Program Biodiesel B20 Perkukuh Permintaan Terhadap Minyak Sawit


KUALA LUMPUR, 20 Feb  — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pelaksanaan Program Biodiesel B20 di sektor pengangkutan akan menyediakan sokongan mampan ke atas permintaan minyak sawit, seterusnya memastikan harga minyak sawit terus kukuh.
Selain itu, katanya, peningkatan kadar adunan biodiesel sawit dapat menggiatkan perkembangan industri biodiesel negara secara amnya selain kilang biodiesel sawit turut dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.
“Malaysia juga harus berani menggandakan penggunaan biodiesel sawit bagi mengukuhkan industri sawit dan ekonomi negara.
“Pembangunan mampan dan berterusan industri sawit negara juga akan membantu 650,000 pekebun kecil sawit di mana pekebun kecil ini amat memerlukan dasar-dasar yang membantu mereka meningkatkan ekonomi,” katanya ketika melancarkan Program Biodiesel B20 di Sektor Pengangkutan Secara Berfasa Seluruh Negara, di sini, hari ini.
Program biodiesel B20 bagi penggunaan di sektor pengangkutan itu mempunyai adunan 20 peratus metil ester sawit (PME) dan 80 peratus diesel petroleum.
Wan Azizah berkata, perladangan kelapa sawit di Malaysia yang merangkumi kawasan seluas enam juta hektar dapat menghasilkan dua puluh juta tan metrik minyak sawit setiap tahun dan dieksport ke lebih 160 negara di seluruh dunia.
Industri berkenaan juga telah menyediakan pekerjaan kepada lebih tiga juta orang di sepanjang rantaian bekalannya termasuk kepada lebih daripada setengah juta pekebun kecil di seluruh negara.
Sementara itu, beliau berkata, menerusi data saintifik daripada Kementerian Industri Utama dan agensinya iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), kerajaan yakin penggunaan B20 tidak akan mendatangkan masalah kepada enjin kenderaan malah menggalakkan pengurangan pelepasan debu dan asap hitam ke udara.
Beliau juga berkata Program Biodiesel Negara memenuhi agenda ke-7 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 iaitu menjamin capaian tenaga berpatutan, dipercayai, mampan dan moden kepada semua dengan memberikan pilihan bahan api yang lebih mesra alam.
“Program tersebut juga memenuhi matlamat SDG yang ke-8 iaitu mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan layak kepada semua dengan mengurangkan kebergantungan negara kepada import diesel petroleum serta menggiatkan pembangunan industri sawit negara,” katanya.
Lebih penting lagi, katanya, program tersebut juga memenuhi matlamat SDG yang ke-13 iaitu mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim dan kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau serta menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Sumber : BERNAMA
The post Program BIodiesel B20 Perkukuh Permintaan Terhadap Minyak Sawit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/20/program-biodiesel-b20-perkukuh-permintaan-terhadap-minyak-sawit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia To Fully Implement B20 Biodiesel Programme By Mid 2021

Malaysia To Fully Implement B20 Biodiesel Programme By Mid 2021

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 272 hits
Malaysia will fully implement its B20 biodiesel programme by mid 2021 rolling out the palm biofuel blend to 3 400 petrol stations nationwide the Primary Industries Ministry said at the programme s launch today The biodiesel consisting of 20...
Malaysia Tak Saman Eu Larang Guna Minyak Sawit

Malaysia Tak Saman Eu Larang Guna Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 273 hits
Malaysia dan Indonesia mengeluarkan lebih 85 minyak sawit di seluruh dunia PETALING JAYA Malaysia memutuskan tidak memfailkan saman di Pertubuhan Perdagangan Sedunia ke atas larangan penggunaan bahan api bio berasaskan minyak sawit oleh Kes...
Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 452 hits
AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Katanya isu untuk membentuk gabungan bers...
Mycert Keluarkan Amaran Serangan Pengodam Yang Ditujukan Terhadap Pegawai Kerajaan

Mycert Keluarkan Amaran Serangan Pengodam Yang Ditujukan Terhadap Pegawai Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 306 hits
https ift tt eA8V8J MyCERT merupakan salah satu badan yang memantau pelbagai serangan siber yang ditujukan atau memberikan kesan kepada pengguna tempatan atau seluruh dunia Terbaru mereka telah mengeluarkan amaran terhadap serangan baru ole...
Dakwaan Rasuah Terhadap Air Asia

Dakwaan Rasuah Terhadap Air Asia

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 247 hits
1 Didakwa berlaku antara 2005 20142 Yang terlibat adalah Air Asia dan Airbus3 Yang menjadi tumpuan adalah Tony Fernandes dan Din MericanAlih alih Tun dan PH jugalah yang dikecam pemBANGANG Umnopas Kegilaan apa ni Ini bukan isu politik Tetap...
Ketaasuban Mahathir Terhadap Ppsmi Menghairankan

Ketaasuban Mahathir Terhadap Ppsmi Menghairankan

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 224 hits
MOHAMED KHALED NORDIN ULASAN Hari ini saya ingin berkongsi pandangan sahabat saya Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Komoo Felo Utama Institut Alam Sekitar Pembangunan UKM Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan mengenai perkara yang sedang hangat d...
Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

Undi Percaya Pas Terhadap Mahathir Sama Seperti Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 288 hits
PAS akan bentang usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen Implikasinya atau kesannya sangat luas dan sekiranya undi percaya ini gagal maka ia akan dianggap sebagai undi tidak percaya
Resepi Nasi Minyak

Resepi Nasi Minyak

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 719 hits
AssalamualaikumResepi Nasi Minyak Lama dah kejadian memasak ni baru nak update Dah dua kali juga saya cuba resepi ni So far anak anak suka sangat makan bertambah tambah Bila anak makan banyak sebagai ibu mestilah happy Seperti biasa nasi mi...
Ulama Iran Sebut Virus Corona Bisa Sembuh Dengan Mengoleskan Minyak Esensial Ke Anus

Ulama Iran Sebut Virus Corona Bisa Sembuh Dengan Mengoleskan Minyak Esensial Ke Anus

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 212 hits
Ulama di Qom Iran menganjurkan cara mengobati virus corona Menurutnya virus corona bisa disembuhkan dengan mengoleskan minyak esensial ke dalam anus sebelum tidur
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque

Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee