Program Nuklear Arab Saudi Bimbangkan Israel


Riyadh mahu membina 16 reaktor tenaga nuklear menjelang tahun 2040. PROGRAM nuklear yang mahu dibangunkan Arab Saudi bukan sahaja membimbangkan pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) tetapi juga Israel yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
Kebimbangan itu berlaku kerana menurut portal berita negara Yahudi itu, Walla, Arab Saudi berkemungkinan mampu untuk menghasilkan senjata nuklear pada masa depan.
Tel Aviv juga dikatakan bimbang dengan kerjasama nuklear yang terjalin antara Riyadh dengan Beijing baru-baru ini.
Seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan dalam portal berita itu pula menyatakan terdapat sebuah kilang rahsia di Arab Saudi dekat ibu kota negara tersebut yang terlibat dalam proses pengayaan uranium.
“Terdapat tanda-tanda kebimbangan tetapi masih tidak jelas kepada kami apakah yang sebenarnya terjadi di kilang tersebut,” kata pegawai tersebut kepada Walla baru-baru ini.
Akhbar Wall Street Journal dan New York Times pernah melaporkan pegawai-pegawai perisikan AS menyatakan mereka bimbang tentang kemungkinan Riyadh mampu untuk membina senjata nuklear.
Kebimbangan itu adalah disebabkan oleh negara beraja tersebut yang dibantu oleh China bagi membangunkan sebuah kemudahan untuk mendapatkan uranium ‘yellowcake’ iaitu sejenis serbuk pekat uranium daripada bijih uranium yang mampu diperkayakan menjadi bahan bakar untuk senjata nuklear.
 
 
Bagaimanapun, Kementerian Tenaga Arab Saudi dilaporkan menafikan kewujudan kemudahan seumpama itu dekat Al Ula.
Seperti yang diketahui sebelum ini bahawa Arab Saudi pernah mengekstrak sejumlah kecil bijih uranium dengan bantuan China dan Jordan.
Beijing dipilih oleh Arab Saudi untuk terlibat dengan projek itu kerana ia tidak memerlukan jaminan bahawa pembinaan kemudahan nuklear di negara itu bukan hanya digunakan untuk tujuan keamanan sahaja.
Pada tahun 2018, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dilaporkan pernah berkata, “Arab Saudi tidak mahu memiliki bom nuklear tetapi tanpa sebarang keraguan jika Iran membangunkan sebuah bom nuklear, kami akan mengikutinya secepat yang boleh.”
Putera Mohammed berkata demikian dalam satu temu ramah dengan stesen televisyen CBS di AS.
Iran memang diketahui mempunyai perselisihan dengan Arab Saudi sejak berdekad-dekad lamanya.
Sebelum ini, Arab Saudi meningkatkan rancangannya untuk membina dua buah reaktor nuklear awam sebagai sebahagian daripada rancangan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak.
Menurut portal berita Walla, perkhidmatan perisikan Israel, kementerian luar negara itu dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengikuti perkembangan program nuklear Arab Saudi.
Negara Yahudi itu pula dipercayai mempunyai senjata nuklear sentiasa menentang usaha negara lain di rantau Arab untuk memperoleh senjata yang bukan konvensional.
Bagaimanapun, loji tenaga nuklear Barakah yang bernilai AS$20 bilion (RM83.01 bilion) di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah yang pertama terdapat di Semenanjung Arab.
Loji itu itu dibina dengan bantuan Korea Selatan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk negara itu.
Pada tahun lalu, seorang pakar nuklear, Dr. Paul Dorfman memberitahu akhbar Telegraph bahawa program nuklear UAE mungkin menyebabkan berlaku perlumbaan senjata nuklear di Aia Barat.
Dorfman daripada Kumpulan Perunding Nuklear berkata, UAE mungkin berharap untuk menggunakan prgram tersebut bagi membangunkan senjata nuklear dan memberi amaran loji nuklear negara tersebut bakal menjadi sasaran pengganas,
Kini, Arab Saudi mahu mengikut jejak UAE menjadi negara Arab kedua mempunyai loji tenaga nuklear.
Sehubungan itu, AS dikatakan cuba meyakinkan Riyadh supaya mengikuti program nuklear UAE yang digunakan untuk tujuan aman ketika Putera Mohammed berikrar untuk memperoleh senjata nuklear jika Iran berjata menghasilkannya.
Seorang penganlisis, Antonio Occhiuto daripada firma perunding Analitis Negara-Negara Teluk yang beribu pejabat di AS dilaporkan berkata: “Berdasarkan kenyataan (Putera) Mohammed bin Salman dan (Arab Saudi) yang enggan menandatangani protokol untuk pengayaan uranium, kami tidak tidak dapat mengetepikan program tersebut akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.”
Dia juga menambah bahawa negara tersebut kaya dengan bahan uranium sekali gus membolehkan Riyadh membina senjata nuklear jika ia mahu.
Justeru, program nuklear Arab Saudi yang bercita-cita membina 16 reaktor tenaga itu di seluruh negara menjelang tahun 2040 bukan sahaja membimbangkan Israel dan AS tetapi juga mencetuskan perlumbaan tenaga nuklear di rantau Asia Barat.
The post Program nuklear Arab Saudi bimbangkan Israel appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/09/program-nuklear-arab-saudi-bimbangkan-israel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Menangkap Pelantun Al Qur An Terkenal Sheikh Abdullah Basfar

Arab Saudi Menangkap Pelantun Al Qur An Terkenal Sheikh Abdullah Basfar

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 408 hits
Otoritas keamanan Arab Saudi dilaporkan telah menangkap Sheikh Abdullah Basfar salah satu qari terkenal di seluruh dunia Islam Laporan itu muncul dari Prisoners of Conscience kelompok pemantau tahanan Kelompok Prisoners of Conscience melalu...
Menolak Dijual Ke Pria Hidung Belang Di Arab Saudi Tkw Asal Sukabumi Babak Belur Dihajar

Menolak Dijual Ke Pria Hidung Belang Di Arab Saudi Tkw Asal Sukabumi Babak Belur Dihajar

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 252 hits
Betapa malangnya nasib Mila Nurhasanah Berniat mencari uang di Arab Saudi dengan menjadi tenaga kerja wanita perempuan asal Sukabumi ini malah hendak dijual ke pria hidung belang oleh seorang pria berkebangsaan Banglades Singkat cerita Mila...
Arab Saudi Memotong Bekalan Minyak Ke Amerika Syarikat

Arab Saudi Memotong Bekalan Minyak Ke Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 298 hits
Arab Saudi terus mengurangkan eksportnya ke Amerika Syarikat Data dari Bloomberg bahkan menunjukkan bahawa kerajaan itu hanya memuat sekitar 5 6 juta barel sehari pada kapal tanker pada bulan Ogos ini yang sedikit lebih tinggi berbanding Ju...
Hubungan Malaysia Arab Saudi Menurun Era Pemerintahan Ph Timbalan Menteri Luar

Hubungan Malaysia Arab Saudi Menurun Era Pemerintahan Ph Timbalan Menteri Luar

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR 2 September 2020 Arab Saudi terus kekal sebagai satu daripada rakan dagang terbesar negara di rantau Asia Barat dengan mencatatkan nilai dagang RM22 3 bilion tahun lalu Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata walau...
Anggap Menag Lebay Felix Jangan Salah Good Looking Mahir Bahasa Arab Dan Hafiz Quran Itu Ciri Orang Islam Yang Benar

Anggap Menag Lebay Felix Jangan Salah Good Looking Mahir Bahasa Arab Dan Hafiz Quran Itu Ciri Orang Islam Yang Benar

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 471 hits
Pendakwah Felix Siauw mengkritik pernyataan Menteri Agama Fachrul Razi soal paham radikalisme di Indonesia Apa yang diucapkan oleh Menag tersebut dinilai lebay oleh Felix Siauw Menurut dia ada masalah lain yang lebih substansial dan laik me...
Kasus Aneh Terjadi Lagi Tentara Amerika Mendadak Hilang Di Laut Arab

Kasus Aneh Terjadi Lagi Tentara Amerika Mendadak Hilang Di Laut Arab

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 285 hits
Angkatan Laut Amerika Serikat hingga kini masih tengah mencari seorang prajuritnya yang dikabarkan menghilang Operasi pencarian yang berlangsung di Laut Arab Utara masih belum membuahkan hasil Padahal operasi ini sudah dimulai pada minggu k...
Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

Alibaba Lancarkan Program Livenow Bantu Lahirkan Lebih Ramai Pemangkin Media Sosial Berbakat

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 347 hits
Alibaba Group telah melancarkan program LiveNOW KOL Live Streaming iaitu salah satu inisiatif dalam membantu lebih ramai untuk menempa kejayaan melalui strim secara langsung Program berbentuk latihan ini akan berlangsung bermula 3 September...
Allianz Indonesia Berikan Literasi Keuangan Untuk Masyarakat Lewat Rangkaian Program Global Money Week 2020

Allianz Indonesia Berikan Literasi Keuangan Untuk Masyarakat Lewat Rangkaian Program Global Money Week 2020

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 458 hits
Allianz Indonesia ingin tegaskan bahwa literasi keuangan bukan cuma bisa selamatkan diri hari ini tapi juga mimpi di kemudian hari
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord