Program Khidmat Masyarakat Guardian Bantu Kanak Kanak Daripada Keluarga Berpendapatan Rendah Kekal Sihat


Hi Korang,
Guardian Malaysia hari ini mengumumkan program khidmat masyarakat seluruh negara baharu, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.  


Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program itu yang akan bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah,
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian berkata:
“Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan kerana keutamaan diberikan kepada membeli makanan untuk anak-anak mereka. Kos sara hidup yang semakin meningkat menyukarkan lagi keadaan mereka apabila kita mengambil kira perbelanjaan utama yang lain seperti pengangkutan, pendidikan, sewa, dan pinjaman.
“Namun begitu, kebersihan dan kesihatan kanak-kanak ini tetap perlu dititikberatkan apabila, sebagai contoh, kita melihat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 20 kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu dan golongan kanak-kanak paling teruk terjejas. Dengan pengalaman kita berdepan dengan Covid-19 baru-baru ini, menjaga kebersihan khususnya kebersihan tangan yang baik kekal sebagai satu langkah yang sangat penting dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit seperti Covid-19.”
“Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila seorang kanak-kanak itu bersih dan harum, ia dapat merangsang keyakinan diri dan meningkatkan kesejahteraan mental.” tambah Ng.







Sebagai tanda pelancaran kempen itu di Malaysia hari ini, 200 kanak-kanak dari kelas Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, telah menerima 2 botol mandian badan 1 liter dan 100ml berserta patung beruang Guardiancares setiap seorang. Selain itu, 800 murid Tahun Dua hingga Enam menerima satu botol mandian badan 1 liter. Mereka turut menerima beg eko #guardiancares berserta poster kebersihan yang menunjukkan cara yang betul untuk membasuh tangan dan badan semasa mandi.



Patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga RM30 sahaja, di semua stor Guardian di seluruh Malaysia dan di stor dalam talian serta aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan patung beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares bagi menyokong keperluan penjagaan diri kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
Pada pelancaran itu, ahli pasukan Guardian juga telah turun padang untuk membantu menyiapkan satu mural yang diilhamkan oleh Haris Rashid di sekolah tersebut yang menggambarkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.
Ng menambah: “Menerusi program ini, kami menyasarkan untuk menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara Asia Tenggara yang lain seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.
“Inisiatif ini merupakan program khidmat masyarakat Guardian di seluruh rantau yang meliputi lima negara dimana setiap negara bekerjasama dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) tempatan agar sumbangan kami akan sampai kepada kanak-kanak yang dimaksudkan. Di Malaysia, Guardian akan bekerjasama dengan Yayasan Perintis Malaysia yang akan membantu mengedarkan produk mandian dan mengenalpasti penerima kanak-kanak bagi pihak Guardian. Kami akan memfokuskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah dari keluarga B40 yang tinggal di rumah pangsa dan rumah kos rendah berhampiran sekolah.
“Selain itu, untuk setiap satu liter produk mandian Guardian yang dijual di Malaysia, 15 senakan didermakan kepada golongan kanak-kanak kurang bernasib baik ini. Jadi kami berharao agar pelanggan dapat menyokong usaha khidmat masyarakat kami dengan membeli produk mandian badan Guardian,” ujar Ng.
Inisiatif #guardiancares adalah satu inisiatif yang mampan yang memberi tumpuan terhadap kesihatan pelanggan dan komuniti dimana Guardian beroperasi.
“Kami ingin memberi inspirasi dan memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang sihat dan mampan dalam memilih jenama kesihatan dan kecantikan yang mereka yakini di Guardian. Pendek kata, kami mahu pelanggan untuk ‘prihatin’ dengan apa yang mereka beli. Kami percaya kecantikan bermula dari dalam. Dengan memilih untuk prihatin, bersama kita mampu membuat perubahan,” jelas Ng.
#guardianmy



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/12/program-khidmat-masyarakat-guardian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Kanak Kanak

Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan Dan Kesihatan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 341 hits
Program Guardian Care Kempen Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak Kanak Baru baru ini mummy dapat menghadirkan diri ke Program khidmat masyarakat Guardian untuk bantu kanak kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal sihat Guardian...
Zahid Wajar Kekal Presiden Dap Boleh Bantu Pulih Imej Bukan Mca

Zahid Wajar Kekal Presiden Dap Boleh Bantu Pulih Imej Bukan Mca

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 234 hits
agendaily com15 12 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut dikekalkan sebagai Presiden UMNO Kenyataan geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Profesor Madya Dr Azmi Hassan bahawa UMNO akan berada dalam keadaan g...
Dah 10 Tahun Berkahwin Isteri Pilih Untuk Bercerai Sebab Suami Habiskan Masa Untuk Memancing Berbanding Keluarga

Dah 10 Tahun Berkahwin Isteri Pilih Untuk Bercerai Sebab Suami Habiskan Masa Untuk Memancing Berbanding Keluarga

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 455 hits
Seorang wanita di China baru baru ini bercerai dengan suaminya yang dikahwini selama 10 tahun hanya kerana lelaki itu ketagih dengan hobi memancing berbanding meluangkan masa dengan keluarga Menurut fakta kes Zhang mendakwa dia sudah tidak ...
Btn Gelontorkan Rp400 T Wujudkan Impian Rumah 5 Juta Keluarga

Btn Gelontorkan Rp400 T Wujudkan Impian Rumah 5 Juta Keluarga

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 362 hits
PT Bank Tabungan Negara Persero membuktikan keseriusannya dalam menggarap Digital Mortage Ecosystem atau ekosistem digital di sektor properti Ini merupakan bentuk komitmennya sejak pertama kali didaulat sebagai bank yang menyalurkan Kredit ...
Saham Pengasas Public Bank Bakal Diwarisi Amanah Keluarga

Saham Pengasas Public Bank Bakal Diwarisi Amanah Keluarga

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 349 hits
KUALA LUMPUR Pegangan saham mendiang Pengasas dan Emeritus Public Bank Tan Sri Dr Teh Hong Piow di dalam bank yang diasaskannya pada tahun 1965 itu dijangka akan diserahkan kepada syarikat amanah keluarga buat masa ini Penganalisis Maybank ...
Potret Isi Rumah Kalideres 4 Anggota Keluarga Tewas Kondisi Mengerikan

Potret Isi Rumah Kalideres 4 Anggota Keluarga Tewas Kondisi Mengerikan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 206 hits
Polisi menghentikan penyelidikan kematian satu keluarga di Kalideres Jakarta Barat Pengusutan perkara itu dihentikan setelah polisi tak menemukan unsur pidana terkait kematian satu keluarga tersebut
Hakim Arah Kerajaan Bayar Rm5 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Hakim Arah Kerajaan Bayar Rm5 Juta Kepada Keluarga Altantuya

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comMahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar RM5 juta kepada keluarga mendiang warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh pada 2006 Keputusan hakim mahkamah sivil Vazeer Alam Mydin Meera...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked