Program Growbiz 2023 Sme Corp


SME Corp. Malaysia sedang mencari perusahaan mikro yang dinamik dan didorong oleh pertumbuhan untuk menyertai Program GrowBiz 2023.
ADAKAH ANDA
Perusahaan mikro yang ingin meneroka potensi perniagaan dan pertumbuhan sepenuhnya?
Bersedia untuk melangkah ke arah transformasi dan melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya?
Sekiranya YA, jangan lepaskan PELUANG untuk menyertai GrowBiz!
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.
Apakah Program GrowBiz 2023 SME Corp? Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil.
GrowBiz akan dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS.
GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.
Pelaksanaan Program GrowBiz menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak untuk menyertai. Sesi latihan dan bimbingan untuk perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on oleh Rakan Pelaksana. Perusahaan mikro yang menyertai akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program. Perusahaan mikro yang menyertai perlu menjalani penarafan SCORE oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Program GrowBiz bagi menilai prestasi semasa syarikat. Perusahaan mikro yang menyertai perlu membuat Pendaftaran Status PMKS oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh program dijalankan. Semua peserta GrowBiz disyaratkan supaya menjalani modul latihan khusus dan disesuaikan yang merangkumi:
Transformasi Kendiri Kembara Keusahawanan Komunikasi Perniagaan Pengurusan Operasi Pemasaran & Penjenamaan Pengurusan Sumber & Kewangan Pematuhan & Perundangan Perniagaan Transformasi Teknologi & Digitalisasi Pengurusan Perhubungan Pelanggan Model & Sistem Perniagaan Syarat Kelayakan Perusahaan Mikro dengan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM200,000 dengan keutamaan diberikan kepada perniagaan yang telah mencapai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM250,000. Perusahaan Mikro yang berdaftar dengan Akta Syarikat 1965 atau 2016 / Pendaftaran Perniagaan (1956) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Ordinan Perniagaan, Profesion & Perlesenan Perdagangan (HANYA untuk Sabah dan Sarawak) / berdaftar dengan mana-mana badan profesional yang diiktiraf oleh undang-undang. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan warganegara Malaysia. Beroperasi di premis perniagaan yang sah dan mempunyai Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Syarikat perlu mengemukakan Penyata Kewangan Diaudit / Akaun Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (terkini). Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang telah menerima penarafan sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam MCORE atau 1 Bintang dalam SCORE. Perusahaan mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi seperti berikut digalakkan untuk memohon: Pertanian pintar Aeroangkasa Elektrik dan elektronik Peranti perubatan Industri Halal Pelancongan Minyak & gas Biojisim / Bioteknologi Kesihatan & gaya hidup Nota:
Pemohon daripada mana-mana perusahaan mikro yang pernah menyertai Program GrowBiz terdahulu tidak layak untuk menyertai Program GrowBiz 2023.
Sesi temuduga akan dikendalikan bagi pemilihan peserta. SME Corp. Malaysia berhak ke atas pemilihan akhir peserta. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan. Yuran SME Corp. Malaysia akan membiayai 70% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz.
Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 30% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM600.00 bagi pendaftaran Status PMKS dan penarafan SCORE.
Cara Permohonan GrowBiz 2023 Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2023, sila hantar permohonan anda kepada:
Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif
SME Corp. Malaysia
Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Perhatian:
Urusetia Program GrowBiz 
[email protected]
Infoline: 1 300 30 6000
Muat turun Borang Permohonan Program GrowBiz 2023 
Tarikh Akhir Permohonan GrowBiz 2023 15 Februari 2023
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut & permohonan sila layari http://www.smecorp.gov.my/
Baca juga:
13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon Geran Agropreneur Muda : Jenis Bantuan, Syarat-Syarat & Cara Memohon  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/program-growbiz-2023-sme-corp/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-growbiz-2023-sme-corp

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Hadir Program Munajat Ambang Tahun Baru 2023

Anwar Hadir Program Munajat Ambang Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 202 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 31 2022 8 03 PMPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menyertai lebih 2 000 jemaah di Masjid Putra di Putrajaya untuk menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin sempena program Munajat Ambang Tahun B...
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi Ambilan 2023 2024

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi Ambilan 2023 2024

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 351 hits
PROGRAM PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI SESI AMBILAN 2023 2024 BAGI PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 masih dibuka Berikut dikongsikan lebih lanju...
Malaysia Lawan Singapura 3 Januari 2023

Malaysia Lawan Singapura 3 Januari 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 188 hits
Pengadil Mohammed Al Hoaish Perlawanan terakhir Kumpulan B Malaysia bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Selasa 3 Januari 2023 8 30 malam KEPUTUSAN PERLAWANANMALAYSIA 4 1 SINGAPURA 35 Darren Lok 50 Stuart John...
Wilayah Wilayah Ini Jadi Tujuan Pengguna Telkomsel Liburan Natal Dan Tahun Baru 2023

Wilayah Wilayah Ini Jadi Tujuan Pengguna Telkomsel Liburan Natal Dan Tahun Baru 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 203 hits
Trafik akses broadband Telkomsel tercatat tumbuh 11 6 persen dibanding rerata hari biasa 2022 atau melonjak hingga 13 persen dibandingkan dengan periode yang sama tahun sebelumnya saat libur Natal dan Tahun Baru 2023 Berikut wilayah yang ja...
Kalendar Akademik Persekolahan Sesi 2023 2024

Kalendar Akademik Persekolahan Sesi 2023 2024

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum semua nampaknya anak anak kita sudahpun memulakan sekolah di tahun baru ini Sebagai seorang mama yang ada anak di asrama tentu sekali mama kena peka dengan Kalendar Akademik Persekolahan Sesi 2023 2024 yang bermula 19 3 2023...
Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan Januari 2023

Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan Januari 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 547 hits
Tahun lepas banyak drama dan filem best yang ditayangkan dekat Netflix dan sekarang ini pun masih banyak yang aku belum tengok tapi dah masuk tahun baru Cepat betul masa berlalu Drama dan filem apalah agaknya yang menarik untuk tahun 2023 d...
Here Are The 5 Major Home Trends Of 2023

Here Are The 5 Major Home Trends Of 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 162 hits
On the key trends for 2023 we polled a number of decorators and interior designers we think you might fall for just in time 1 More reasoned consumption for the home Owners are being pushed The post appeared first on
Baucar Pakej Berpantang Rm200 Bagi Ibu Di Terengganu 2023

Baucar Pakej Berpantang Rm200 Bagi Ibu Di Terengganu 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 314 hits
Baucar Pakej Berpantang RM200 Bagi Bakal Ibu Terengganu 2023 Kerajaan negeri Terengganu bakal memperkenal bantuan baharu buat para ibu bersalin melalui Baucer Pakej Berpantang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta Menteri Besar Dato Seri Dr A...
Intan Najuwa Tak Sabar Nak Tunai Umrah Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2023

Intan Najuwa Tak Sabar Nak Tunai Umrah Permulaan Yang Baik Untuk Tahun 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 140 hits
Baru baru ini pelakon popular Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila dia dan sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sebagai permulaan yang baik bagi memulakan tahun 2023 Menerusi hantaran yang dimuat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa