Program Payung Rahmah 2025 Inisiatif Kurangkan Kos Sara Hidup B40


Di dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Program Payung RAHMAH diteruskan untuk tahun 2025.
Pelaksanaan ini diharap dapat membantu golongan B40 dalam mendepani kenaikan kos sara hidup untuk membeli barangan keperluan harian dan sebagainya.
Mengenai Program Payung RAHMAH Kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan program program ini bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup di dalam negara.
Inisiatif program ini merupkan cetusan idea daripada Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Konsep program adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi MADANI, telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.
Program yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini akan terus diperkasakan susulan daripada hasil dapatan Kajian Impak Program Payung Rahmah yang dilaksanakan oleh KPDN dari September hingga November 2023 tahun lalu.
Antara dapatan kajian adalah 81 peratus daripada responden berpuas hati dengan pelaksanaan program tersebut, selain sebahagian berpendapat program berkenaan perlu ditambah baik.

Pelaksanaan Payung RAHMAH 2025 Kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk program ini menenerusi Belanjawan 2025.
Peruntukan tersebut meningkat RM100 juta berbanding RM200 juta pada tahun ini.
Salah satu daripada inisiatif program ini iaitu Jualan RAHMAH akan terus diperhebatkan dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan.
Inisiatif Di Bawah Payung RAHMAH Program ini membabitkan empat inisiatif iaitu Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH, Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH dan Kafe RAHMAH bagi menyantuni golongan B40.
I) MENU RAHMAH
Program Menu RAHMAH adalah program atau inisiatif baru KPDN bersama rakan strategik yang terdiri dari Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) Dan Persatuan Pengusaha Restoran Dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan membantu dan mengurangkan kos Sara hidup terutama Golongan Miskin Tegar di kalangan B40.
Pengusaha kedai makanan dan restoran yang menyertai Program Menu Rahmah telah bersetuju menyediakan makanan harian (samada makan tengahari atau malam) pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan.
Lazimnya, hidangan dalam Menu RAHMAH ini mengandungi satu sumber protin samada ayam atau ikan Dan satu jenis sayur.
II) BAKUL RAHMAH
Inisiatif Bakul RAHMAH merupakan inisiatif yang menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian (barangan kering) seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu pekat, mihun dan telur ayam.
Program ini disumbangkan oleh rakan strategik kepada kumpulan sasar pada setiap bulan melalui program Tanggungjawab Soslal Korporat (CSR).
Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini adalah seperti berikut:
Yayasan Global Mesra Yayasan Al-Manjie Yayasan Rahmah Malaysia Petronas 99 Speedmart Sdn Bhd Lazada Grab Malaysia TF Value Giant Hypermarket Mydin AEON Big KK Mart III) JUALAN RAHMAH
Program Jualan RAHMAH adalah sebuah program yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.
Program ini menyasarkan potongan harga barang sebanyak 10% – 30% dengan keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah dan dilaksanakan di setiap 222 kawasan parlimen di seluruh negara.
Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.
IV) PAKEJ RAHMAH
Pakej RAHMAH adalah program yang membolehkan golongan B40 membeli barangan keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran.
Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama pasar raya besar di seluruh negara, membabitkan 10 hingga 12 barangan keperluan asas.
Pakej ini adalah satu lagi inisiatif khusus bagi rakyat termiskin, yang digerakkan melalui libat urus dengan pasar raya besar di negara ini.
V) KAFE RAHMAH
Kafe RAHMAH merupakan kafe di dalam universiti awam dan swasta yang menawarkan menawarkan Menu RAHMAH kepada pelajar di pusat pengajian berkenaan.
Maklumat Lanjut Maklumat lanjut tentang program ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Layari laman web KPDN iaitu https://www.kpdn.gov.my/ms/ untuk info selanjutnya.
Baca juga:
Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Sakit & Kuarantin eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/payung-rahmah-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=payung-rahmah-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2025 Usaha Kerajaan Tangani Kos Sara Hidup

Belanjawan 2025 Usaha Kerajaan Tangani Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 146 hits
ARAU Belanjawan 2025 dibentangkan Jumaat lalu banyak memberi penekanan menangani kos sara hidup yang semakin meruncing ketika ini Antara yang jelas seperti kenaikan gaji minimum kepada RM1 700 daripada RM1 500 sebulan yang memperlihatkan ba...
Str 2025 Sumbangan Tunai Rahmah Sara 2025

Str 2025 Sumbangan Tunai Rahmah Sara 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 121 hits
STR 2025 Semakan Sumbangan Tunai Rahmah Sumbangan Asas Rahmah Sumbangan Asas Rahmah dan bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Belanjawan 2024 telah membuktikan...
Belanjawan 2025 Pelbagai Insentif Kurangkan Beban Perkukuh Ekonomi

Belanjawan 2025 Pelbagai Insentif Kurangkan Beban Perkukuh Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 131 hits
bharian com myOleh Oktober 19 2024 8 01amAnwar membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam Foto NSTP Asyraf HamzahKUALA LUMPUR Belanjawan 2025 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam disifatkan antara rancangan ...
Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

Tahun Depan Kos Hidup Dijangka Lebih Tinggi Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 212 hits
Peningkatan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan memberi kesan kepada ramai tahun depan terutamanya selepas beberapa perkara yang disebut dalam Belanjawan 2025 Antaranya peluasan skop SST dan kenaikan gaji minimum ke RM1 700 sebulan ...
Program Latihan Khidmat Negara 3 0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

Program Latihan Khidmat Negara 3 0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 147 hits
Program Latihan Khidmat Negara 3 0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari depan Memetik dari Berita Harian Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata bagi fasa pertama kerajaan akan menetapkan pembabitan peserta dalam sk...
Inisiatif Pendapatan Rakyat 2025 Semakan Permohonan

Inisiatif Pendapatan Rakyat 2025 Semakan Permohonan

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 160 hits
Di dalam Belanjawan 2025 Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat pada tahun 2025 untuk membantu menambah pendapatan keluarga bagi keluar daripada garis kemiskinan Sebelum ini kerajaan menyasarkan peserta...
Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik Percepatkan Projek Tembatan Banjir Di Negeri Ini

Sultan Pahang Titah Kerajaan Kurangkan Retorik Percepatkan Projek Tembatan Banjir Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 203 hits
TEMERLOH Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar kerajaan mempercepat projek tebatan banjir Titah baginda cuaca sekarang tidak menentu dan banjir secara tiba tiba boleh berlaku Mungkin k...
Perjalanan Ke Arah Hidup Lebih Baik

Perjalanan Ke Arah Hidup Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 114 hits
Kadang kadang bila kita fikir pasal perubahan terus terbayang proses yang rumit sukar dan memerlukan kekuatan luar biasa Tapi sebenarnya semua perubahan yang baik tak perlukan drama besar besaran pun Hanya perlukan satu benda asas iaitu nia...
Rayuan Sumbangan Bantuan Kos Guaman

Rayuan Sumbangan Bantuan Kos Guaman

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 99 hits
As salamu alaykum dengan merendah diri aku Aman Muhammad ingin merayu sumbangan kewangan untuk menampung kos guaman kes rayuan di Mahkamah Tinggi Aku sangkakan ujian Tuhan ini sudah berakhir tapi rupa rupanya tidak Tuhan masih mahu terus me...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord