Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2023


Permohonan Murid ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia bagi Sesi 2023 / 2024
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 20 Julai 2022 hingga 30 September 2022.
Berikut dikongsikan syarat-syarat dan info lanjut tentang Sekolah Seni Malaysia dan cara permohonan bagi kemasukan tahun 2023 / 2024.
Apakah Sekolah Seni Malaysia? Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha KPM sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025: Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata-mata.
Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.
Definisi Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Falsafah Sekolah Seni Malaysia
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Lokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia Lokasi empat (4) buah Sekolah Seni KPM adalah seperti berikut:
i. Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai;
ii. Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching;
iii. Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, K.L;
iv. Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.
Sebuah sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni iaitu:
i. SMK Elopura, Sandakan, Sabah
Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ),
Jalan Persiaran Sinaran Ilmu,
Bandar Seri Alam, 
81750, Masai,
Johor Darul Takzim.
Tel. : 07-3870215
Faks : 07-3860215
Emel : [email protected]Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS),
Lot 7794, Blok 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah, 
93050 Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel : 082-510356 / 536185
Faks : 082-513917
Emel : [email protected]Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL),
Jalan Seladang Off Jalan Pasar,
55100, Kuala Lumpur,
Emel : [email protected]Sekolah Seni Malaysia Perak (SSemP),
Kampung Baharu, Simpang Jalong,
31100, Sg. Siput (U),
Perak.
Tel : 05-5951350
Faks : 05-5951351
Emel : [email protected]Program Pendidikan Seni,
SMK Elopura,
Peti Surat 1091, 
90712, Sandakan,
Sabah.
Tel : 089-532036
Faks : 089-533960
Emel : [email protected] Subjek Yang Diajar Di Sekolah Seni Malaysia Bidang kesenian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Visual
Bagi tingkatan 1 – 3, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
a) Pendidikan Kesenian – seni muzik;
b) Pendidikan Kesenian – seni tari;
c) Pendidikan Kesenian – seni teater;
d) Pendidikan Kesenian – seni visual;
e) Bahasa Melayu;
f) Bahasa Inggeris;
g) Matematik;
h) Sains;
i) Sejarah;
j) Pendidikan Islam atau Pend. Sivik dan Kewarganegaraan;
k) Pendidikan Jasmani dan P. Kesihatan.
Bagi tingkatan 4 – 5, mata pelajaran yang ditawarkan adalah:
Teras:
a) Bahasa Melayu;
b) Bahasa Inggeris;
c) Sejarah;
d) Matematik Moden;
e) Sains;
f) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral;
Elektif Kesenian
a) Muzik;
b) Tari;
c) Teater;
d) Seni Halus;
e) Komunikasi Visual;
f) Reka Bentuk.
Elektif Kemanusiaan
a) Prinsip Akaun;
b) Perdagangan;
c) Kesusasteraan Melayu.
Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia Warganegara MalaysiaBerbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)Sihat tubuh badanHanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses Syarat Kemasukan Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan.Lulus Uji Bakat (dilaksanakan secara dalam talian)Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkanMurid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkanMengemukakan rekod kesihatan muridPermohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan Tarikh Permohonan Sistem Permohonan ke Sekolah Seni dibuka mulai 20 Julai sehingga 30 September 2022.
Baca juga: MyFutureJobs: Daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja
Cara Permohonan Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan No. Kad Pengenalan calon.Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video).Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan. Sila rujuk manual pengguna di bawah:
MANUAL PENGGUNA PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU SEKOLAH SENI MALAYSIA Download Sesi Ujibakat Bagi permohonan kemasukan 2022, uji bakat dilaksanakan melalui rakaman video. Calon yang membuat permohonan perlu muat turun dan mencetak lampiran soalan bagi bidang seni yang dipilih selepas klik hantar permohonan.Calon dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian semasa rakaman. Bagi calon bidang seni persembahan, calon diminta memakai tshirt berkolar hitam, seluar trek hitam, tudung hitam/rambut disanggul kemas (calon perempuan).Calon diminta untuk mendapatkan bantuan guru atau ahli keluarga semasa membuat permohonan serta penyediaan rakaman uji bakat.Rakaman dalam bentuk MP4 perlu diletakkan dalam satu fail dan namakan fail tersebut dengan No KP Pemohon (rujuk panduan yang diberikan dalam borang permohonan yang telah dimuat turun).Sila muat naik fail tersebut ke dalam google drive masing-masing. Dapatkan pautan (link) dan masukkan pautan tersebut ke dalam laman sesawang eSSeM pada ruangan yang disediakan. Semakan Keputusan Status permohonan masuk ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada bulan Disember 2022/Januari 2023 (tarikh adalah tertakluk kepada perubahan).
Semakan keputusan tawaran ke Sekolah Seni KPM atau Program Pendidikan Seni, boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my
Baca juga: Kalendar Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2023
Permohonan Rayuan Rayuan boleh dibuat dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tawaran ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni diumumkan secara rasmi melalui laman sesawang https://essem.moe.gov.my.
Keputusan rayuan dapat diketahui dua minggu selepas tarikh pendaftaran murid tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni.
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran, sila hubungi:
Pn Zuraini Binti Abu Hassan
Tel : 03-88721616Cik Noor Azilah Binti Ismail
Tel : 03-88721760 Atau emelkan pertanyaan ke :
Email : [email protected] ATAU
Sila ajukan pertanyaan kepada Unit Sistem Aplikasi Dalam Talian
di talian 03 8872 1616 / 03 8872 1760 atau emel ke [email protected]
ATAU
Rujuk Manual Pengguna dan Soalan Lazim di bawah:
Manual PenggunaFAQ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sekolah-seni-malaysia-essem/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sekolah-seni-malaysia-essem

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 389 hits
Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Sesi 2022 2023 Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Sarawak 2022 2023 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak Berikut dikongsikan jenis biasiswa yang ditawarkan dan syarat kelayakan ...
Garnier Malaysia Lancar Program Pendidikan Sekolah Di Seluruh Negara Di Bawah Inisiatif Green Beauty

Garnier Malaysia Lancar Program Pendidikan Sekolah Di Seluruh Negara Di Bawah Inisiatif Green Beauty

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 365 hits
GARNIER MALAYSIA LANCAR PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH DI SELURUH NEGARA DI BAWAH INISIATIF GREEN BEAUTY Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby berkesempatan ke SMK Darul Ehsan untuk inisiatif Garnier Malaysia yang menginginkan Green Beauty ...
Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

Permohonan Online Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 596 hits
Bantuan Baiki Rumah ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa bagi mereka yang memerlukan Syarat KelayakanSyarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri K...
Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 401 hits
Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2022 2023 Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 16 Julai 2022 Berikut dikongsikan cara m...
Semakan Keputusan Upu Online Sesi 2022 2023 Lepasan Spm

Semakan Keputusan Upu Online Sesi 2022 2023 Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 290 hits
KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM SESI AKADEMIK 2022 2023 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SEMAKAN MELALUI UPU ONLINE Dimaklumkan bahawa t...
Program Sarjana Pendidikan Ukm Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

Program Sarjana Pendidikan Ukm Eksekutif Mod Cuti Sekolah 2023

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 422 hits
PERMOHONAN SARJANA PENDIDIKAN UKM MOD CUTI SEKOLAH UNTUK SESI KEMASUKAN TAHUN 2023 TELAH DIBUKA Berita yang ditunggu tunggu telahpun tiba Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 DISEMBER 2022 Ayuh dapatkan maklumat serta borang permohonan se...
Pm Ismail Sabri Wife Extend Aidiladha Wishes To Keluarga Malaysia Muslims

Pm Ismail Sabri Wife Extend Aidiladha Wishes To Keluarga Malaysia Muslims

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 198 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and his wife Datin Seri Muhaini Zainal Abidin posted in Facebook to wish Selamat Hari Raya Aidiladha to all Keluarga Malaysia Muslims Picture courtesy of Facebook Ismail Sabri KUAL
Hassan Karim Tegur Ucapan Pemimpin Pasukan Ayuh Malaysia

Hassan Karim Tegur Ucapan Pemimpin Pasukan Ayuh Malaysia

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 140 hits
Gerakan Ayuh Malaysia tidak dinafikan memberi impak yang besar dalam kempen KEADILAN menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Namun menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim terdapat sudut yang perlu ditegur dalam gerak kerja pasukan i...
New Malaysia Agreement Should Not Even Be Mentioned Abang Johari

New Malaysia Agreement Should Not Even Be Mentioned Abang Johari

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 302 hits
The suggestion made by BN deputy chairperson Mohamad Hasan about a proposed New Malaysia Agreement should not even be mentioned Sarawak Premier Abang Johari Openg said today He said the Malaysia Agreement 1963 that was agreed upon by the co...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat