Mercu Tanda Za Ba Bandar Sri Jempol Negeri Sembilan
Siapakah Pendeta Za'ba? Rujuk wikipedia: Zainal Abidin Ahmad untuk maklumat asas. Atau untuk versi English, rujuk wikipedia (en): Zainal Abidin Ahmad (writer) .
Mercu tanda Za'ba di Simpang KeratongRakyat Malaysia umumnya dan rakyat Negeri Sembilan khususnya kena kenali siapa dia Za'ba ni. Betapa banyaknya jasa dia kepada negara.
Maksud pendetaTedi tertanya-tanya apakah maksud "pendeta"? Kenapa gelaran tersebut diberikan kepada Za'ba?
Ini adalah maksud perkataan "pendeta" dan beberapa contoh ayat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.
pendeta orang yang banyak ilmu (pandai-pandai); sinonim: pujangga, ilmuwan, ilmiawan, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, mahaguru, profesor, pakar, ahli, bijak pandai,ulama agama Hindu (Kristian dan lain-lain); sinonim: sami, paderi, paus, biarawan, biarawati, boksu, maharesi,orang yang bertapa (dalam cerita-cerita lama); sinonim: pertapa, wiku, biku, biksu, biksumikependetaan sebagai seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup kependetaan.darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yang manakah yang buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut kependetaannya.Pantun PendetaPantun Melayu SARAWAK dengan tema berkait:
Serindit turun bersarang di lembah,
Sang Pendeta dalam hikayat;
Seribu tahun tidak berubah,
Sanggupkah menderita sepanjang hayat?
Pantun Melayu SARAWAK dengan tema nasihat:
Pengat pisang kesukaan beta,
Acar timun dengan mengkuang;
Ingatlah pesan para pendeta,
Belajar jangan alang kepalang.Erm... pelik benar rangkap pertama dan kedua tu, ada pengat pisang, acar timun dan mengkuang. Pengat pisang dan acar timun tu nama makanan, tapi kenapa tiba-tiba ada mengkuang? Jika ikut kelaziman dalam pantun, ia bermaksud mengkuang itu sejenis makanan juga kerana duduk sebaris dengan pengat pisang dan acar timun, tapi setahu Tedi, mengkuang ni bukan sejenis makanan sebaliknya adalah sejenis tumbuhan macam daun pandan raksasa berduri yang boleh dijumpai di tepi sungai dan orang anyam daun mengkuang ni untuk dijadikan tikar mengkuang.
Nantilah Tedi buat satu kiriman untuk merungkai apa itu mengkuang?
Pantun daripada Kurik Kundi Merah Saga bertemakan Kasih Sayang/Cinta
Yam Tuan Raja Maktabar,
Sheikh Idrus datuk pendeta;
Adakah tuan mendengar khabar?
Saya yang kurus menanggung cinta.Apakah maksud mengkuang?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kepada perkataan "mengkuang" adalah:
Sejenis tumbuhan (pokok yan g daunnya boleh dibuat tikar dan lain-lain), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; Pandan bunga = pandan perahsejenis tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; Pandan hutan sejenis tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; Pandan laut = pandan duri sejenis tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; Pandan tikussejenis tumbuhan (pokok), pandan tikus, pokok selangseng, sendayan masing, Pandanus oratus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2012/05/mercu-tanda-zaba-bandar-sri-jempol.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29