Program Sijil Veterinar Malaysia Kemasukan Tahun 2023


TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM SIJIL VETERINAR MALAYSIA SESI 2023/2025 BAGI KEMASUKAN TAHUN 2023
Pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia untuk mengikuti Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sijil Veterinar Malaysia, cara permohonan dan kelebihannya untuk makluman bersama.
APAKAH SIJIL VETERINAR MALAYSIA? Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengiktiraf kelayakan Sijil Veterinar yang dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mulai 01 Januari 2004 sebagai setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Selaras dengan pengiktirafan tersebut, perbekalan syarat lantikan skim perkhidmatan Pembantu Veterinar diubah sewajarnya bagi memasukkan kelayakan Sijil Veterinar sebagai syarat lantikan yang baru.
Institut Veterinar Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Persekutuan melalui Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya. Institut ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 dengan tujuan melengkapkan para pegawai Jabatan dan juga penternak dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengeluaran dan kesihatan ternakan.
Objektif Kursus
1. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai prinsip-prinsip dan teknik-teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim bagi semua jenis ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir, ayam, itik, arnab, kuda, anjing dan kucing;

2. Membina dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif di dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang cekap dan produktif;

3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi bagi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan supaya produk yang dihasilkan seperti daging, susu dan telur, adalah bermutu dan selamat untuk dimakan;

4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran di dalam kaedah-kaedah pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan; dan

5. Melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan mengenai pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguat kuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.
TEMPOH / LOKASI Tempat latihan dan kemudahan bagi pelaksanaan Sijil Veterinar Malaysia adalah bertempat di Institut Veterinar Malaysia, Kluang Johor.
Pengajian ini akan bermula pada Julai 2023 dan mengambil masa selama 2 tahun.
Pelajar akan diberikan kuliah dan latihan amali secara intensif. Semasa menjalankan program latihan ladang di hujung Semester 4 pelajar akan diberikan pendedahan kepada pengurusan ladang-ladang ternakan JPV dan swasta yang akan ditentukan oleh Institut. Kursus ini dijalankan sepenuh masa dan merangkumi 64 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Veterinar.
Prospek Kerjaya
Pelatih lepasan Institut Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan ternak. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
•        Perladangan
•        Pemprosesan
•        Agro Pelancongan
Struktur Pengajian
Pelajar diberi kuliah teori dan amali berjumlah 64 jam kredit atas subjek seperti di Jadual 1. Pelajar diberi latihan semua subjek ‘Teknikal’ dan ‘Industri’ secara terperinci supaya dapat melengkapkan diri mereka ke arah menjadi seorang usahawan selepas tamat latihan sekiranya tidak bekerja dengan agensi Kerajaan atau swasta. Subjek ‘Am’ dan ‘Industri’ juga diberikan supaya pelajar boleh menjadi seorang yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara sistematik untuk menjayakan program penternakan dengan berkesan.
Jadual Latihan
JADUAL LATIHANSubjek Yang Wajib diikuti oleh PelajarTAHUN 1TAHUN 2SUBJEK AMSUBJEK AMAsas SainsAsas SainsTamadun IslamBahasa InggerisBahasa InggerisPengembangan VeterinarPengembangan Veterinar Pengurusan & PentadbiranSUBJEK TEKNIKAL Anatomi & FisiologiSUBJEK TEKNIKALAsas KlinikalAnatomi & FisiologiAgrostologiAsas KlinikalKesihatan TernakanAgrostologiKesihatan Awam VeterinarKesihatan TernakanAplikasi KomputerKesihatan Awam VeterinarPembedahan AsasFarmakologiPatologiPembedahan AsasSains TenusuPatologiKejuruteraan ladangSains Tenusu Kejuruteraan LadangSUBJEK INDUSTRI Teknologi PenternakanSUBJEK INDUSTRIPenternakan UnggasTeknologi PenternakanSains PembiakanPenternakan UnggasSains PemakananSains PembiakanEkonomi & Perniagaan TernakanSains PemakananHaiwan KesayanganEkonomi & Perniagaan TernakanSimulasi PenternakanHaiwan KesayanganLatihan Ladang SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023 (i) Warganegara Malaysia berumur di antara 19 hingga 25 tahun pada masa mendaftar kursus.
(ii) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia (Agroindustri Ternakan Ruminan/Agroindustri Poltri) dan;
(iii) Wajib mendapat kepujian (Gred C/6C) dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu;
• Matematik;
• Bahasa Inggeris;
Dan mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C/6C) dalam satu mata pelajaran berikut:
• Sains;
• Biologi;
• Kimia;
• Sains Pertanian;
• Sains Tambahan;
• Pengurusan Ternakan Ruminan;
• Pengurusan Ladang Ternakan Ruminan;
• Pengurusan Makanan Ternakan;
• Kesihatan Ternakan;
• Pembiakan Ternakan;
• Pengurusan Pastura dan Folder; atau
• Pengurusan Hasil Ternakan Ruminan;
• Penyelenggaraan Perumahan Ternakan Poltri
• Pengawalan Makhluk Perosak dan Pembersihan Reban
• Nyahkuman Reban dan Rawatan Air Minuman
• Penyediaan Tempat Perindukan
• Pengendalian Kemasukan Poltri Umur Sehari
• Pengurusan Poltri Peringkat Didik
• Pengurusan Poltri Peringkat Pembesaran
• Pengendalian Pengeluaran Telur Sajian
• Pengendalian Telur Tetasan
• Operasi Pengeluaran Poltri Umur Sehari
• Sanitasi dan Penyeliaan Operasi Penetasan
• Pengendalian Operasi Biosekuriti Ladang Poltri
• Pengurusan Sisa Buangan Ladang Poltri
(iv) Belum berkahwin (kecuali untuk pegawai kerajaan);
(v) Sihat tubuh badan dan melepasi ujian pemeriksaan kesihatan.
Syarat-syarat khas bagi kakitangan Kerajaan:
(i) Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa mendaftar masuk;
(ii) Pembantu Veterinar Gred G19 dan telah disahkan jawatan;
(iii) Mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan;
(iv) Mencapai tahap Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% bagi tiga tahun Terkini;
(v) Peratus gaji bersih di dalam penyata gaji tidak kurang daripada 70%.
TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN (i) Kursus ini dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor.
(ii) Tempat penginapan dan makanan disediakan.
(iii) Elaun bulanan sebanyak RM 200.00 akan diberikan. (hanya kepada pelajar bukan daripada kakitangan DVS)
CARA PERMOHONAN Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya atau di Institut Veterinar Malaysia, Kluang atau di Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau dimuat turun dengan melayari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau https://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560df0db70eb4.pdf?fbclid=IwAR2CpFG0XTSCgYtP_6FW-ZBDHiFFEzH0vioUpeEQxqC1qrx9XYASh1kWl5U
PERMOHONAN-KURSUS-SIJIL-VETERINAR-MALAYSIADownload
Sila majukan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada:
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Wisma Tani
Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya.
atau
Institut Veterinar Malaysia
Beg Berkunci 520
KM 13, Jalan Batu Pahat
86009 Kluang
Johor.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2023 Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2023.
Lengkapkan borang permohonan dan hantarkan ke alamat yang dinyatakan.
Sekiranya tuan / puan layak untuk kemasukan, sesi temuduga akan dilaksanakan pada bulan Mac 2023.
Institut Latihan DVS MAKLUMAN mengenai Institut Latihan DVS peringkat Persekutuan.
Institut Pengurusan Veterinar, Cheras.
Menyediakan kursus kepada Pegawai DVS dan Penternak. Institut Teknologi Unggas, Melaka
Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.Sijil Kemahiran Malaysia (Bidang Poltri)Penyelidikan Puyuh IKTA. Institut Veterinar Wilayah Timur, Terengganu
Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak. Institut Veterinar Malaysia, Kluang
Menyediakan latihan kepada Pegawai DVS dan Penternak.Sijil Veterinar MalaysiaSijil Kemahiran Malaysia (Bidang Ruminan)Penyelidikan Agronomi. Sebarang pertanyaan mengenai kursus dan latihan kepada penternak boleh hubungi Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya DVS ditalian 03-8870 2000.
MAKLUMAT LANJUT Untuk keterangan lanjut sila layari laman web rasmi di https://www.dvs.gov.my atau di talian 03–88702000/2207/2183/2185/2191 dan 07-7597000.
Info tentang Sijil Veterinar Malaysia : https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/1061
Rujuk pautan iklan rasmi di laman web: Iklan Kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) sesi 2022/2023
IKLAN_SVM_2022Download

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sijil-veterinar-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sijil-veterinar-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 381 hits
Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2022 2023 Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 16 Julai 2022 Berikut dikongsikan cara m...
Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023

Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 283 hits
Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi Sesi 2023 2024 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022 Berikut dikongsikan syarat syarat dan info ...
Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

Bantuan Elaun Rm500 Kepada Rakyat Malaysia L Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 180 hits
Bantuan Elaun RM500 Kepada Rakyat Malaysia l Program Insentif Bantuan Kewangan Kerajaan Malaysia Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memberi perhatian kepada rakyat terutama mereka yang memerlukan Oleh itu kerajaan Malaysia telah menub...
Semakan Keputusan Permohonan Penempatan Tahun 1 2023

Semakan Keputusan Permohonan Penempatan Tahun 1 2023

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum semua Siapa yang ada mendaftar anak untuk kemasukan Tahun 1 sesi 2023 Untuk makluman ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1 depan mulai 1 Ogos 2022 Pengesahan penempatan dan me...
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima Spm Layak Mohon

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima Spm Layak Mohon

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 290 hits
Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2022 Minima SPM Layak Mohon Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mi...
Masa Tunggu Haji Umat Islam Di Indonesia 86 Tahun Malaysia 141 Tahun

Masa Tunggu Haji Umat Islam Di Indonesia 86 Tahun Malaysia 141 Tahun

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 137 hits
Kalau kuota 50 persen masa tunggu bisa hampir 300 tahun kata Ketua Tabung Haji Malaysia Dato Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman
Program Sarjana Pendidikan Ukm Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

Program Sarjana Pendidikan Ukm Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 414 hits
PERMOHONAN SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH UNTUK SESI KEMASUKAN TAHUN 2023 TELAH DIBUKA Berita yang ditunggu tunggu telahpun tiba Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 DISEMBER 2022 Ayuh dapatkan maklumat serta borang permohonan se...
Mohon Bantuan Rm480 Suri Rumah Tahun 2022

Mohon Bantuan Rm480 Suri Rumah Tahun 2022

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 230 hits
Permohonan bantuan untuk Wanita Suri Rumah terima insentif RM480 Setahun Golongan Wanita suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i Suri i Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri ...
Banyak Lagi Ruu Belum Selesai Adakah Ini Bayangan Pm Pru15 Tahun Depan

Banyak Lagi Ruu Belum Selesai Adakah Ini Bayangan Pm Pru15 Tahun Depan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 116 hits
Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan agak jelas bahawa masih ada banyak isu perundangan yang perlu diselesaikannya sebelum mencadangkan kepada Yang di Pertuan Agong agar parlimen dibubarkan Bercakap kepada pemberita pada sambutan J...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats

Semua Pm Setuju Isu Subsidi Bersasar

Rancangan Televisyen Itali Menjemput Bayi Kembar Sembilan