Program Subsidi Petrol Hanya Untuk Yang Berhak


KUALA LUMPUR — Pada awal Oktober lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberikan analogi menarik mengenai Program Subsidi Petrol (PSP) yang diharap dapat menyakinkan orang ramai mengapa ia amat perlu dilaksanakan.
Ketika menulis untuk sebuah akhbar tempatan, beliau membuat pembandingan penggunaan petrol antara kereta berkapasiti tangki minyak 30 liter dengan 70 liter.
Ia berpandukan harga petrol RON95 yang sepatutnya sekitar RM2.38 seliter berbanding harga runcit bersubsidi sekitar RM2.08, semasa komentar tersebut disiarkan.
Ini bermakna, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter RON95.
Menurut Saifuddin, kenderaan berkapasiti tangki minyak 30 liter memerlukan sebanyak RM62.04 setiap kali diisi penuh, antaranya untuk pergi balik kerja, jalan-jalan hujung minggu. Ini bererti, golongan B40 yang kebiasaannya memiliki kereta jenis begini membelanjakan sekitar RM249.60 sebulan untuk RON95.
Berdasarkan konsep pemberian subsidi 30 sen setiap liter, situasi itu jelas menunjukkan kerajaan membayar sebanyak RM36 sebulan untuk penggunaan petrol RON95 yang berjumlah RM249.60 bagi golongan berpendapatan rendah ini.
“Bayangkan pula senario kedua. Tangki sebuah kereta mewah biasanya paling kurang 70 liter. Setiap kali diisi penuh, orang kaya ini berbelanja sekitar RM145.60. Kita gunakan formula sama iaitu orang kaya isi empat kali seminggu.
“Orang kaya ini menggunakan 280 liter sebulan atau RM582.40 sebulan. Bermakna orang kaya ini menggunakan subsidi RON95 daripada kerajaan sebanyak RM84,” katanya dalam penulisan tersebut.
Perbezaan sangat ketara di mana rakyat B40 menggunakan subsidi RON95 dengan kos RM36 sebulan manakala orang kaya memperolehi subsidi lebih dua kali ganda pada kadar RM84. Itu baru untuk sebuah kereta, memandangkan kebiasaannya orang kaya memiliki lebih daripada satu kenderaan.
Justeru, persoalannya ialah siapakah sebenarnya yang lebih banyak menikmati subsidi petrol ini, sedangkan tujuan ia diperkenalkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah?
DILEMA KERAJAAN “Adakala saya pun pun hairan mengapa ada segelintir orang kaya berkereta besar turut menggunakan RON95. Bukankah subsidi minyak itu untuk orang berpendapatan kecil seperti saya.
“Rasa terkilanlah juga kerana saya pun bukannya selalu memandu kereta. Saya pergi kerja naik bas. Jadi, tidaklah berasa sangat pemberian subsidi tu,” kata Johari Salleh, 41, kepada Bernama ketika ditanya mengenai kewajaran golongan tidak sepatutnya menikmati subsidi petrol daripada kerajaan.
Beliau yang tinggal di Perumahan Awam Desa Rejang dan bekerja di sebuah hotel di Lembah Klang sebagai pengemas bilik memiliki sebuah kenderaan Proton Saga Aeroback. Namun, dia cenderung menggunakan pengangkutan awam kerana lebih menjimatkan selain tidak perlu rungsing dengan kos bayaran tempat letak kereta.
Sememangnya, isu kemudahan subsidi bahan api tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan sasar adalah masalah besar yang dihadapi kerajaan sejak sekian lama.
Malah ia turut mendapat perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendirian bahawa golongan berpendapatan tinggi tidak sepatutnya menikmati subsidi petrol berkenaan.
“Kita tidak boleh bagi subsidi kepada orang kaya dan kita lihat subsidi lama yang guna kereta mewah seperti Rolls-Royce pun dapat subsidi,” kata Dr Mahathir dalam satu laporan media.
Dalam menangani isu ini, kerajaan berpandangan langkah wajar perlu dilaksanakan bagi memastikan subsidi bahan api sewajarnya hanya dinikmati golongan memerlukan dan kerana itulah PSP diperkenalkan bagi menjamin hak individu yang layak selain mengelak kemudahan tersebut daripada terus disalah guna.
BANTU B40 DAN M40 PSP bersasar merupakan sebahagian daripada janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 bagi membiayai sebahagian kos penggunaan petrol mereka.
Dengan perlaksanaan PSP, harga runcit RON95 dan diesel akan diapungkan secara berperingkat-peringkat supaya tidak memberi kesan yang mendadak kepada harga barang keperluan.
Ini bermakna subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati semua orang pada masa ini tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar rakyat Malaysia yang layak sahaja.
Kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi PSP bersasar yang akan memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pemilik kenderaan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan.
Kategori pertama ialah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal.
Subsidi ini akan diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan di mana pembayaran pertama akan dibuat pada April 2020 bagi tempoh Januari hingga April 2020.
Manakala kategori kedua, bagi semua pemandu lain yang layak dan bukan penerima BSH, mereka akan menerima Kad95 yang membolehkan mereka menikmati subsidi petrol 30 sen per liter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter sebulan bagi motosikal.
Kad95 ini akan dilaksana secara berperingkat pada suku pertama 2020.
LANGKAH TEPAT Sementara itu, Geostrategis Azmi Hassan berpendapat langkah kerajaan memperkenalkan PSP adalah sangat tepat dan sepatutnya sudah lama dilakukan.
Ini kerana, katanya, subsidi pengagihan petrol secara pukal adalah tidak efektif kerana berlaku banyaknya ketirisan dan dinikmati golongan tidak sepatutnya.
“Selain golongan berpendapatan tinggi, sebahagian besar subsidi ini juga dinikmati pelawat asing yang datang melawat ke Malaysia atau tinggal di sini apabila mereka mengisi minyak di negara kita,” tambahnya.
Berdasarkan data Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), jumlah kenderaan keluar masuk Johor adalah pada kadar 400,000 sebulan. Sudah pasti, mereka juga tidak terkecuali untuk turut sama menikmati harga subsidi RON95 yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.
Ini berikutan tiada undang-undang pada masa ini yang menghalang mana-mana individu termasuklah warga asing untuk menikmati harga subsidi berkenaan apabila mengisi petrol di negara ini.
Itu tidak termasuk lagi penyeludupan bahan api bersubsidi rentas sempadan serta sindiket yang membeli RON95 mahupun diesel pada harga subsidi oleh syarikat komersial untuk menjalankan operasi kilang mereka sehingga mengaut keuntungan berganda.
Pihak industri berkenaan sepatutnya membeli bahan api mengikut harga pasaran memandangkan mereka tidak layak untuk mendapat kemudahan tersebut.
TANGGUNG KERUGIAN Ketirisan dan penyelewengan ini menyebabkan kerajaan menanggung kerugian jutaan ringgit. Dilaporkan, jumlah penggunaan petrol RON95 negara sekitar 14.4 bilion liter setahun sekali gus bermakna jumlah subsidi ditanggung kerajaan untuk RON95 sahaja sebesar RM4.32 bilion setahun.
“Disebabkan itu, dikatakan subsidi pukal tidak adil kerana yang membayar cukai untuk membolehkan subisidi diadakan adalah rakyat tetapi yang menikmatinya adalah kumpulan tidak sepatutnya.
“Tidak dinafikan, pendapatan yang diperolehi daripada sektor pelancongan memanglah bagus tetapi pada masa sama mereka turut menikmati pembelian barangan subsidi seperti petrol yang sebenarnya diperuntukkan buat rakyat Malaysia.
“Sebelum ini, negara memang sukar menguatkuasakan peraturan orang asing tidak boleh menikmati petrol bersubisidi, namun dengan PSP sudah tidak ada ruang lagi buat mereka. Sudah tentu subsidi bersasar ini boleh dicapai,” katanya.
DENYUT NADI M40 Menurut Azmi lagi, Kerajaan Pakatan Harapan begitu mendengar denyut nadi M40 memandangkan sebelum ini, PSP dijangka diberikan kepada penerima BSH tetapi kerajaan akhirnya memutuskan untuk memasukkan golongan M40 yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2020,” kata Azmi.
Kenderaan yang layak untuk subsidi itu adalah kereta berkapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah atau kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1600cc yang berusia lebih 10 tahun, atau motosikal dengan kapasiti enjin sehingga 150cc dan ke bawah, atau motosikal dengan kapasiti enjin melebihi 150cc yang berusia lebih tujuh tahun.
Mengulas dakwaan sesetengah pihak mempertikaikan jumlah subsidi PSP diberikan itu terlalu sedikit, Azmi berkata masyarakat perlu memahami kembali maksud sebenar ‘subsidi’.
“Memang ada orang persoalkan RM30 sekali isi, habislah. Ramai ingat subsidi adalah 100 peratus dibantu kerajaan walhal tidak sebenarnya.
“Subsidi bukanlah pembiayaan sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban rakyat. Walaupun nilainya kecil tetapi ia tetap subsidi untuk kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
PENGANGKUTAN AWAM Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula berpandangan nilai subsidi tersebut perlu dikaji dari masa ke semasa, sekiranya terdapat peningkatan harga minyak mentah dunia.
“Tindakan kerajaan memperkenalkan PSP sudah dianggap ikhlas dan saya yakin jika ada keperluan untuk menaikkan kadar subsidi tersebut, sudah pasti kerajaan akan melakukannya pada masa hadapan,” katanya.
Selain itu, beliau melihat pelaksanaan PSP sedikit sebanyak mampu mengubah gaya hidup masyarakat terutamanya di bandar iaitu penggunaan petrol lebih cekap atau mencari alternatif lebih murah.
“Jika ada pengangkutan awam murah, cekap dan selesa antara kediaman mereka dan tempat kerja, sudah tentu golongan ini akan bertukar mod transportasi dari kenderaan sendiri kepada pengangkutan awam untuk memastikan kos perjalanan kekal rendah,” katanya.
Sumber: Bernama
The post Program Subsidi Petrol Hanya Untuk Yang Berhak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/11/program-subsidi-petrol-hanya-untuk-yang-berhak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasokan Minyak Sawit Terbatas Program Biodiesel Disebut Luhut Hanya Cukup Sampai B50

Pasokan Minyak Sawit Terbatas Program Biodiesel Disebut Luhut Hanya Cukup Sampai B50

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 192 hits
Kemungkinan pun harga minyak sawit akan meningkat seiring bertambahnya prosi biodiesel yang dicampurkan dengan solar
Bmw Laksana Program Subsidi Beli Carseat Dengan Harga Rm100

Bmw Laksana Program Subsidi Beli Carseat Dengan Harga Rm100

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 510 hits
Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360 BMW Malaysia telah bekerjasama dengan Safe n Sound dan Childline Foundation untuk memperkenalkan Dari Hari Pertama sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi kese...
Hanya Pada 12 12 Nova 5t Akan Dijual Rm200 Lebih Murah Dari Harga Asal

Hanya Pada 12 12 Nova 5t Akan Dijual Rm200 Lebih Murah Dari Harga Asal

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 495 hits
Kebiasaannya pengguna akan menjadikan prestasi kamera sebagai salah satu sebab untuk memiliki telefon pintar baru Apa tidaknya mungkin mereka ini inginkan keunikan dalam setiap gambar dan video yang diambil Antara salah satu peranti yang me...
Leicester Pencabar Utama Liverpool Hanya 8 Mata Di Belakang

Leicester Pencabar Utama Liverpool Hanya 8 Mata Di Belakang

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 351 hits
Sumber Gambar LCFC ComLeicester United kini hanya berada 8 mata di belakang Pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool setelah berjaya menewaskan pasukan Aston Villa 4 1 dalam saingan liga di Villa Park semalam Ayam tambatan Leicester Jamie ...
Kini Anda Boleh Cuba Jenama Pembersih Muka No 1 Di Malaysia Pada Harga Hanya Rm25

Kini Anda Boleh Cuba Jenama Pembersih Muka No 1 Di Malaysia Pada Harga Hanya Rm25

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 405 hits
Sebagai seorang wanita anda pastinya impikan kulit yang cantik dan sihat untuk tingkatkan keyakinan diri Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kesihatan kulit The post appeared first on
Hiburan Terbang Dan Tempah Hotel Sekaligus Hanya Dengan Snap Pakej Terbaru Airasia

Hiburan Terbang Dan Tempah Hotel Sekaligus Hanya Dengan Snap Pakej Terbaru Airasia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 392 hits
Kalau setiap kali nak pergi bercuti mesti ada yang selalu pening kepala fikirkan tentang hotel kan Lagi lagi kalau nak bercuti di luar negara memang cukup takut kalau tersalah pilih tempat penginapan Nanti tak pasal pasal duit burn macam tu...
Hoax Pria Gangguan Jiwa Akibat Kecanduan Game Online Ternyata Mata Juling Hanya Filter Instagram

Hoax Pria Gangguan Jiwa Akibat Kecanduan Game Online Ternyata Mata Juling Hanya Filter Instagram

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 689 hits
Baru baru ini media sosail kembali dihebohkan dengan video seorang pria yang matanya juling karena bermain game online Seorang netizen melalui akun Twitter miliknya mengunggah video berita yang mengabarkan hal tersebut Pantauan TribunnewsBo...
Lelaki Bukan Hanya Tahu Kahwin Lebih Saja Wajib Tahu Tanggungjawab Juga

Lelaki Bukan Hanya Tahu Kahwin Lebih Saja Wajib Tahu Tanggungjawab Juga

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 288 hits
18 daripada 19 lelaki di muka bumi ini akan mengimpikan sebuah ikatan perkahwinan Agama membenarkan lelaki memiliki lebih daripada seorang isteri Dengan The post appeared first on
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat