Program Komuniti Mcdonald S Bantu Rakyat Pantai Timur



Program Komuniti McDonald’s bantu rakyat Pantai Timur
Lebih RM590 ribu disumbangkan kepada golongan kurang berkemampuan di Terengganu melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan




KUALA TERENGGANU, 24 November 2019 – Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia menyatakan komitmen McDonald’s Malaysia kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasinya.

“Kami amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia, kami ingin memainkan peranan kami kearah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika menyampaikan ucapan bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu di Majlis Penyampaian Sumbangan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Terengganu.

“Sokongan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan negeri memikul tanggungjawab sosial dan usaha kearah meningkatkan kualiti hidup masyarakat adalah sesuatu yang amat penting. Hal ini membolehkan setiap anggota masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang kurang bernasib baik menerima bantuan sewajarnya kearah kehidupan yang lebih baik. Kerjasama awam-swasta sebagaimana yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti yang dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji,” kata YB Dato’ Haji Yahya bin Haji Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Terengganu untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”
Lebih 1,900 kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fatindiana.com/2019/11/program-komuniti-mcdonalds-bantu-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Lancar Laman Web Bantu Rakyat Mencari Kerja Kosong

Selangor Lancar Laman Web Bantu Rakyat Mencari Kerja Kosong

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 217 hits
Laman web Selangor Kerjaya menawarkan pelbagai maklumat untuk pencari kerja serta majikan mendapat tenaga kerja yang menepati kekosongan jawatan KUALA LUMPUR Kerajaan Selangor telah melancarkan satu laman web khas membantu rakyat di negeri ...
Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

Jangan Henti Program Bantuan Insentif Rakyat Salleh Beritahu Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 287 hits
Seorang pemimpin Umno Sabah mengingatkan Putrajaya untuk meneruskan program bantuan dan insentif kepada rakyat ketika negara berusaha membendung penularan Covid 19 dan perintah kawalan pergerakan 2 0 dilaksanakan di beberapa negeri ADUN Usu...
Apa Jadi Program Komputer Rakyat 1malaysia Najmil

Apa Jadi Program Komputer Rakyat 1malaysia Najmil

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 111 hits
Dr Najmil Faiz Mohamed Aris KUALA LUMPUR Siapa ingat lagi Notebook 1Malaysia yang diberikan percuma kepada rakyat soal Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris Exco Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata program Komputer Rakyat 1Malaysia itu dilancark...
Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

Zahid Hamidi Senada Dengan Lim Guan Eng Permai Muhyiddin Kurang Aspirasi Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 369 hits
Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia semalam Syukur Alhamdulillah pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 Tidak terlalu cepat tetapi ...
Permai Diumum Pm Kurang Aspirasi Untuk Bantu Rakyat Zahid Hamidi

Permai Diumum Pm Kurang Aspirasi Untuk Bantu Rakyat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 184 hits
Kita mendengar pengumuman kerajaan mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia semalam Syukur Alhamdulillah pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 Tidak terlalu cepat tetapi ...
Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 227 hits
UMNO ONLINEIPOH Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang akan memberi manfaat kepada hampir 200 000 pelajar di seluruh negeri ini terutamanya mereka yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan...
Pemuda Umno Lipis Komited Bantu Rakyat Menangani Krisis Bencana Banjir

Pemuda Umno Lipis Komited Bantu Rakyat Menangani Krisis Bencana Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 234 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 290 hits
Keputusan Agong pun dicabar layak ke Anwar pimpin negara BANGI Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi...
Ishhh Dasyat Ya Negeri Pantai Timur Punya Maju Macam Amerika

Ishhh Dasyat Ya Negeri Pantai Timur Punya Maju Macam Amerika

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 221 hits
MOHD MUKHLISBetul tu Ambe setuju dgn kenyataan guru sebab rata rata rakyat Kelantan hidup selesa rumah sendiri tiada masalah air pengangkutan senang Pendek cerita semuanya serba lengkap sebab tinggal di Negeri Selangor kredit Guru tak jamin...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos