Program Komuniti Mcdonald S Bantu Rakyat Pantai Timur


Assallammualaikum

Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.






Sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”

Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat YB Dato' Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini, mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.
Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.(kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Encik Saidi bin Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
(tengah) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama para pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s ketika Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.
(empat dari kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (lima dari kiri) Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu bersama kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan di Terengganu yang menerima pek “Kembali ke Sekolah”. Lebih 1,900 kanak-kanak sekolah rendah melibatkan 65 sekolah di serata Terengganu menerima pek ini.Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.
McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.
Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma


Program “Kembali ke Sekolah”
Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia

Latarbelakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my

Latarbelakang RMHC
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia [email protected]
Nasri Nordin | Norazizan A. Manaf, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia +603-7843.3388Nasri. [email protected] | [email protected]
Jacalyn Kow, Lumos Hill+Knowlton Strategies+6012.961.8271 [email protected]   Azwa Rahmat, Lumos Hill+Knowlton [email protected]
Terima Kasih

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shazillahsani.com/2019/11/program-komuniti-mcdonalds-bantu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Covid 19 Segerakan Bantu Rakyat 10 Perkara

Kedah Covid 19 Segerakan Bantu Rakyat 10 Perkara

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 290 hits
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH20 MAC 2020COVID 19 Kerajaan Negeri Kedah digesa segerakan insentif bantu rakyat terkesanBerikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pendemik Covid 19 Dewan Pemuda PAS Ne...
Kutipan Tabung Covid 19 Sebanyak Rm 8 Juta Setakat Ini Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan Pkp

Kutipan Tabung Covid 19 Sebanyak Rm 8 Juta Setakat Ini Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan Pkp

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 281 hits
MENTERI Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kutipan tabung sumbangan COVID 19 yang diperolehi setakat ini adalah sebanyak RM8 129 juta 70 peratus akan digunakan di peringkat awal iaitu sebanyak RM5 68 juta untuk membantu rakyat...
Mp Pkr Macam Mana Mahu Bantu Rakyat Terkesan Covid19 Peruntukan Parlimen Ditarik

Mp Pkr Macam Mana Mahu Bantu Rakyat Terkesan Covid19 Peruntukan Parlimen Ditarik

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 294 hits
MP PKR Bayan Baru pertikai dan persoal pasal peruntukan setiap parlimen pembangkang ditarik balik Alasan yang digunakan macam mana mereka mahu membantu golongan yang terkesan kerana covid19 Setiap perkara ada kifarah disebalik YB jangan ris...
Sultan Kelantan Kembalikan Emolumen Diraja Bantu Rakyat Terjejas Pkp

Sultan Kelantan Kembalikan Emolumen Diraja Bantu Rakyat Terjejas Pkp

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 186 hits
Sultan Muhammad VKOTA BHARU Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengembalikan Emolumen Diraja selama enam bulan bermula April hingga September kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam usaha membantu rakyat yang terjejas s...
Tengku Zafrul Ini Masa Kita Tunjuk Kebolehan Bantu Rakyat

Tengku Zafrul Ini Masa Kita Tunjuk Kebolehan Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 253 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat akan dapat dilaksanakan dengan berkesan Jelasnya pelaksanaan yang cepat dan tepat penting bagi memastikan pakej rangsangan ekonomi itu memberi m...
Resepi Tepung Kapur Original Pantai Timur Rebus Malam Esok Dah Boleh Makan

Resepi Tepung Kapur Original Pantai Timur Rebus Malam Esok Dah Boleh Makan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 879 hits
Resepi Tepung Kapur Original Pantai Timur Rebus Malam Esok Dah Boleh MakanKuih tepung kapur kuih legend negeri pantai timur khasnya terengganu dan sekitar kampung beserah kuantan
Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

Covid 19 Bak Kata Pakar Ekonomi Jangan Kedekut Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 277 hits
IBRAHIM MAT ISAPenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan ketika ini pastinya menjejaskan sumber pendapatan serta memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat terutama golongan B40 Rakyat sedang mendepani pelbagai kesulitan dalam...
Laman Web Doctoroncall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan Covid 19

Laman Web Doctoroncall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 554 hits
Laman Web DoctorOnCall Bantu Rakyat Malaysia Cek Jangkitan COVID 19 Assalamualaikum semua Rasa macam sayu je hati ni bila melihat berita tentang kes kes COVID 19 di Malaysia yang semakin meningkat dan kadar kematian sudah mencapai ke 8 oran...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord