Program Kesedaran Nr4fridays Dari Nona Roguy
Assalammualaikum semua! Salam Jumaat! Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang program yang bakal berlangsung secara langsung menerusi IG LIVE selebriti terpilih. Nona Roguy atau NR bersama rakan-rakan tampil melakukan program amal peka COVID-19 “NR4FRIDAYS”. Mereka akan berkongsi pendapat tentang topik-topik yang berkaitan tentang pandemik COVID-19. Ketika pandemik yang kita sedang lalui hampir 2 tahun. 18 Mac 2020 adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dari orang awam, pekerja swasta, pekerja barisan hadapan dan selebriti juga tidak terkecuali untuk duduk diam di rumah.
Sepanjang itu, kita lalui kehilangan sumber pendapatan, pendidikan anak-anak di dalam talian PdPR, kerja dari rumah dan ada yang mula menceburi bidang baru bagi memenuhi masa terluang sepanjang PKP. Namun, tidak dinafikan ada diantara kita mengalami tekanan perasaan, kemurungan dan stress. Kehidupan semakin mencabar. Jom laluinya dengan tabah dan dengan senyuman. Kita harus bangkit
Program Kesedaran NR4FRIDAYS Dari Nona Roguy.NR atau dikenali sebagai Nona Roguy sebelum ini merupakan Pelopor Industri Herba Negara dan telah menerajui industri herba negara lebih 30 tahun di pasaran. Sebagai satu jenama yang berteraskan perubatan komplementari tradisional, NR buat julung-julung kalinya akan melancarkan program amal NR4FRIDAYS bersama rakan-rakan strategik dengan objektif menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen menyumbang bakti buat negara dalam menangani wabak Covid-19. NR4FRIDAYS juga berinspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik Covid-19
NR4FRIDAYS merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada:-
4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR
NR4FRIDAYS digunakan sebagai tema sumbangan NR bersama rakan adalah kerana, sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September ini. NR4FRIDAYS mengambil inisiatif sumbangan pada hari Jumaat kerana mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan dalam menjalankan aktiviti amal jariah
Sumbangan Jumaat pertama 10 September, NR dan rakan-rakan akan menziarahi Hospital Sungai Buloh dan akan membuat serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit dan sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh. Program sumbangan akan diteruskan pada setiap Jumaat berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober seperti yang telah dirancangkan
IG Live Amal NR4FRIDAYS
Selain daripada sumbangan makanan dan keperluan asas kepada barisan hadapan, NR dan rakan juga akan menganjurkan Program IG Live Amal NR4FRIDAYS dan telah mengaturkan empat siri di platform Instagram secara “cross live” bersama rakan selebriti secara 4 minggu berturut-turut dijadualkan pada setiap hari Jumaat 9 malam
10 September 2021: Anzalna Nasir @anzalnanasir8817 September 2021: Farah Nabilah @farahnabilahofficial24 September 2021: Betty Rahmad @bettyrahmad1 Oktober 2021: Surprise! Cuba teka?
Program IG Live Amal NR4FRIDAYS ini akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak Covid-19 melanda negara. Selain daripada itu IG Live Amal NR4FRIDAYS memberi peluang untuk followers berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai Covid-19
Anzalna Nasir: Pengorbanan
Tajuk yang telah disusun bersama rakan selebriti NR akan menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum. Tajuk IG Live yang pertama pada 10 September adalah “Pengorbanan” dihoskan oleh Anzalna Nasir yang akan berkongsi pengorbanan jururawat yang bertugas.
Farah Nabilah: Stigma
Minggu kedua Jumaat akan menggunakan tajuk “Stigma” bersama selebriti Farah Nabilah akan membuat perkongsian bersama pakar jemputan dan wartawan jemputan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19
Betty Rahmad: Kepentingan Vaksin Dan Kesihatan Kanak-Kanak Semasa Pandemik
Pada 24 September, NR4FRIDAYS akan meneruskan program IG Live dengan tajuk yang lebih dekat kepada kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik yang akan dikongsi bersama selebriti Betty Rahmad dan tetamu jemputan.
Topik Minggu Terakhir: Kesihatan Mental
Program terakhir NR4FRIDAYS akan berkongsi berkaitan tajuk yang terlalu dekat dengan masyarakat iaitu “Kesihatan Mental”. Perkongsian ini yang akan disertai bersama selebriti jemputan yang akan membincangkan kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu yang dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19
Panel Dari Nona Roguy
Puan Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Kewangan Islam akan bersama-sama di dalam program amal IG Live NR4FRIDAYS. Beliau akan berkongsi pengalaman dan cabaran melalui perspektif strategi pengurusan kewangan bagi kepentingan masyarakat umum. Beliau juga akan mengupas bersama tetamu jemputan berkaitan persediaan mental dan emosi yang masyarakat umum perlu ada dalam negara bersedia melalui fasa pandemik Covid-19 ke endemik seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia
Tuan Syed Hidzir Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif NR berkata “NR4FIRDAYS ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial kami bersama rakan-rakan strategik membuat sedikit sumbangan kepada petugas barisan hadapan. Matlamat dan tujuan murni NR bersama rakan-rakan membuat sumbangan ini adalah untuk pihak kami menyantuni penjawat awam yang telah menyumbang bakti berkorban masa dan tenaga sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan”
“Saya juga berharap semoga program IG Live Amal NR4FRIDAYS yang bakal kami anjurkan mencapai matlamat seperti yang diharapkan iaitu untuk berkongsi bersama followers IG berkaitan kepentingan menjaga kesihatan semasa pandemik ini dan untuk memberi kesedaran pentingnya bagi masyarakat umum mengambil vaksin. Bersama-sama kita bantu negara bebas Covid-19.” tambah Syed HidzirSemoga inisiatif murni dari Nona Roguy dapat memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk terus bangkit. Jumpa malam ini di Instagram Anzalna Nasir!
Laman Web: http://www.nr4u.com.myFacebook: https://www.facebook.com/mustajabNR
Instagram: https://www.instagram.com/nr.mustajab
TikTok: https://www.tiktok.com/@nr.mustajab
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/09/program-kesedaran-nr4fridays-dari-nona-roguy.html