharap mereka yang menerima pakaian ini akan gembira seperti kami yang mengumpul dan menyusun pakaian,” katanya.
Menjelang tengah hari, sukarelawan mula memasukkan beg yang berisi pakaian dalam kenderaan mereka sebelum diedarkan ke 15 rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur.
Arsyad Abdul Aziz.Tiada yang membuatkan Arsyad Abdul Aziz lebih gembira daripada mengetahui bahawa orang kurang bernasib baik akan dapat mendapat manfaat dari usahanya.
“Walaupun pakaian ini bukanlah baru, ia masih cantik dan dalam keadaan baik. Saya gembira orang dapat menggunakannya,” katanya.
Baju lama, kehidupan baru
Tanpa penat lelah penganjur program Adib Khalid dan Aida Sue selama 12 tahun, Projek Baju Raya tidak akan mencapai kejayaannya.
Adib, seorang ejen insurans, berkata beliau mengabdikan semua masanya semasa Ramadan untuk mengatur inisiatif itu, didorong oleh semangat untuk menggembirakan orang yang kurang bernasib baik.
Adib Khalid.Beliau berkata walaupun bekerja berjam-jam memproses 5,000 hingga 7,000 helai pakaian setiap tahun, sukarelawan berasa puas melihat usaha itu sangat dihargai penerima.
Hari Raya yang diingati
Haziq Hakimi, 15, seorang anak yatim dari Rumah Titian Kaseh yang menerima satu set baju Melayu berkata, apa yang menggembirakannya adalah melihat rumah itu meriah dengan warna-warni yang ceria, apabila kanak-kanak memakai pakaian baru mereka.
“Saya rasa gembira kerana ada yang memberi kami pakaian untuk Hari Raya kerana kami tidak mampu untuk membelinya,” katanya.
PlaySeorang lagi anak yatim, Puteri Nurul Fateen Najiha, 17, berkata dia bersyukur dapat menyambut Hari Raya tahun ini dengan pakaian baru.
“Saya suka baju kurung dengan corak batik dan saya menerima beberapa helai baju seperti ini. Saya harap inisiatif ini akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Penjaga rumah anak yatim, Haslinda Dol Hamid berkata inisiatif itu sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan mereka.
“Apabila ada sumbangan pakaian seperti ini, barulah anak-anak kami dapat menyambut Hari Raya dengan meriah dan gembira,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/projek-baju-raya-bawa-kegembiraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairul Aming Buat Kejutan Beri Bonus Bawa 100 Orang Staf Beli Baju Raya

Khairul Aming Buat Kejutan Beri Bonus Bawa 100 Orang Staf Beli Baju Raya

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 296 hits
Semalam Khairul Aming telah meraikan 100 orang pekerjanya dengan membawa mereka membeli baju raya Jadi semalam kita tutup kedua dua kilang sambal dan dendeng nyet sebab kita nak raikan kesemua staf kita untuk persediaan hari raya nanti Maca...
Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

Nak Bawa Anak Travel Waktu Raya Jangan Lupa Ubat Ubatan Ni Dalam Beg Ibu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 186 hits
Bila punya anak kecil usah dilupakan ubat ubatan setiap kali hendak bercuti Musim cuti sekolah dan musim perayaan ini apa kata ibu ayah semak dahulu barang keperluan dan ubat ubatan wajib ada dalam beg sebelum travel Ini penting sebagai per...
Persiapan Raya 2024 Baju Raya

Persiapan Raya 2024 Baju Raya

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 184 hits
Perasan tak bulan Ramadan kali ni terlalu cepat berlalu Rasa macam baru je puasa Tiba tiba eh dah nak nak raya Macam biasa persiapan berdua ni sekadaran je Seperti tahun sudah beli baju raya secara online je lah Malas nak bersesak dengan ra...
Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Baju Sedondon Raya

Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Baju Sedondon Raya

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 348 hits
Ini Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Baju Sedondon Raya Dok tengok baju raya dan gambar raya orang Fuhh Bukan main syok lagi Tapi dalam masa sama Ai is jeles juga la sebab kami tak sempat betul nak ambil gambar sedondon sekeluarga banyak banya...
Hiburan Alhamdulillah Ringankan Beban Golongan Kurang Mampu Netizen Bersyukur Mydin Tawar Baju Raya Serendah Rm5

Hiburan Alhamdulillah Ringankan Beban Golongan Kurang Mampu Netizen Bersyukur Mydin Tawar Baju Raya Serendah Rm5

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 210 hits
Boleh dikatakan sejak tahun lalu ramai pembeli sering mengadu harga baju raya semakin hari semakin meningkat hinggakan sampai ke satu tahap boleh mencecah harga tak masuk dek akal Mydin jual baju raya RM5 Namun begitu melalui platform TikTo...
Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

Setiap Tahun Viral Korang Beli Juga Kenapa Beli Baju Raya Jenama Popular Rm400 Wanita Sedih Dapat Kualiti Teruk

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 203 hits
Bagaikan sudah menjadi KPI setiap tahun satu jenama tempatan terkenal yang menjual baju raya tular selepas seorang pembeli memuat naik baju yang dibelinya daripada jenama tersebut nbsp var currentUrlTwo window location hostname window locat...
Madammu Belanja 1000 Pasang Baju Raya Baru Tersentuh Hati Ramai Tak Mampu Beli

Madammu Belanja 1000 Pasang Baju Raya Baru Tersentuh Hati Ramai Tak Mampu Beli

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 321 hits
Usahawan berjaya Madammu atau Eriyca Baiduri terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dikala semua orang sedang hangat membuat persiapan raya Menyedari pelbagai rungutan tidak dapat menyediakan kelengkapan raya Madammu tampil deng...
Viral Ramai Puji Keprihatinan Mydin Jual Baju Melayu Rm5 Je Macam Ni Baru Happening Raya

Viral Ramai Puji Keprihatinan Mydin Jual Baju Melayu Rm5 Je Macam Ni Baru Happening Raya

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 216 hits
Baru baru ni viral di media sosial MYDIN menjual baju Melayu pada harga RM5 sahaja Bayangkan ketika jenama jenama mewah mula naikkan harga pada angka tak masuk akal MYDIN memahami keadaan ekonomi masyarakat Malaysia yang mana tak semua mamp...
Remy Ishak Kongsi Momen Jalan Jalan Beli Baju Raya Comel Keletah Tuah Goyang Goyang Kaki

Remy Ishak Kongsi Momen Jalan Jalan Beli Baju Raya Comel Keletah Tuah Goyang Goyang Kaki

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 306 hits
gembira kongsi momen jalan jalan beli baju raya bersama anak dan isteri Bagaimanapun keletah tuah lebih mencuri perhatian warga maya Remy Ishak Kongsi Momen Jalan jalan Beli Baju Raya Pelakon Remy Ishak menerusi video yang dimuatnaik di Ins...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life