Program Tv Alhijrah Bersama Jhev Sempena Kempen Tabung Pahlawan 2020


TV AlHijrah bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) berganding bahu mengumpul dana membantu veteran ATM terutamanya mereka yang berada dalam kategori kurang berkemampuan, veteran kurang upaya (VKU) serta balu dan anak-anak Veteran ATM


Majlis pelancaran program rakan strategik yang diadakan secara langsung di dalam program bual bicara Assalamualaikum di TV AlHijrah pada hari ini disertai oleh empat barisan kepimpinan negara iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Haji Affandi Buang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan misi mengumpul dana Kempen Tabung Pahlawan ini berjaya mencapai sasarannya

“Sebagai stesen televisyen Islam utama negara, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bukan saja membantu mewujudkan kesedaran dan menyampaikan berita terkini yang tepat pada masanya, malahan menguar-uarkan usaha pihak kerajaan yang memanfaatkan ummah. Mengumpul dana bagi Kempen Tabung Pahlawan ini adalah salah satu di antaranya.”
“Kami berbesar hati menjadi rakan media yang membantu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) mengumpul dana bagi membantu veteran ATM yang memerlukan. Justeru, kami pastikan kempen yang dilaksanakan di TV AlHijrah ini bersifat holistik dan bersifat 360 darjah”

“Kami akan menggunakan semua platform yang dimiliki TV AlHijrah samada di kaca televisyen mahupun di platform digital bagi mencapai demografi sosial yang lebih luas serta merayu untuk bantuan ini.”

“Pada 10 Julai 2020 yang lalu, pihak kami telah memetrai perjanjian persefahaman bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang ditandatangani oleh Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad sendiri. Bermula saat itu, gerak kerja profesional telah diatur dan dirancang dalam memastikan pihak kami memberikan seratus peratus komitmen yang diperlukan untuk menjayakan kempen ini.”
Namanzee Harris berkata, kempen ini secara rasmi akan dijalankan TV AlHijrah bermula hari ini sehingga penghujung bulan September 2020. Ini adalah antara kempen yang kami rencanakan bagi sambutan Hari Kebangsaan selain daripada barisan rancangan-rancangan istimewa di televisyen seperti rancangan MY #QuranTime, rancangan animasi menerusi slot Anifest, Berita AlHijrah dan banyak lagi

“Kami akan tayangkan dua kapsul istimewa yang dihasilkan oleh penerbit dalaman TV AlHijrah dalam usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa keamanan yang kita kecapi pada waktu ini merupakan hasil pengorbanan tidak bertepi pasukan keselamatan negara, khusunya Angkatan Tentera Malaysia. Kapsul patriotik yang dilakonkan oleh selebriti terkenal Malaysia seperti Dato’ Jalaluddin Hassan dan Emelda Rosmila akan sentiasa ditayangkan terutamanya pada waktu puncak.”

"Saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang prihatin supaya terus menonton TV AlHijrah bagi mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa tentang pencapaian kempen ini dan dapat menghulur sumbangan ikhlas sebagai tanda terima kasih atas hadiah keamanan dan keselamatan yang kita nikmati pada masa ini.”
Katanya, setiap sumbangan sama ada besar atau kecil adalah amat bermakna dan akan disalurkan kepada pihak JHEV. Penonton boleh melayari laman sesawang rasmi iaitu http://tabungpahlawan.jhev.gov.my bagi mendapatkan butiran langkap tatacara melakukan transaksi sumbangan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2020/08/program-tv-alhijrah-bersama-jhev.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5858 Aktiviti Sesi Rakaman Bual Bicara Program Transparensi Ppim 23 08 2020

5858 Aktiviti Sesi Rakaman Bual Bicara Program Transparensi Ppim 23 08 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 448 hits
Sesi rakaman Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama SWA TV bagi program bual bicara Transparensi yang bertajuk Premis Judi Haram
Hilo School Gelar Program Hilo School Learn Play 2020 Biar Anak Anak Nggak Bosan Selama Sekolah Online

Hilo School Gelar Program Hilo School Learn Play 2020 Biar Anak Anak Nggak Bosan Selama Sekolah Online

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 703 hits
Lewat program ini anak anak usia sekolah dasar seluruh Indonesia diajak belajar dengan metode bermain yang interaktif dan menyenangkan
Nestl Omega Plus Walk A Million Miles Sempena World Heart Month 2020

Nestl Omega Plus Walk A Million Miles Sempena World Heart Month 2020

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 619 hits
Nestl Omega Plus Walk A Million Miles Sempena World Heart Month 2020 Assalammualaikum semua Acara tahunan dari Nestl Omega Plus kini kembali lagi Tahun ini juga Ruby menyertainya Dah daftar dan sedang melaksanakan tugasan Nestl Omega Plus W...
Allianz Indonesia Berikan Literasi Keuangan Untuk Masyarakat Lewat Rangkaian Program Global Money Week 2020

Allianz Indonesia Berikan Literasi Keuangan Untuk Masyarakat Lewat Rangkaian Program Global Money Week 2020

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 467 hits
Allianz Indonesia ingin tegaskan bahwa literasi keuangan bukan cuma bisa selamatkan diri hari ini tapi juga mimpi di kemudian hari
Perkongsian Inspirasi Guru Persada Global Sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Terima Kasih Ppd Daro

Perkongsian Inspirasi Guru Persada Global Sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Terima Kasih Ppd Daro

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 428 hits
Jutaan terima kasih buat PPD Daro atas jemputan perkongsian inspirasi guru persada global sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah Mengambil tema Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu pemilihan topik bagi wacana ilmu ketiga mereka ...
40 Startup Terpilih Sertai Gap 2020 Program Berlangsung Secara Maya

40 Startup Terpilih Sertai Gap 2020 Program Berlangsung Secara Maya

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 302 hits
Malaysian Global Innovation Creativity Centre secara rasminya telah melancarkan program Global Accelerator Programme untuk kumpulan ke empat hari ini Program ini diadakan bertujuan membantu meningkatkan kebolehupayaan para syarikat startup ...
10 Startup Terbaik Program Sap 2020 Diumumkan

10 Startup Terbaik Program Sap 2020 Diumumkan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 327 hits
Majlis Teknologi Maklumat dan E Dagang Selangor kini telah mengumumkan senarai 10 startup terbaik bagi program Selangor Accelerator Program Tahun ini menyaksikan seramai 27 peserta startup bersaing memberikan persembahan produk terbaik keti...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza