Profesional Muda Rumah Pelacuran Penghutang Terbesar


 
Minderjeet Kaur -May 5, 2021 Seorang peminjam wang haram mendedahkan golongan yang mengambil hutang termasuk peguam, akauntan, setiausaha dan eksekutif bank yang baru mula bekerja.KUALA LUMPUR: Pemilik rumah pelacuran dan profesional muda kurang dipandang sebagai pembayar hutang baik, kata peminjam wang.
Ini kerana ramai golongan muda hidup melebihi kemampuan, termasuk meminjam wang daripada lintah darat untuk membeli kereta dan pakaian mewah.
Seorang peminjam wang haram, Sun T, memberitahu FMT, golongan yang mengambil hutang seperti itu termasuk peguam, akauntan, setiausaha dan eksekutif bank yang baru mula bekerja.
“Ini trend membimbangkan. Mereka amat pentingkan gaya hidup yang nampak hebat. Mereka membeli kereta semata-mata mahu kelihatan bagus.


“Kini dengan semakin ramai orang hilang kerja atau dipotong gaji akibat Covid-19, golongan ini semakin terbelenggu dengan hutang,” katanya.
Sun berkata usia penghutang ini antara 25 hingga 35 tahun yang kebanyakannya pernah menikmati gaji sehingga RM15,000.
“Jika mereka menganggap ah long tidak bertanggungjawab, sebenarnya golongan profesional muda ini jauh lebih tidak bertanggungjawab. Ibu bapa mereka pula yang terpaksa melunaskan hutang anak-anak,” katanya.
Katanya, selain memilih kereta mewah atau ‘sport’ dan pakaian berjenama, ada juga antara mereka gemar berjudi.
Sementara itu, pelacuran juga semakin terkesan dengan pandemik, apabila kebanyakan rumah pelacuran di Kuala Lumpur dan Selangor ditutup selepas pekerja asing berhenti menggunakan khidmat mereka.
“Pelanggan kami yang menjalankan rumah pelacuran mengakui mengurangkan caj dari RM30 kepada RM10 sejam, namun masih kurang pelanggan,” katanya.
Ini disebabkan kebanyakan pekerja asing sama ada pulang ke negara asal atau hilang kerja sejak tahun lalu.
Katanya, kebanyakan rumah pelacuran sama ada dalam proses ditutup atau tidak lagi beroperasi.
Bagaimanapun, katanya, pelanggan yang menjalankan rumah pelacuran mewah masih mampu mengaut untung.
“Lokasi seperti itu terletak di tengah ibu kota di mana golongan VIP tidak kisah menghabiskan wang untuk perempuan,” katanya.
Tak lagi terima kereta sebagai cagaran
Sementara itu seorang peminjam wang berlesen berkata pelanggannya di Lembah Klang telah hilang 35% perniagaan mereka sejak PKP pertama pada Mac tahun lalu, seterusnya turut menjejaskan pembayaran hutang.
Sam, yang menjalankan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu berkata, kebanyakan pelanggannya adalah peniaga pasar, tukang emas, ejen hartanah dan pemilik kedai runcit.
Katanya, pemaju antara yang paling teruk terkesan kerana projek terbengkalai sejak tahun lalu, seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat membayar hutang.
“Kami kini menyaman pelanggan di mahkamah bagi hutang lebih RM2 juta yang dipinjam tahun lalu,” katanya kepada FMT.
Katanya, PKP baharu yang diumumkan pada Selasa berkemungkinan akan mencetuskan reaksi berantai dalam sektor pembinaan kerana industri berkaitan lain termasuk pengeluaran simen, perkakasan dan pengangkutan juga akan terjejas.
“Banyak kedai perkakasan tutup tahun lalu dan pekerja hilang kerja. Ia reaksi berantai. Pelanggan saya terdesak dan tidak mampu membayar hutang,” katanya.
Sam berkata ramai pelanggannya doktor, peguam akauntan dan juruterbang.
“Ada yang kehilangan kerja atau berdepan potongan gaji seterusnya tidak mampu membayar kami.
“Mereka memberikan kereta sebagai cagaran, namun sejak Jun tahun lalu, kereta terpakai tidak lagi bernilai jadi kami tidak lagi menerimanya,” katanya.
Sebaliknya, katanya, mereka mengambil emas, rumah atau tanah sebagai cagaran.
“Bagi rumah yang akan dilelong, kami menjualnya pada kadar 30% di bawah pasaran saham. Kami ambil apa yang dihutangkan pelanggan dan memulangkan baki kepada mereka,” katanya.
Kata Sam, ibu bapa antara golongan paling baik membayar hutang.
“Mereka sekadar mengambil kurang daripada RM10,000 untuk mendaftar anak ke kolej, dan golongan ini sajalah yang membayar kami tepat pada waktunya setiap bulan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/profesional-muda-rumah-pelacuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakin Ramai Ambil Bantuan Profesional Untuk Jaga Warga Emas Di Rumah

