Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah Mdec Cipta Satu Poster Dapat Rm2 500
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 25
Ada satu program Digital Asset Onboarding Program yang menarik dengan buat satu poster dan anda boleh dapat RM2,500-RM4,000 untuk 1,000 peserta awal. Ini adalah program dengan kerjasama MDEC. Memang rugi kalau anda tidak sertai. Tetapi bagaimana untuk sertai?
Berikut adalah cara-cara untuk anda sertai Program Digital Asset Onboarding Program. Dalam artikel ini akan dibahaskan mengenai program, syarat-syarat yang anda kena ikut dan cara untuk dapat sekurangnya RM 2,500 dan sebagainya.
Penyertaan Program Digital Asset Onboarding Program dan Langkah-langkah Daftar Serta
Digital Asset Onboarding Program
Apakah itu Program Digital Asset Onboarding Program?
Ini adalah program Digital Asset Onboarding Program yang MDEC sediakan dan bekerjasama dgn Pentas IO. Kolaborasi antara PENTASxMDEC. MDEC ialah Malaysia Digital Economy Corporation, salah 1 agensi kerajaan. Manakala Pentas adalah NFT marketplace buatan rakyat Malaysia.
Bagaimana Untuk Sertai Program Digital Asset Onboarding Program?
Program ini adalah program dimana peserta hanya perlu membuat poster. Poster juga boleh dijana melalui beberapa aplikasi seperti Canva, Photoshop & lain-lain.
Apa yang menarik, peserta dibenarkan untuk generate gambar poster melalui AI (Artificial Intelligent) seperti Midjourney, Dall-e dan lain-lain. Namun, tidak boleh menggunakan sepenuhnya dan boleh gabung cara editing asal anda.
Tempoh Pernyataan Program Digital Asset Onboarding Program
Dibuka sehingga 29 Januari 2024. Penyertaan boleh disertai dengan membaca syarat-syarat dan cara dibahagian bawah.
Insentif Melalui Program Digital Asset Onboarding Program
Digital Asset Onboarding Program
Ada 3 jenis insentif yang ditawarkan iaitu:
Design & development of digital asset management incentives (Wajib)
Anda kena buat poster yang mengikut tema, jadikan NFT, siapkan dokumen dan hantar.Lengkapkan yang ini, anda berpeluang untuk dapat RM 2,500. Tidak perlu jual NFT.
IP filing incentive (Optional)
Yang ini sangat menarik kalau anda ada syarikat. Contohnya, anda tidak pernah buat IP filing dekat MyIPO, inilah masanya. Anda boleh pergi register dan claim balik kos itu dekat MDEC. MDEC akan bayar balik sebanyak RM1,000.
Kebiasaannya kos IP filing adalah bawah RM1,000. Senang cerita, anda buat IP filing percuma sahaja. Pastikan letak resit atau bukti dalam Google Drive folder anda.
Marketing & commercialisation (Optional)
Yang ini MDEC akan bayar kos auction fees sehingga RM 500 (jika ada).
Kalau anda buat step 1 saja, anda layak untuk dapat RM 2,500. Step 1 adalah wajib. Kalau anda buat step 1, 2 & 3, anda layak untuk dapat RM3,500+. Kalau buat step 1 saja dan tidakk buat step 2 & 3, boleh sahaja dan tiada masalah.
Digital Asset Onboarding Program
Langkah-langkah Penyertaan Program Digital Asset Onboarding Program
Digital Asset Onboarding Program
Sebagai pemudah cara untuk peserta, anda boleh ikuti langkah-langkah penyertaan seperti dibawah:
1.Layari Website Rasmi Untuk Mendaftar Terlebih Dahulu.
Pergi ke pautan rasmi Program Digital Asset Onboarding Program dan anda boleh daftar dulu.Selepas daftar, anda boleh klik pada “Program details and guidelines.” Sila teliti dan baca semua dokumen yang MDEC minta dan ada tersedia panduan pengguna. Semua perkara yang anda kena tahu boleh rujuk melalui dokumen tersebut.
2.Boleh daftar sebagai Ogranisation atau Inidvidual
Digalakkan juga kepada remaja yang berumur 12-18 tahun yang pandai melukis, boleh untuk turut serta. Jikalau anda merancang kerja berkumpulan dan tiada syarikat yang berdaftar boleh daftar sebagai individu.
Sekiranya syarikat anda tidak pernah buat IP filing/trademark dekat MyIPO, inilah masanya. Daftar sebagai syarikar dan boleh claim balik.
Apa perbezaan dokumen kalau register as individual ataupon organisation?
Terdapat perbezaan iaitu pihak penganjur akan minta salinan SSM sebagai ganti kad pengenalan untuk pendaftaran organisation. Kemudian anda kena jadikan poster itu sebagai aset digital. Anda kena jadikan poster tu sebagai NFT bagi menjadikan ianya sebagai aset digital.
Untuk pendaftaran cara ini, anda kena gunakan website Pentas IO bagi muat naik poster tersebut. Ini sebab kenapa MDEC galakkan orang ramai untuk buat aset digital. Apabila sudah memasuki platform Pentas, anda boleh create wallet Metamask.
Apakah itu Metamask?
Metamask ni adalah akaun crypto yang fungsinya lebih kurang digital wallet seperti Touch N Go. Transaksi melalui cryptocurrency. Anda tidak perlu risau, anda boleh claim free sahaja crypto ni.
Cara Claim Crypto Melalui Metamask
Apabila anda sudah siap buat Metamask, pergi ke website app.pentas.io, kemudian daftar akaun dahulu. Pendaftaran akaun Pentas ini sama seperti anda buat akaun media sosial. Cuma kena ada akaun metamask dahulu.
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 26
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk beli crypto, anda boleh hubungi pihak Pentas IO dan mereka akan beri percuma crypto kepada anda.
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 27
Nanti sewaktu DM Pentas , anda perlu berikan 2 perkara iaitu:
1. Wallet address,
2. Link profile Pentas anda.
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 28
Wallet address tu seperti number akaun anda. Boleh rujuk artikel Pentas untuk mengetahui lebih lanjut.
Bagaimana cara daftar akaun Metamask dan Pentas?
Rujuk video untuk ketahui cara-cara daftar akaun Metamask & Pentas:
Cara daftar akaun Pentas
Tutorial lengkap cara penggunaan akaun Pentas.
3. Cipta Poster Menarik Mengikut Tema
Kemudian, untuk penyertaan adalah Wajib untuk anda buat poster mengikut tema ni Animasi dan Gaming. Pastikan juga untuk ada elemen & identiti Malaysia dalam poster anda. Boleh rujuk contoh gambar seperti dibawah:
Contoh gambar pertama dibawah, bola kampung yang memang ada elemen & identiti Malaysia.
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 29
Contoh gambar tema gaming berkenaan game perang di Malaysia. Ada Klcc & bendera.
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 30
Jikalau dalam poster anda mempunyai 1 elemen & identiti Malaysia itu sudah cukup.
Cara Upload Poster Anda Dalam Pentas IO
Pastikan sewaktu anda nak upload poster anda, perlu pastikan untuk letak hashtag #MDECxPENTAS dalam description anda. Untuk penetapan Royalty kebiasaan boleh letak 5-10%.
Apabila selesai Upload, boleh tekan “Add to marketplace”.
Kemudian kongsi poster & link pada Twitter & mention @pentas_io
4.Buatkan Dokumen Berkenaan Poster Anda
Kemudian, anda kena buat satu dokumen berkenaan poster anda. Guna Google Doc pun boleh kerana ianya senang dan export to PDF. Anda kena cerita sedikit berkenaan poster, model bisnes, character yang digunakan, dan lain-lain.
Bagi Metaverse plan & bisnes model, anda boleh ikut sama seperti dalam guideline yang disediakan diatas. Kemudian, bila semua suda siap, buatkan satu folder di Google Drive dan letak semua dokumen yang diperlukan dalam folder tersebut.
Nota : Pastikan untuk tukar akses ke “Anyone with the link” supaya pihak penganjur boleh akses folder anda.
Link Google drive itu nanti digunakan untuk hantar dekat Submission form. Antara dokumen yang anda perlu letak dalam Google Drive tu:
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 31
Salinan kad pengenalan (Individual)
Salinan SSM (Org)
Dokumen berkenaan bisnes model, storyline dan lain-lain.
Resit MyIPO kalau ada buat IP filing
Parent consent form (kalau umur bawah 18 tahun)
Program Digital Asset Onboarding Program Dibawah MDEC, Cipta Satu Poster Dapat RM2,500 32
5.Proses Hantar Penyertaan Anda
Pergi ke submission form dan isi semua maklumat dekat situ dan terus hantar.Tarikh Tempoh Penghantaran adalah dilanjutkan dari 8 Januari kepada 29 Januari 2024.
Penyertaan yanng berbaloi untuk anda sertai kerana ianya dibawah kerajaan dan mempunyai tawaran yang mahal. Bayangkan anda dibayar RM2,500 untuk buat poster. Ayuh kita sama-sama sertai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/01/program-of-digital-asset-onboarding-programme.html