Program Tahsin Imam
Assalamualaikum sahabat 🤗
Sekali mama tengok Muhammad Hazim Dahin dah macam anak cina pon ada. Tapi ni anak kandung ni bukan anak cina 😂
Pagi ni terpanggil untuk kak nad story program tahsin imam yang nad pernah join tahun lepas.
Apa tu program tahsin imam? Tahsin tu satu program kita perbaiki setiap perbuatan untuk menjadi seorang imam serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan hafazan ayat-ayat al-Quran para imam.
Kak nad terpanggil untuk program ni selama 2 hari. Tapi, dalam hafazan kak nad terlepas untuk ayat dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 manakala untuk hafazan ayat 284-285 kak nad lepas sebab kak nad ni ada masa banyak main dalam kelas .😂
Allah SWT berfirman:
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖ ۚ وَاعْفُ عَنَّا ۗ وَاغْفِرْ لَنَا ۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰٮنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
Maksudnya :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 286)
ALHAMDULILLAH
Selepas habis program kak nad terpanggil untuk menjadi imam bagi Solat Zohor untuk jemaah yang join program ni seramai 40 orang macam tu.
Ya Allah, besarnya kuasa Allah bila kak nad terpanggil untuk menjadi imam bagi jemaah program kak nad join tu. Kak nad rasa macam tak layak untuk menjadi imam bila terkenang dosa-dosa yang lalu . Kak nad diberi kesempatan menjadi seorang imam dalam suatu masa tu .
Kak nad ni memang tisu, selepas siap berdoa kak nad mula menangis .😑
Sebab kak nad mungkin tak ada peluang untuk menjadi imam bagi kawan-kawan tapi kak nad boleh jadi imam untuk anak-anak perempuan kak nad .☺
Kak nad nak pergi buat sarapan pulak. Berceloteh sampai dah pukul 8am. Nanti sambung cerita lagi kalau tak sibuk. 😚
https://web.facebook.com/nornadiahabdolkarim88
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/MissNadyaPunyerBlog/~3/K0eZaTbo0fg/program-tahsin-imam.html