Semakin Ramai Ambil Bantuan Profesional Untuk Jaga Warga Emas Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 230 hits
SINGAPURA Sheila Ofalia datang ke Singapura dari Filipina untuk bekerja lima tahun lalu Tetapi tidak seperti kebanyakan wanita dari negaranya Cik Ofalia bukan seorang pembantu rumah Dia adalah seorang penjaga yang tinggal sebumbung Sejak ti...
Nak Anak Petah Berbahasa Inggeris Lakukan Perkara Ini Di Rumah Pun Boleh Belajar

Nak Anak Petah Berbahasa Inggeris Lakukan Perkara Ini Di Rumah Pun Boleh Belajar

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 340 hits
What is your name Berkerut dahi si kecil Biarpun pertanyaan ini adalah biasa ditanya namun jika anda tidak pernah mempraktikkan kepadanya ia dianggap asing buat dirinya Cadangan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengaj...
11 Potret Nyeleneh Hasil Renovasi Rumah Begini Nih Kalau Tukangnya Nggak Pro Player

11 Potret Nyeleneh Hasil Renovasi Rumah Begini Nih Kalau Tukangnya Nggak Pro Player

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 334 hits
Ngirit biaya sih boleh boleh aja tapi jangan sampai begini pas bangun rumah nanti ya
Berbuka Puasa Di Rumah Lebih Selesa

Berbuka Puasa Di Rumah Lebih Selesa

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 361 hits
Berbuka Puasa Di Rumah Lebih Selesa Ada cadangan nak berbuka puasa di luar seperti di hotel restoran atau berkumpul makan ramai ramai di padang Boleh je jika itu yang anda suka dan nak rasai di dalam bulan ramadhan ini Kerana ada yang suka ...
Sepekan Tak Keluar Rumah Pria Di Kupang Ditemukan Tewas Membusuk Di Rumahnya

Sepekan Tak Keluar Rumah Pria Di Kupang Ditemukan Tewas Membusuk Di Rumahnya

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 294 hits
RLU alias Romy warga Jalan Hati Mulia Kelurahan Oebobo Kecamatan Oebobo Kota Kupang ditemukan tewas membusuk dirumahnya Kamis
Isu Rumah Pr1ma Pbt Keluarkan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan Ketika Pembinaan Belum Selesai

Isu Rumah Pr1ma Pbt Keluarkan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan Ketika Pembinaan Belum Selesai

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 237 hits
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir semalam membuat aduan rasmi kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru berkenaan dakwaan Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan PR1MA Residensi Tebrau ketika kerja pembinaan masih b...
Pelajar Ipt Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri Tidak Boleh Menggunakan Kenderaan Awam

Pelajar Ipt Dibenar Pulang Ke Rumah Sempena Cuti Aidilfitri Tidak Boleh Menggunakan Kenderaan Awam

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 279 hits
Majlis Keselamatan Negara kini telah mengumumkan yang mana mesyuarat terbaru telah bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT dibenarkan pulang ke rumah masing masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak Buat masa ini terda...
Hiburan Muat Naik Status Isu Rumah Tangga Adira Doakan Hubungan Madu Dan Suami Baik Baik Sahaja

Hiburan Muat Naik Status Isu Rumah Tangga Adira Doakan Hubungan Madu Dan Suami Baik Baik Sahaja

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 530 hits
Penyanyi kecil molek Adira Suhaimi yang ditemui media berkata dia enggan mengulas dengan lebih mendalam mengenai isu melibatkan madunya Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red yang ada meluahkan perasaan...
Kami Kerja Siang Malam Nak Bina Rumah Beli Kereta Peniaga Burger Dan Isteri Kesal Dilempar Tohmahan

Kami Kerja Siang Malam Nak Bina Rumah Beli Kereta Peniaga Burger Dan Isteri Kesal Dilempar Tohmahan

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 228 hits
2 171 total views 2 171 views today Baru baru ini netizen dikejutkan dengan berita penjual burger dikenakan kompaun sebanyak RM50 000 biarpun hanya berniaga di hadapan rumahnya Perkara tersebut diluahkan oleh seorang peniaga bernama Wan Moh...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths