Program Bubur Lambuk Bakul Kasih Ramadhan


 Assalamualaikum WBT


HARI ini dah mula berkumandang lagu raya di radio. Mujurlah dengar lagu raya riang-ria, itupun dah bergenang air mata. Agaknya kalau dengar lagu raya S Jibeng, banjir terus dalam kereta.


MUSAFIR DI AIDILFITRI - ALLAHYARHAM S JIBENG


Gema takbir di subuh hari
Menjelang sudah Aidilfitri
Tapi hamba musafir diri
Ke sana sini membawa hati


Ayah ibu lama dah juga pergi
Pergi menyahut seruan ilahi
Tinggal hamba seorang diri
Tiada siapa ingin hampiri


Oh Tuhan yang Maha Kaya
Hamba menangis di pagi raya
Aidilfitri hari bahagia
Tapi hamba dilanda derita


Pusara ayah dan juga ibu
Di pagi bahagia hamba kunjungi
Dengarlah ini ratapan anakmu
Hamba musafir di Aidilfitri



Semalam, di kolej, berlangsung Program Bakul Kasih Ramadhan dan Bubur Lambuk. Program berlangsung di sebelah petang, jadi pagi-pagi lepas clock in terus masuk kitchen. Penyediaan bahan telah dilakukan sejak hari ahad oleh pelajar-pelajar Kursus Penyediaan Makanan Tahap 2 diketuai oleh Chef Hasrima dan Chef Ila di bawah pemantauan Chef Pai. Orang kuat lain, Chef Diba, Chef Nor dan Chef Lin serta Chef Umi. Yang tengah menumis tu, Tuan Tanah Kedaung, Chef SK 🤭


Bahan-bahan bubur tahun ini semua ditaja oleh staf sama ada diberi dalam bentuk bahannya atau wang tunai mengikut nilai bahan yang ditaja. Buat dua periuk, satu daging dan satu ayam


Satu pengalaman baharu bagi pelajar-pelajar India menyaksikan rakan-rakan muslim memasak bubur lambuk. Kebanyakan pelajar akan berada di kolej dua tahun jadi memang ada peluang la untuk merasai sendiri bubur lambuk


Menjelang tengahari, bubur telah berjaya diagihkan mengikut kelas. Kerja pengagihan dilakukan oleh pelajar Kursus Pengurusan Pejabat



Program yang menjadi tradisi kami setiap tahun, pada tahun ini disempurnakan oleh YB Tuan Aznan bin Tamin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor (yang baharu dilantik bulan lepas) dan Tuan Haji Abu Bakar bin Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif KYPJ


Seramai 18 orang pelajar telah menerima Bakul Kasih Ramadhan yang merupakan barangan keperluan makanan yang disumbangkan oleh Waqaf An-Nur Corporation Berhad. 

Terima kasih YB kerana sudi hadir ke kolej kami dan ini merupakan kehadiran YB kali kedua. Diharap dengan perlantikan YB sebagai exco pendidikan yang baharu akan membawa sinar kepada kolej kami, Amiiinnn YRA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/03/program-bubur-lambuk-bakul-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Program Bubur Lambuk Bersama Akademi Tahfiz Al Hidayah Ppim 30 03 2024

Aktiviti Program Bubur Lambuk Bersama Akademi Tahfiz Al Hidayah Ppim 30 03 2024

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 311 hits
30 Mac 2024 Program bubur lambuk oleh Courts Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam dan Astro untuk diedarkan kepada orang ramai sempena bulan Ramadan di Courts Setapak Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Courts En Anuraj Srivasta...
Aneka Resepi Bubur Lambuk Yang Sedap Untuk Sahur Dan Iftar Ramadhan

Aneka Resepi Bubur Lambuk Yang Sedap Untuk Sahur Dan Iftar Ramadhan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 188 hits
Aneka Resepi Bubur Lambuk Yang Sedap untuk Sahur dan Iftar Ramadhan 16 Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang amat sedap dimakan pada bulan puasa di Malaysia Ia biasanya dimasak secara bergotong royong di masjid untuk diagih agihkan k...
Aeon Agih Lebih 30 000 Bubur Lambuk Sempena Ramadan

Aeon Agih Lebih 30 000 Bubur Lambuk Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 171 hits
KUALA LUMPUR AEON menyemarakkan suasana sambutan Ramadan tahun ini dengan mengedarkan lebih 30 000 pek bubur lambuk secara berperingkat di 34 buah cawangannya di seluruh negara sejak dari 23 Mac lalu Program bubur lambuk AEON ini merupakan ...
Picc Agih 3 000 Pek Bubur Lambuk

Picc Agih 3 000 Pek Bubur Lambuk

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 217 hits
PUTRAJAYA Kakitangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sekali lagi tampil mengagihkan kira kira 3 000 pek bubur lambuk kepada orang ramai di premis itu Program tahunan yang kali ini bertemakan Cita Rasa Klasik Bubur Lambuk itu diadaka...
Nasi Beriyani Bubur Lambuk Distribution By Md Gceo

Nasi Beriyani Bubur Lambuk Distribution By Md Gceo

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Syukur alhamdulillah hari ni dapat Nasi Beriyani Bubur Lambuk Kg Baru untuk berbuka puasa The best part is disampaikan sendiri oleh our MD GCEO En Anwar Syahrin Abdul Ajib Sedikit sedih la sebenarnya sebab Bubur Lambuk Kg Ba...
Lebih 400 Keluarga Terima Manfaat Program Kasih Ramadan Masti

Lebih 400 Keluarga Terima Manfaat Program Kasih Ramadan Masti

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 181 hits
PETALING JAYA Bagi meraikan keberkatan bulan Ramadan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia telah menganjurkan Majlis Kasih Ramadan 2024 bersempena program Sahur Macam berbuka Subuh Macam Jumaat bertempat di Auditorium Kompleks...
Corat Coret 9 13 Ramadhan

Corat Coret 9 13 Ramadhan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum WBTMACAM dah tak ingat hari dah tiap tiap hari sekarang rasa macam hari khamis Agaknya sebab balik awal dan rutin juga berubah Ialah sejak ibu tinggal dengan Cik Ani seminggu sekali atau dua kali Sk akan datang lunch dengan ...
Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024

Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum hai semua Jom Kak Sue nak kongsi Senarai Peniaga Pasar Ramadhan Kelapa Laut Man Java 2024 Tahun nie pun kami masih terima pesanan dari peniaga peniaga lama tapi ada juga peniaga baru dua tiga orang untuk tahun nie Alhamdulli...
Sahur 16 Ramadhan

Sahur 16 Ramadhan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Pagi semua Salam RabuHarini sahur lebihan makanan semalam juga Sambal sotong masih ada lagi kari daging dan sambal goreng jiran bagi pun masih ada Ada ikan pekasam juga Alhamdulillah Puasa tahun tahun lepas rajin masak mee g...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming